Memaparkan catatan dengan label amalan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label amalan. Papar semua catatan

Selasa, Mei 26, 2015

Amalan Zikir Tahlil 70,000 kali...

Amalan bertahlil dengan ucapan لا اله الا الله sebanyak 70,000 kali telah lama jadi amalan sebahagian ulama kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah. Bahkan masyhur di kalangan kita Ahlus Sunnah wal Jama`ah yang 70,000 kali tahlil ini disebut sebagai "Tahlil Sekhatam" atau "Tahlil Sejuzuk", yakni satu khatam bagi nisab tahlil. Para ulama kita menganjurkan amalan ini sebagai satu ikhtiar memohon kelepasan dari azab neraka yang sangat pedih itu. Sebahagian ulama menggelar amalan tahlil sekhatam ini sebagai "al-`ataaqah" yakni pembebasan atau permerdekaan, dengan harapan agar sesiapa yang melaksanakannya dibebaskan atau diberi kemerdekaan daripada api neraka. Ada juga yang menamakannya sebagai "Tahlil Fida`", yakni berzikir dengan lafaz tahlil dengan harapan untuk menebuskan diri dari api neraka, Allahumma ajirna minan naari saalimin. Di sini tak perlulah kita nak berbalah pasal bid`ah membid`ah, suka amal silakan, tak suka amal silakan ...... Aiman tak keesaah, aku pun tak keesssaaaaaahhh. Sendiri punya lubang kubur, sendiri tanggung, cuma sewaktu hidup inilah kita memperbanyakkan amal ibadah, buat bekalan kita di sana.

Habib Abu Bakar Al`aththas bin `Abdullah al-Habsyi rahimahullah dalam karya beliau "Tadzkirun Naas" pada halaman 375 menukilkan bahawa Imam Habib Ahmad bin Hasan al-Aththas rahimahullah, antara lainnya, berpesan:-

" ... Dan sesiapa yang luput baginya menuntut ilmu (yakni kerana  tiada peluang atau kerana ketidakmampuannya untuk berbuat sedemikian), maka janganlah luput baginya segala mihrab (yakni jangan pula dia menjadi lalai untuk memperbanyakkan amal - ibadah dengan melazimi segala masjid). Bahkan dia hendaklah menyibukkan dirinya dengan shalat dan dzikrullah dengan dia melakukan "al-`ataaqah" iaitu bertahlil 70,000 kali dengan niat memohon pembebasan bagi dirinya daripada api neraka. Dan dilakukannya juga dengan yang seumpamanya (yakni tahlil 70,000 kali tadi) dan dihadiahkannya kepada seseorang kaum kerabatnya."
Juga telah masyhur dalam kitab - kitab karangan para ulama yang muktabar tentang kisah keberkatan amalan ini. Syaikhul Hadits, Rai-sul Muhadditsin, Hadrat Maulana Muhammad Zakaria al-Kandhalawi rahimahullah dalam karya beliau "Fadilat Zikir" halaman 556 {himpunan "Fadilat 'Amal (Bahasa Melayu) Edisi Semakan Terkini 1434H} menukilkan kisah berikut:-
Syaikh Abu Yazid al-Qurtubi rahimahullahu ta`ala berkata," Saya dengar bahawa sesiapa yang membaca لا اله الا الله tujuh puluh ribu kali maka dia akan terselamat daripada api neraka. Setelah mendengar perkara tersebut maka saya telah membaca satu himpunan bacaan yakni tujuh puluh ribu kali untuk isteri saya dan beberapa himpunan bacaan untuk simpanan akhirat saya sendiri. Seorang anak muda tinggal berhampiran dengan kami. Dia masyhur sebagai seorang yang mempunyai kasyaf. Dikatakan syurga dan neraka juga dapat dilihatnya melalui kasyaf. Saya ragu-ragu mengenai kebenaran berita tersebut. Satu ketika pemuda itu bersama kami dalam (majlis) makan. Dengan tidak semena-mena pemuda itu menjerit dan nafasnya mulai tersekat-sekat serta berkata, "Ibuku sedang dibakar di dalam neraka, aku dapat melihat keadaannya."

     Kata Hadrat Qurtubi rahimahullahu ta`ala, "Aku melihat keadaannya yang sangat gelisah. Saya terfikir bahawa satu himpunan bacaan لا اله الا الله perlu dihadiahkan kepada ibunya. Dengan ini saya dapat mengetahui kebenaran perkara di atas. Maka saya telah menghadiahkan untuk ibunya satu himpunan iaitu tujuh puluh ribu zikir لا اله الا الله daripada simpananku secara diam-diam. Zikir yang saya baca itu sebenarnya tidak diketahui oleh sesiapa pun selain Allah subhanahu wa ta`ala.

