Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label iktibar. Papar semua catatan

Selasa, Julai 22, 2014

Menyingkap Bahaya Dialog Dengan Jin....

Assalamualaikum wbt....



Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
  
Dalam merawat kes-kes kerasukan yang dihadapi, saya sebenarnya tidak berapa suka mengambil masa yang lama untuk berdialog dengan jin, selalunya secara lembut saya akan terus mencari titik persetujuan untuk membawa jin keluar dari tubuh pesakit sama ada rela atau berakhir dengan paksaan.....
Saya cuba mencari jawapan tepat untuk diri saya sendiri dalam persoalan ini, dan Alhamdulillah diketemukan dengan jawapan yang bernas dari Ustaz Irfan Ramadhan....

Isnin, Mac 24, 2014

Keluar dengan cara terhormat !!!....

Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….

Kisah rawatan ini adalah kesinambungan dari kisah rawatan terdahulu "Senjata Terakhir"......semoga ada sesuatu dari kisah ini yang boleh kita ambik sebagai iktibar bersama, insyaAllah...

Seperti yang telah dijanjikan, keesokan harinya saya datang ke rumah pesakit selepas Isyak. Sewaktu tiba, saya disambut mesra oleh pesakit beserta isteri dan ibu mertuanya. Kelihatan isteri pesakit, Pn. S. kelihatan tenang tetapi masih agak lemah kerana keletihan dek kesan rasukan malam sebelumnya...Saya memohon agar Allah permudahkan urusan saya pada malam itu.

Isnin, Januari 13, 2014

Kisah Lucu Seorang Guru Yang Menafikan Wujudnya Allah...

 Assalamualaikum.... Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


 
Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah seklah di mana seorang guru berdiri di hadapan para pelajarnya lalu bertanya kepada mereka: "Adakah kamu melihat saya?"...Para pelajar menjawab, "ya!" Lalu guru tersebut berkata: "Ini bererti saya wujud!"

Dia bertanya lagi kepada pelajar: "Adakah kamu melihat papan hitam?" Para pelajar menjawab, "ya!" Dia berkata: "Maka papan hitam itu wujud." Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: "Adakah kamu melihat meja?" Para pelajar menjawab, "ya!" Maka dia berkata, "Bermakna meja itu wujud."

Dia bertanya lagi: "Adakah kamu melihat Allah?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Maka dia berkata, "Ini bererti Allah itu tidak wujud!"

Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya: "Adakah kamu melihat akal cikgu?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Dan pelajar tersebut berkata: "Ini bererti akal cikgu tidak wujud!".......

Sekadar renungan.....

Dinukilkan dari kitab ALLAH karangan Syeikh Said Hawwa dalam buku Soal Jawab Tentang Akidah Tapi Anda Malu Bertanya oleh Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
 

Selasa, Oktober 09, 2012

Jika Suami Tak Kuat Imannya.......



Wanita dan anak mampu melalaikan si suami jika suami tak kuat iman sehinggakan samada disedari atau tidak, terdapat sahaja kes di mana isteri dan anak menjadi musuh suami. Pengesahan ini diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“Wahai orang beriman, sesungguhnya antara isteri kamu dan anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka". (Surah at-Taghabun, ayat 14).

Menurut Ibn Abbas, ayat di atas turun berikutan kisah di kalangan orang Islam yang menyatakan dirinya memeluk Islam dari kota Makkah. Mereka hendak bertemu Rasulullah SAW untuk mendalami ilmu. Namun, isteri dan anak mereka tidak membenarkannya. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah SAW, mereka melihat ramai orang mendalami ilmu agama.

Sayyid Qutb (1327-1386 H) menjelaskan, isteri dan anak kadang-kadang menjadi sebab yang melalaikan seseorang daripada mengingati Allah dan mencuaikan tanggungjawab keimanan. Seseorang itu mungkin mampu menanggung kesusahan, tetapi tidak sanggup melihat anak dan isterinya menanggung kesusahan. Inilah yang menyebabkan dia menjadi bakhil dan pengecut supaya anak dan isterinya aman dan tenang supaya mereka hidup senang dan cukup mempunyai harta benda. Dengan demikian mereka menjadi musuhnya kerana menjadi penghalang daripada kebaikan dan demi merealisasikan matlamat kewujudan insaniah yang tinggi.

