Ahad, Ogos 21, 2011

Pentas Opera.....Mencari Lailatul Qadar...

Bismillahirrahmanirrahim....
Sedar nda sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan ramadhan.....dan sudah pastinya dalam fasa terakhir ni marilah kita berusaha memperbanyakkan amalan dan ibadah malam hari kita, berdoa, bertasbih dan memohon keampunan-NYA...Semoga kita dipertemukan dengan malam yang dimuliakan Allah SWT iaitu Malam Lailatul Qadr.

Tetapi bilakah masa yang tepat Malam Lailatul Qadr itu?


Menurut Imam Shafie, malam lailatul Qadar terkandung di dalam 10 akhir Ramadan dan terlebih afdal pada malam yang ganjil dan terlebih afdal pula pada malam ke 21 atau malam ke 23 Ramadan.

Sebagaimana sabda Rasulullah SAW :"Bersedialah dengan bersungguh-sungguh untuk menemui malam Lailatul Qadr pada malam-malam ganjil di sepuluh malam akhir bulan Ramadhan".

Manakala berkata Imam Ghazali pula adalah malam Lailatul Qadar dapat diketahui dengan hari yang awal daripada bulan:

  1. Sekiranya awal Ramadan pada hari Ahad atau Rabu maka malam Lailatul Qadar adalah malam ke 29.
  2. Sekiranya awal Ramadan pada hari Isnin maka malam Lailatul Qadar pada malam ke21.
  3. Sekiranya awal Ramadan pada hari Selasa atau Jumaat maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 27.
  4. Sekiranya awal Ramadan pada hari Khamis maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 25.
  5. Sekiranya awal Ramadan pada hari Sabtu maka malam lailatul Qadar adalah malam ke 23.

Selain itu, Malam Lailatul Qadr itu juga ditafsirkan sebagaimana sabda Rasulullah SAW; "Lailatul qadar adalah malam tenteram dan tenang, tidak terlalu panas dan tidak pula terlalu dingin, pada esok paginya sang surya terbit dengan sinar lemah berwarna merah” (Hadist hasan).


Tetapi janganlah sampai kita memilih hanya hari-hari ganjil saja baru mau beramal @beribadat lebih....hari-hari lain tu buat yang biasa-biasa saja....kalau itulah yang berlaku, maka niat kita bukan lagi ibadah kerana Allah, tapi kerana Lailatul Qadr....


Walaupun nda dapat Lailatul Qadr, tetapi ibadah yang kita kerjakan itu mendapat keredhaan Allah, kita mendapat keampunan Allah, doa kita dimakbulkan Allah, maka itu adalah lebih baik dan bernilai. Pokok pangkalnya adalah keikhlasan dan kecintaan kita pada Allah SWT....Harus diingat, pahala ibadah dan segala kebaikan Lailatul Qadr itu datangnya dari Allah jua....
Semasa masih ada kesempatan ini, marilah kita perbetulkan niat dan kejarlah Lailatul Qadr itu semata-mata kecintaan kita pada Allah ....belum tentu kita akan bertemu dengan Ramadhan seterusnya di tahun hadapan....Wallahuallam...

Tiada ulasan:

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...