          Lalu pemuda itu berkata, "Pak Cik, ibuku telah dihindarkan daripada azab neraka." Kata Hadrat Qurtubirahimahullah, "Aku telah memperoleh dua faedah daripada peristiwa ini. Pertama, terbukti bagiku keberkatan daripada bacaan tujuh puluh ribu kali لا اله الا الله sebagaimana yang aku dengar (mengenai kelebihan kalimah tersebut). Kedua, aku meyakini kebenaran kata-kata pemuda itu."


          Peristiwa ini hanya satu daripada kisah - kisah yang kita tidak tahu berapa banyak lagi kisah seumpama itu berlaku dalam kalangan individu umat ini.

Oleh itu, tinggalkanlah perbalahan mengenai isu - isu yang diikhtilafkan oleh para ulama. Banyakkan beramal daripada berjidal. Ingat tidak ada seorang pun daripada kita ini melainkan sedang berjalan menuju kematian. Allahu ... Allah, mudah-mudahan dengan keberkatan kalimah thayyibah ini kita diselamatkan dari azab neraka yang pedih dan dahsyat.


Di copypaste sepenuhnya dari blog Bahrus Shofa

Rabu, Disember 31, 2014

Zikir Qalbi...Asas Amalan Perawat RITEQ...

Assalamualaikum wbt....   Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat…. 
Zikir Qalbi "Allah Hu",..ianya merupakan salah satu daripada beberapa amalan wajib di dalam pengajian RITEQ di tahap 1.

Mengapa perlu Zikir Qalbi "Allah Hu"..???

Isnin, Disember 01, 2014

Tampalan yang sunat...Penyempurnaan yang fardu....

Assalamualaikum wbt....   Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat…. 



"Sesungguhnya amalan seseorang yang paling awal dihisab pada hari Qiamat adalah shalatnya. Jika ianya sempurna, maka diberilah ganjaran yang sempurna. Namun jika ada kekurangan, maka Allah berfirman (kepada para malaikatNya): "Kamu lihatlah samada baginya shalat sunnat yang boleh dijadikan sebagai penyempurna baginya apa yang dicuaikannya dalam shalat fardhunya". Kemudian dihisabkanlah sekalian amalan lain menurut cara yang sedemikian." Begitulah mafhum pengertian sabdaan junjungan kita, Nabi Muhammad SAW sebagaimana diriwayatkan oleh Imam an-Nasai rahimahullah.

Maka kita ketahui bahawa amalan-amalan nafilah atau sunnat itu faedahnya, antara lain, adalah untuk menambal atau menampal atau menjabar atau menampung kekurangan yang berlaku dalam amalan-amalan yang difardhukan. Namun jangan diertikan bahawa amalan sunnat itu boleh "menggantikan" amalan fardhu. Tidak sama sekali tidak bisa begitu. Fungsinya hanya sebagai penyempurna atau penampung atau penambal dan bukannya pengganti. Ya amalan fardhunya wujud, namun sobek, maka ditambal oleh amalan sunnatnya. Jika yang hendak ditampal ngak wujud, langsung apa yang mahu ditampal ..... angin...???

Menurut Imam asy-Syafi`i RA, kekurangan pada amalan fardhu yang boleh dijabar oleh amalan sunnat adalah kekurangan yang berlaku secara tidak disengajakan atau tanpa disedari. Manakala kekurangan yang dilakukan dengan sengaja dan sedar, maka ianya tidak dapat ditampung oleh amalan sunnat walaupun amalan sunnat tersebut banyak. Maka kekallah kekurangan yang disengajakan tersebut pada amalan fardhunya tadi. Oleh itu, apabila melaksanakan sesuatu amalan fardhu, maka lakukanlah dengan sebaik dan sesempurna yang boleh. Jangan bersikap sambil lewa dengan anggapan yang kurang nanti boleh ditampung dengan amalan sunnat. Lebih malang lagi apabila ada yang dengan sengaja meninggalkan amalan fardhu kerana beranggapan ya nanti ianya boleh ditambal dengan amalan sunnat.... Allahu ... Allah.

Makanya perhatikan penjelasan Imam kita yang mulia, Imam al-Muthalibi al-Quraisyi Muhammad bin Idris asy-Syafi`i RA, alim Quraisy yang ilmunya meliputi serata muka bumi. Penjelasan ini ese petik daripada karya seorang lagi ulama besar yang menjadi sandarannya para ulama dan awam, Syaikhul Azhar, Syaikhul Islam Ibrahim al-Bajuri rahimahullah, iaitu dalam hasyiah beliau atas Qashidah al-Burdah, pada halaman 18 beliau menulis sebagai berikut:-

"......Dan telah masyhur diketahui umum, bahawa amalan-amalan nafilah itu boleh menampung / menambal apa yang kurang dalam amalan-amalan fardhu. Tetapi Imam al-Qurthubi telah menukil dalam kitabnya "at-Tadzkirah" penjelasan daripada Imam asy-Syafi`i bahawa yang sedemikian itu adalah bagi kekurangan yang berlaku pada amalan fardhu akibat lupa atau tidak sengaja. Adapun kekurangan yang dilakukan dengan sengaja tidaklah dapat ditambal dengan amalan sunnat walau ianya amat banyak....."