Mereka adalah penghalang untuk suami melakukan kebaikan agama dan mengembangkannya kepada manusia. Malah, lebih teruk lagi, mereka adalah orang yang sentiasa mengajak keluarganya kepada perkara yang bertentangan dengan roh Islamiah. Bagi suami yang tidak mampu menahan diri daripada cubaan ini akan bersama hanyut dalam dunia keasyikan yang melalaikan.

Lalainya suami terhadap isteri kerana mereka adalah objek menarik yang diciptakan oleh Allah yang mampu untuk melalaikan suami terhadap perintah Allah sekiranya tidak diurus sebaik mungkin. Allah menggambarkan tabiat manusia yang amat cinta dan mengagumi benda yang indah dan menarik. Sesuatu yang paling menarik perhatian lelaki ialah wanita. Ia dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang tangkas lagi terlatih dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”... (Surah Ali Imran, ayat 14).

Menerusi ayat di atas, al-Qurtubi menyatakan, wanita adalah fitnah dan ujian paling berbahaya bagi lelaki berbanding ujian lain. Wanita yang menjadi fitnah. Ujian kepada lelaki ialah wanita yang tidak mematuhi batas syarak yang ditetapkan Allah ke atas mereka. Sebaliknya, wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Golongan lelaki juga hendaklah mengetahui bahawa Allah mengurniakan harta dan anak untuk menguji hamba-Nya. Oleh itu, adalah yang terbaik bagi suami, memberikan ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak mereka. Dengan ilmu itu mereka sekeluarga akan memahami suruhan dan tegahan Allah.......didiklah mereka dgn ILMU…

Pemahaman ini penting supaya ada rasa tanggungjawab bersama untuk membela agama Allah. Kegagalan memberikan ilmu dan mengamalkannya, boleh menyebabkan mereka sekeluarga terjerumus ke dalam perkara dilarang, sekali gus boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai orang beriman, Allah mengingatkan bahawa mereka perlu menjaga kaum keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Ingatan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Khamis, Mei 03, 2012

Tafakur Buat Sang Pesakit....

[melampaui-batas.jpg]




Wahai Pesakit....


Alihkanlah sepenuh pengharapan mu kepada Allah,
 dan bukan kepada diri Sang Perawat, atau Si Tukang Ubat, mahupun Si Tukang Bedah....
kerana sesungguhnya mereka tidak mampu untuk mendatangkan apa jua manfaat buat dirimu....
inikan lagi menyembuhkan mu.....
Alihkanlah sepenuh pengharapan mu kepada Allah...

kerana Dia jua yang mencegah...
Dia juga yang menyulitkan...
Dia yang mempermudahkan...
Dia yang menetapkan dan Dia yang menentukan....
dan Dia jualah Yang Menyembuhkan.....
Tidak ada yang menguasai atau menundukkan selain Dia....

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung....
KepadaNya kita bertawakkal atas segala usaha yang dilakukan....



Janganlah dirimu pernah putus untuk berdoa.....
berdoalah...berdoalah....berdoalah.....
kerna Dia Maha Mendengar....


dari blog sahabat Terapi Qolbu....

Sabtu, Mac 24, 2012

Saat Iblis Merasa Sakitnya Maut...



Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: "Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"
Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut". Pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: 

Selasa, Januari 31, 2012

Pentas Opera....Selamat Tinggal Ayah (Mengenang Almarhum Adik Yusuf Sigit,Mangsa Kemalangan Maut Xenia ).....

Assalamualaikum...kali ni aku nak kongsikan satu puisi yang membuatkan hati aku remuk membacanya, kerana puisi ini ditujukan buat seorang anak kecil yang telah menjadi mangsa kemalangan maut akibat dirempuh kereta Xenia, di Tugu Tani, Jakarta....Almarhum Adik Yusuf Sigit Purnomo, berusia 2 tahun lebih....


Kejadian berlaku pada 22 Januari 2012 yang lalu, dipercayai pemandu kenderaan Xenia tersebut hilang kawalan dan merempuh belasan pejalan kaki hingga mengakibatkan 9 kematian. Dipercayai pemandunya seorang wanita dalam keadaan mabuk dibawah pengaruh alkohol dan dadah, walaubagaimanapun beliau hanya dikenakan hukuman penjara 6 tahun sahaja akibat kesalahan yang dilakukan....sumber berita boleh lihat DI SINI.


Cukup lah foto-foto dibawah berbicara, sudah cukup membuatkan hati kita sayu dan pilu....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...