Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label panduan. Papar semua catatan

Isnin, November 17, 2014

Amalan pesakit RITEQ untuk gangguan sihir...

Assalamualaikum wbt....   Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Amalan pesakit RITEQ untuk gangguan sihir...
Tiap lepas solat amalkan zikir ini 100x, Surah Al Furqon ayat 23.. 

Maknanya: "Kami jadikan segala amal perbuatan mereka bagaikan debu yang berterbangan".

Selesai baca 100x hembus dgn kuat ke kiri kanan, depan dan 

belakang, atas dan bawah.
Niatkan untuk menghancurkan seluruh hantaran/ kiriman sihir.

Baca juga Surah Toha ayat 69.

Maknanya: "Tidak menang tukang sihir itu dari arah manapun ia datang".
Lepas baca 100x, hembus dgn kuat ke arah tukang sihir 

(bayangkan tukang sihir di hadapan anda), atau tiupkan ke arah mana pun tak apa. 

yang penting niatkan segala kekuatan sihir mereka akan lemah dan kalah.
Moga bermanfaat.
(Dipetik dari FB Rawatan Islam Terapi Qolbu)

Selasa, Julai 22, 2014

Menyingkap Bahaya Dialog Dengan Jin....

Assalamualaikum wbt....



Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
  
Dalam merawat kes-kes kerasukan yang dihadapi, saya sebenarnya tidak berapa suka mengambil masa yang lama untuk berdialog dengan jin, selalunya secara lembut saya akan terus mencari titik persetujuan untuk membawa jin keluar dari tubuh pesakit sama ada rela atau berakhir dengan paksaan.....
Saya cuba mencari jawapan tepat untuk diri saya sendiri dalam persoalan ini, dan Alhamdulillah diketemukan dengan jawapan yang bernas dari Ustaz Irfan Ramadhan....

Khamis, Disember 26, 2013

Betul ke Roh akan pulang semula?


Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


Saya pernah diajukan soalan ini dan rasanya ramai jugak antara masyarakat Islam, khususnya di Sabah yang masih keliru akan persoalan ini....sesetengahnya agak sukar untuk menerima hakikat bahawa roh arwah yang sudah meninggal dunia tidak akan bisa kembali ke dunia dan akan kekal di Alam Barzakh hingga hari "kebangkitan"....diharapkan artikel ini (dari Pusat Rawatan Islam Darussalam - Ustaz Ismail Kamus) bisa membantu memberi pemahaman tentang permasalahan ini....InsyaAllah..
 

Tahdhirul Arwah (Spiritism) Dan Kesannya
 


Hakikat tahdhirul-arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘memanggil ruh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.

Isnin, April 15, 2013

Merawat Gangguan Badi Mayat.....

Assalamualaikum....

Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Lama ndak update blog ni....maklumlah telampau sibuk dengan kerja dan keadaan huru hara yang berlaku di Lahad Datu, sedikit sebanyak memberi kesan pada kami yang tinggal di Sandakan, walaupun pada zahirnya aku tengok rata-rata orang2 Sandakan masih kelihatan tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Huih....lain macam pulak tajuk post aku kali ni.....kisah rawatan? Aku bukanlah seorang perawat pro....ndak pandai pun....tapi mungkin cerita ni boleh dijadikan panduan kepada sahabat2 di luar sana, terutama kepada mereka yang telah ambik ijazah amalan asas perawat dari Rawatan Islam Terapi Qolbu (RITEQ).

Kisahnya bermula begini.......

Rasanya dalam bulan Januari tahun ni jugak, sorang sahabat bertanyakan apa rawatan untuk mereka yang terkena badi mayat.....aku tanya nak rawat siapa...katanya nak rawat adik dia (umur dalam 8-9 tahun).

Dia pun ceritakanlah, beberapa minggu sebelum tu kawan adiknya telah meninggal dunia dan mereka ni memang kawan rapat. Pada masa tu mereka ndak benarkan adiknya ni melawat jenazah. Dipendekkan cerita, selang beberapa hari selepas pengkebumian jenazah, adiknya demam panas tapi yang peliknya demam hanya berlaku selepas asar. Sudah bawa ke klinik tapi masih tiada perubahan. Keputusan ujian darah jugak normal. Dalam masa yang sama pesakit selalu bermimpi hampir setiap malam dan meracau-racau bertemu dengan arwah kawannya...sehinggalah pada satu hari ketika ibu kawan aku ni berjalan dengan adiknya tiba-tiba dia bagitahu dia nampak arwah kawannya tu. Ini membuatkan mereka sekeluarga bertambah risau.

Dengan niat untuk membantu sahabat ni, aku cubalah usahakan bantu budak ni, kesian pulak aku dengar ceritanya....aku call  adik aku Terapi Qolbu minta pendapat dan tunjuk ajar sikit....Alhamdulillah diturunkan beberapa kaedah untuk merawat kes sebegini. Aku tanya jugak pada beliau boleh ke terkena gangguan sebegitu sedangkan pesakit tak pergi pun tengok jenazah....jawapannya memang boleh, kerana pesakit dan jenazah memang kawan rapat dan pesakit selalu teringatkan arwah....