 Mudah-mudahan Allah menjadikan kita sekalian orang yang istiqamah mendirikan segala amalan yang difardhukanNya atas kita dengan sempurna lagi diterima, di samping istiqamah melaksanakan sebanyak mungkin amalan - amalan sunnat yang diredhaiNya. Juga mohon dijauhkan daripada tergolong dalam golongan yang mencuaikan amalan fardhu mereka, juga daripada tergolong dalam kalangan yang mengutamakan perkara sunnat tetapi mengabaikan tuntutan yang fardhu ..... mohon dijauhkan Tuhan yang Maha Agung.

Isnin, November 17, 2014

Amalan pesakit RITEQ untuk gangguan sihir...

Assalamualaikum wbt....   Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Amalan pesakit RITEQ untuk gangguan sihir...
Tiap lepas solat amalkan zikir ini 100x, Surah Al Furqon ayat 23.. 

Maknanya: "Kami jadikan segala amal perbuatan mereka bagaikan debu yang berterbangan".

Selesai baca 100x hembus dgn kuat ke kiri kanan, depan dan 

belakang, atas dan bawah.
Niatkan untuk menghancurkan seluruh hantaran/ kiriman sihir.

Baca juga Surah Toha ayat 69.

Maknanya: "Tidak menang tukang sihir itu dari arah manapun ia datang".
Lepas baca 100x, hembus dgn kuat ke arah tukang sihir 

(bayangkan tukang sihir di hadapan anda), atau tiupkan ke arah mana pun tak apa. 

yang penting niatkan segala kekuatan sihir mereka akan lemah dan kalah.
Moga bermanfaat.
(Dipetik dari FB Rawatan Islam Terapi Qolbu)

Khamis, September 18, 2014

Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan (IPPRA)...

Assalamualaikum wbt....

Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….


Pengajian Tahap 4 - Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan (IPPRA)
- dipetik sepenunhya dari blog RITEQ.


IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada di tahap 1,2 dan tahap 3. 

Ianya juga merupakan tahap terakhir dan tertinggi yang yang ada dalam gemblengan keilmuan yang di anjurkan dalam pengajian RITEQ. Juga merupakan tahap pelepas yang mana hanya di buka kepada pelajar yang telah mengambil ketiga-tiga tahap iaitu tahap 1(asas), tahap 2(ZINK) dan tahap 3(IKAK). 

Apa yang di maksudkan sebagai tahap pelepas ialah pelajar telah mendapat ijazah dan kebenaran penuh untuk mengajar dan menurunkan pengajian RITEQ di tahap 1 hingga ke tahap 4. Nama anda juga akan di senaraikan di dalam blog sebagai wakil tenaga pengajar RITEQ. 

Mengapa perlu saya menurunkan ilmu ini?
  1. Melahirkan ramai tenaga pengajar RITEQ.
  2. Bagi memudahkan sahabat sahabat di tanah semenanjung, singapura dan brunei untuk mempelajari semua keilmuan RITEQ dari wakil pengajar apabila saya berpindah ke sabah nanti. 

MAHAR PELEPAS: RM400.00


Info lanjut sila berhubung terus dengan Pengasas RITEQ

Jumaat, Februari 21, 2014

Senjata Terakhir.........



Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….

 Selama 5 tahun merawat jarang sekali saya suka bercerita perihal kisah rawatan, sebab malas nak mengarang sebenarnya...Kisah rawatan ini berlaku seminggu yang lalu, tujuan saya coretkan di sini sekadar perkongsian pengalaman yang saya anggap perlu untuk kita sama-sama ambik iktibar betapa segala sesuatu itu letaknya pada kuasa dan izin Allah SWT….bukan mudah untuk menjadi perawat kerana perlu dipikirkan juga segala serangan-serangan musuh yang tidak kelihatan kerana dendam dan sakit hati mereka pada anda selepas membantu pesakit....

Isnin, Disember 16, 2013

Amalan Pakaian Perawat "Zikir Inti Nur Kalimah"....


Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


Mengapa perlunya seorang perawat mengamalkan Zikir Inti Nur Kalimah (ZINK)?

Jumaat, Ogos 16, 2013

MERAWAT SIHIR DENGAN YASIIN 7 MUBIN...

Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Terlebih dahulu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, sekiranya ada apa-apa artikel dalam blog ni yang mengguris hati, menyinggung perasaan aku menyusun sepuluh jari mohon ampun MAAF ZAHIR & BATIN....

