Memaparkan catatan dengan label tolong sebarkan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label tolong sebarkan. Papar semua catatan

Rabu, Januari 21, 2015

Perancangan Program Pengijazahan Perawat RITEQ Tahap 1 Di Sabah 2015

Assalamualaikum wbt....


Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….

InsyaAllah, jika dipermudahkan Allah SWT Pengasas RITEQ akan bermastautin di Sandakan, Sabah bermula hujung bulan Mac 2015.

Berikut merupakan tarikh perancangan bagi Perancangan Program Pengijazahan Perawat RITEQ Tahap 1 dan Khidmat Rawatan Massal seluruh Sabah tahun 2015:

1. Daerah Ranau    : Bulan April 2015.
2. Daerah Tawau   : Bulan Mei 2015.
3. Kota Kinabalu    : Bulan Jun 2015.


Tarikh sebenar program akan dimaklumkan kemudian, InsyaAllah.


Rawatan Islam Terapi Qolbu (RITEQ) - Lihat Blog
Hubungi : 017-8942521

  Shah Ahmad



Jumaat, April 25, 2014

Kemaskini Perancangan Pengajian RITEQ Tahap 1 Di Sandakan...

Assalamualaikum wbt....

Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Ini merupakan edisi kemaskini bagi Pengajian RITEQ Tahap 1 di Sandakan.

TARIKH KURSUS : 10 hb OGOS 2014 (AHAD)
MAHAR KURSUS :  RM260.00 (TERMASUK NOTA + SIJIL)

Antara silibus pengajian yang dirancang adalah seperti berikut:

1. Amalan jazam dan Amalan harian perawat.
2. Kaedah "scanning".
3. Kaedah rawatan.
4. Kaedah pulang sihir.
5. Kaedah hentam tukang sihir.
6. Kaedah tarik ilmu salah.
7. Kaedah genggam sukma (multifungsi).
8. Kaedah mengazab:

  • Kaedah sebat tasbih.
  • Kaedah baling.
  • Kaedah rejam.
  • Kaedah toreh.
  • Kaedah pasak/ sula.
  • Kaedah sedut nafs.
 9. Kaedah bunuh:
  • Sembelih.
  • Kaedah letup.
10. Kaedah kunci.
  • Kunci besi.
  • Ikat rantai.
11. Kaedah tarik gangguan:
  • Kaedah pulas.
  • Kaedah tolak.
  • Kaedah tarik paksa.
  • Kaedah botol.
  • Kaedah pukau.
12. Kaedah Hancurkan kebal jin.
13. Kaedah buang ilmu bathil.
14. Ijazah Ayat Rukyah dan ayat Pembakar jin.


Pengajian Tahap 2 (Zikir Inti Nur Kalimah) dan Tahap 3 (Ilmu Karomah Ayat Kursi) akan diadakan pula pada tahun hadapan sebagai kesinambungan Pengajian Tahap 1 ini nanti, iaitu selepas beliau berpindah ke Sabah....InsyaAllah.


Sebarang perubahan tarikh akan dimaklumkan kelak...kepada yang berminat bolehlah melawat blog beliau di KLIK SINI atau berhubung terus dengan beliau:

Shah Ahmad 
Shah Ahmad
Rawatan Rukyah Syari'ah.

Lokasi : Taman Pinang Seberang, Kamunting, Taiping, Perak.
Hubungi : 017-8942521
 

Rabu, September 11, 2013

Perancangan Program Pengijazahan Amalan Perawat Di Sandakan, Sabah Pada Disember 2013





Insyaallah, Program Pengijazahan Amalan Perawat akan di adakan di Sandakan, Sabah sekitar bulan Disember nanti. Tarikh belum di tentukan. Pada yang berminat boleh membuat perancangan dari sekarang. Antara pengajian yang akan di bentangkan adalah :

Pengajian Tahap 1 (8:00pg - 12:30 tengahari)
Yuran; RM130.00
Antara silibus pengajianya:
1. Pengijazahan amalan manzil bersanad
2. kaedah rawatan :
    a). kaedah mengazab
       - kaedah sebat tasbih
       - kaedah baling
       - kaedah rejam
       - kaedah pasak
    b). Kaedah bunuh:
       - Kaedah sembelih
       - Kaedah letup
    c). Kaedah Menarik gangguan:
       - Kaedah Pulas
       - Kaedah Tarik
3. Kaedah menghancur kebal jin
4. Kaedah Membuang Ilmu batil

Kursus Metafizik Penyembuhan Tapak Syifa (2:30ptg - 5:30ptg)
Yuran kursus: RM100.00
Antara silibus pengajiannya:
1. Amalan FATIHAH 7
2. Penyaluran Tapak penghancur
3. Penyaluran tapak penyapuan
4. Penyaluran Tapak Syifa
5. Penyaluran Tapak Pengeluaran
6. Ijazah Rawatan santau

Pengijazahan (ZINK) Ilmu Zikir Inti Nur Kalimah (8:30mlm - 11:30mlm)
Mahar : RM555.99
Silbus pengajian ZINK dan keperluan adab pengijazahan boleh anda rujuk pada artikel berkenaan.

Keseluruhan pengajian tersebut akan di adakan pada hari yang sama. Anda boleh memilih untuk mengikuti mana mana pengajian mengikut kemahuan anda.

Penyertaan belum di buka. perancangan program tersebut akan di kemaskini dari masa ke semasa.
Dicatat oleh Terapi Qolbu

Selasa, Januari 22, 2013

SANDAKAN BERSELAWAT....MAULID AKBAR...

Assalamualaikum....

 Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Segala Sesuatu Yang Tiada Batasan Dan Penghujung...
Selawat dan salam buat junjungan besar Penghulu seluruh umat, Nabi Muhammad SAW , keluarga baginda dan para Sahabat....

Syukur Alhamdulillah, segala puji hanya untuk-NYA....Bandar Sandakan akan dilimpahi rahmat Allah yang Maha Esa dengan kehadiran beberapa orang ulama sempena Maulidur Rasul 1434H ini......



Marilah sama-sama kita meraikan cinta kita pada Rasulullah SAW dalam "Taman-taman Syurga"...

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir:


22/Jan/2013 SELESA :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.
 Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

23/Jan/2013 RABU :
MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.
JAM: 6.30PTG.
 Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

24/Jan/2013 KHAMis :
MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.
JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

25/Jan/2013 JUMAAT :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR
IMAM MUDA ASTRO OASIS)

Ahad, April 01, 2012

Fatwa & Hukum Menyambut April Fool....



Assalamualaikum...semua pun tau bah kan, esok 1 April, tarikh keramat yang disambut sebagai "APRIL FOOL" dan biasanya ramai yang mau main tipu-tipu untuk kenakan kawan. Bukan orang bukan Islam saja yang sambut April Fool, orang Islam sendiri pun ramai yang nak raikan seperti berpakat kenakan sorang kawan, lepas tu dengan bangganya "You dah kena...April Fool!!!!"...Apa faedahnya? Ndak ada faedah apapun....Semoga Allah melindungi kita semua....
Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Sabtu, Mac 03, 2012

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG SEBENARNYA PALSU...TOLONG SEBARKAN!!!...


Buku hadis palsu yang sebenarnya palsu.....


Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...