Tapi entah kenapa, mungkin gerak dari Allah, untuk tidak gunakan kaedah yang diberi tu dulu....Aku minta sahabat aku belikan 2 botol besar air mineral untuk didoakan. Sewaktu balik rehat tengahari di rumah, aku mulakan dengan kunci pembuka amalan...dan niat mohon keberkatan Allah pada air untuk tujuan penyembuhan. Aku mula bacakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Amalan Terapi Nur Hikmah, Selawat Syifa dan diakhiri dengan Doa Nurun Nubuwwah....Petang tu jugak aku serahkan 2 botol air yang didoakan tadi untuk minum dan mandi selama 7 hari.

Selang 3 hari kemudian tergerak hati bertanyakan sahabat tadi berkenaan keadaan adiknya, dan menurut beliau keadaan adiknya semakin pulih, tidak ada lagi meracau-racau atau mimpikan arwah kawannya ketika tidur malam....dan dia tak pernah lagi nampak kelibat arwah tu dan rawatan minum dan mandi air doa tetap diteruskan sehingga selesai.....

Syukur Alhamdulillah, semuanya pun atas izin dan kehendak dari Allah...

Isnin, April 09, 2012

4 Sifat Suami Ikut Sunnah Rasulullah SAW...



Sejak dua menjak ni banyak kisah-kisah perceraian yang kita dengar terutamanya di kalangan selebriti...Ungkapan biasa yang kita dengar "dah takde jodoh, nak buat macamana"..., "Kami dah tak sehaluan"..., "Kami dah ada haluan masing-masing"....tapi betul kah sesebuah perkahwinan itu tidak boleh diselamatkan hanya kerana mengikut kata hati masing-masing??? 


Soal cerai berai ni, terletak pada bahu si suami....Aku bukannya nak jadi kaunselor kamurang...ndak payah....Tapi aku mengajak kamurang semua berpikir apa peranan kita sebagai suami....Adakah hanya cukup bekerja cari duit saja supaya anak bini bisa makan, cukup pakainya???? Budaya apa yang kita terapkan dalam rumahtangga kita??? Apa kah kita menjadi contoh @ role model pada isteri dan anak-anak di rumah??? Sejauhmana Al-Quran dan sunnah Rasulullah diterapkan dalam rumahtangga kita??? Adakah kita menerapkan dalam diri dengan sifat-sifat suami mengikut Sunnah Rasulullah SAW....sama-sama kita terapkan dalam diri moga-moga rumahtangga kita bahagia dan aman damai hingga akhir hayat....InsyaAllah....




4 Sifat Suami Mengikut Sunnah Rasulullah SAW (Sumber)



1. SEBAGAI KEKASIH iaitu mencintai isteri baik dengan kata-kata dan perbuatan serta berkongsi masalah.

2. SEBAGAI PEMIMPIN iaitu mempunyai ketegasan dalam membuat keputusan tetapi amat menghormati pandangan isteri terlebih dahulu sebelum buat keputusan. Jika hal pengurusan rumahtangga, berikan kebebasan pada isteri menguruskannya seperti hiasan rumah atau lainnya tapi dalam kawalan.

3. SEBAGAI AYAH iaitu melindungi keselamatan dan mengambil berat kesusahan isteri.

4. SEBAGAI GURU iaitu memberi ilmu dan tarbiyah isteri kepada agama sehingga benar-benar iman, Islam dan ihsannya.

Ahad, April 01, 2012

Fatwa & Hukum Menyambut April Fool....



Assalamualaikum...semua pun tau bah kan, esok 1 April, tarikh keramat yang disambut sebagai "APRIL FOOL" dan biasanya ramai yang mau main tipu-tipu untuk kenakan kawan. Bukan orang bukan Islam saja yang sambut April Fool, orang Islam sendiri pun ramai yang nak raikan seperti berpakat kenakan sorang kawan, lepas tu dengan bangganya "You dah kena...April Fool!!!!"...Apa faedahnya? Ndak ada faedah apapun....Semoga Allah melindungi kita semua....
Dr. Yusuf al-Qaradawi hafizahullah menyebutkan:

Menipu adalah satu sifat yang buruk. Ia tidak layak diamalkan oleh manusia yang berakhlak dan beriman. Bahkan ia adalah satu petanda kemunafikan. Ini kerana Rasulullah Sallallahu Alaihi Wassalam bersabda: Orang munafik mempunyai tiga ciri: Dia menipu, tidak menepati janji, dan tidak menunaikan amanah. [HR al-Bukhari dan Muslim]

Isnin, Februari 06, 2012

Pentas Opera....Amalan Oleh Ibu Bapa Untuk Anak-anak Kecil Mereka....


Assalamua'alaikum semua....hari ni suka saya kongsikan satu amalan untuk anak-anak kecil kita, yang boleh kita lakukan sendiri di rumah...Amalan ni dikongsikan oleh Ustaz Wan Asrul dalam blognya KLIK SINI...

Utk anak2/kanak2 kecil elok jugak dipegang kepala mereka dgn tangan kanan dan dibaca:-


Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x 

Dan doakan semoga menjadi Soleh/ Solehah, berbakti kpd kedua ibu bapa, bijak, cerdas, tangkas...

Tiup kepalanya. Kalau boleh diamalkan semasa mereka(anak) tidur & selepas mereka bangun tidur, jika yg bersekolah ibubapa tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH. Semoga generasi Soleh/Solehah terbentuk. Amin....

Semoga bermanfaat untuk semua.....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...