Aku taknak lah cerita detail tentang kisah rawatan ni, cuma yang aku nak highlightkan di sini tentang betapa pentingnya usaha, doa dan tawakkal kita pada Allah semasa merawat pesakit....




Sejak beberapa hari lepas aku merawat kes sihir pada satu pesakit ni.....malam pertama rawatan, aku dan Abah sudah dapat mengagak bahawa kes ini kes sihir dan agak liat jugak untuk dirawat.....setiapkali dirukyah pesakit akan kesakitan teramat sangat hingga menjerit-jerit dan menangis....sebagai DOS TAMBAHAN kami ambik keputusan untuk melakukan bacaan Yasin 7 Mubin ke atas pesakit untuk menghancurkan sihir yang ada dalam tubuhnya. Amalan ini aku hanya lakukan pada malam hari di rumah ku selepas pulang dari merawat pesakit tersebut. Selama 3 malam berturut-turut aku merukyahnya dan selama 3 malam berturut-turut jugalah kami lakukan bacaan Yasin 7 Mubin dengan niat dan hajat yang sama.....


Pada malam ketiga selepas rawatan, pesakit telah bermimpi........Pesakit dan suami berada di rumah mereka, dan tiba-tiba mereka terdengar kucing peliharan mereka yang berada di beranda dapur mengiau dengan kuat dan keras seperti sedang marah. Mereka suami isteri bergegas ke dapur dan alangkah terkejutnya mereka melihat seekor ular tedung hitam yang sangat besar berada di situ (sebelum ini pesakit pernah bermimpi diganggu ular hitam yang besar). Si suami lantas mencekik ular tersebut dan kelihatan ular tersebut berubah rupa seperti wajah seorang lelaki berambut panjang.....tanpa berlengah si suami mengambik sebatang besi dan menikam leher ular tersebut berkali-kali hingga mati, dan ketika itulah pesakit lantas tersedar dari mimpinya.....

Pesakit menceritakan perihal mimpi tersebut kepada ku dan aku anggap itu satu pertanda yang baik hasil dari rawatan yang diusahakan, semuanya pasti berlaku atas izin Allah jua.....
Pada malam keempat aku teruskan rukyah dan syukur pada Allah kerana tiada lagi tanda-tanda kesakitan, gangguan perut atau apa saja gangguan berlaku semasa dirukyah.....keadaannya kembali normal seperti biasa. Sujud syukur pada Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu......

Pesakit aku bekalkan dengan air + garam yang telah didoakan untuk diminum setiap hari dan amalan bacaan Yasin 7 Mubin jugak masih kami teruskan. Pada hari ini, ketika bertemunya ditempat kerja, pesakit kembali ceria dan bekerja seperti biasa. Aku akan merukyahnya kembali selepas 10 hari....moga Allah permudahkan dan beri kesembuhan padanya.....

Aku hanyalah Si Tukang Doa....

Rabu, Januari 16, 2013

Amalan Petua Lama - Untuk Menguatkan Badan

Assalamualaikum....


Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW...
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Segala Sesuatu Yang Tiada Batasan Dan Penghujung...
Maha Suci DIA dari Kelemahan Dan Buruk Sangka Makhluk-NYA...


Hari ni aku nak kongsikan satu petua lama yang ringkas, dari "orang lama" yang aku ambik dari blog beliau http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com yakni berkenaan amalan membaca Basmalah untuk kekuatan (bukan ilmu kebal yeeee)....sebenarnya masih banyak lagi yang kita tidak ketahui akan khasiat dan fadhilat Basmalah, tujuan saya kongsikan tiadalah niat lain hanya sekadar untuk menyebar amalan2 orang2 tua kita agar tidak tenggelam dek zaman....



Menurut tuan punya blog http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com;

"Ini ada satu petua yang saya dapati dari beberapa orang termasuk dari Arwah Datuk, Ustaz2 dan Arwah Guru. Petuanya amat mudah, untuk memberi kekuatan dan keteguhan tubuh badan walaupun sudah berumur, malahan menjauhkan penyakit berbahaya.

Sebelum bersarapan tengahari atau malam, sebelum menjamah nasi mahulah memulakan tiga suapan pertama nasi kosong tanpa kuah atau lauk, yakni :-

 






a)Suapan pertama membaca Bismillah.
b)Suapan kedua membaca Bismillah hirrohman.
c)Suapan ketiga membaca Bismillah hirrohmanirrohim...

Amalkanlah petua mudah ini, nescaya akan mendapat khasiat dan melihat hasilnya jika sudah berumur seperti saya, Alhamdulillah masih mempunyai kudrat seperti berumur 20an , malahan mengatasi anak muda yang langsung 'tin kosong', Insyallah."

Jadi, apa tunggu lagi, amalkanlah untuk kesejahteraan dan kesihatan...InsyaAllah....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...