Sabtu, Ogos 06, 2011

Pentas Opera.....Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus Tahun Ni!!!!!

Assalamualaikum.....

Jangan kamurang tersuspen dengan tajuk entry ku....Sapa ada baca paper kemarin? Ada perasankah cerita pasal bonus untuk tahun ni....Untuk pengetahuan kamurang terutama yang kerja di sektor awam, sebenarnya CUEPACS telah mengemukakan permohonan supaya kerajaan memberikan 2 bulan bonus kepada kakitangan awam untuk tahun 2011 ni. Wah macam best saja bunyinya kan....memang sejuk telinga mendengarnya....

Tidak dinafikan inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan kakitangan awam dari peringkat bawah sampailah atasan. Bukan apa, rasanya sudah dua tahun kakitangan awam hanya diberi bantuan khas kewangan, bukannya tidak bersyukur tapi sebelum ini kita sudah terbiasa dengan pemberian bonus-bonus ni.....jadi bila tiba-tiba saja tiada bonus diberi, ramai jugaklah yang terkilan dan adalah jugak suara-suara sumbang dari sebilangan kecil pekerja kakitangan kerajaan (bukan nak salahkan mereka, sebab mereka juga ada hak untuk bersuara), tapi yang lucunya tu duit bantuan kewangan dibedalnya jugak kan.....

Seingat aku last kita terima bonus adalah semasa di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. So, rasanya tahun ni memang sesuai lah untuk Datuk Najib hulurkan bonus pada kakitangan awam.....menurut Presiden CUEPACS ini adalah masa yang sesuai memandangkan ekonomi negara dah bertambah baik dan kadar inflasi jugak terkawal......

Apapun, kamurang yang kerja di sektor awam janganlah terlalu mengharap sangat akan diberi bonus tahun ni. Bukan mau menjatuhkan semangat kamurang....ini baru permohonan, kita sama-samalah doakan permohonan ini diluluskan oleh kerajaan.

 Aku berkata begitu bukan apa, andai ditakdirkan tiada jugak bonus, dan kemungkinan besar hanya diberi Bantuan Khas Kewangan macam tahun lepas, tidaklah kamurang akan terkecewa sangat.....Yang penting tanamkan rasa BERSYUKUR dalam diri kita, dan kerjalah dengan SEIKHLAS HATI kerana kerja kita ini adalah suatu ibadah jugak, dan ibadah yang dikerjakan itu hendaklah niat kerana Allah semata-mata....InsyaAllah, DIA akan bukakan pintu rezekinya dari arah mana yang dizinkan-NYA.....

Aku teringat kata-kata Abah, "Kerjalah dengan ikhlas, Allah juga akan ikhlas dalam memberikan rezekiNYA pada kamu....."


Boleh rujuk di Utusan Online untuk berita selanjutnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0805&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Tiada ulasan:

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...