Zikir Qalbi "Allah Hu",..ianya merupakan salah satu daripada beberapa amalan wajib di dalam pengajian RITEQ di tahap 1.
Mengapa perlu Zikir Qalbi "Allah Hu"..???
Tenaga zikir adalah tenaga dari Illahi, ia mempunyai cahaya dan Aura yang hebat yang datang dari alam Lahut. Energi zikir akan menyucikan segala kotoran pada qalbi sehingga qalbinya akan terkeluar cahaya alam Lahut yang tertutup selama ini disebabkan kekotorannya. Cahaya ini akan bersinar dan meningkatkan frekuensi cahaya jiwanya (mazmumah). Ia juga akan bergerak menguatkan Ruh Sultani iaitu cahaya akal sehingga akalnya mempunyai daya ketahanan yang kuat, berfikiran tajam dan kreatif.
Zikir yang digabungkan dengan teknik pernafasan ALLAH HU., akan memberi kesan yang hebat. Imam Ghazali mengatakan zikir yang dilakukan dengan cara menahan nafas akan mempercepatkan proses penyucian hati (membakar mazmumah).
Zikir Nafas dapat merawat gangguan halus sama ada dari sihir atau pun jin ialah dengan mengeluarkan penyakit dari diri serta memastikan pengamal RITEQ tahap 1 mempunyai sistem pertahanan yang kuat agar segala serangan atau sihir tidak dapat menembusinya.
Rawatan energi zikir juga akan menumpukan pengumpulan tenaga zikir pada qalbi (jantung) untuk mengeluarkan syaitan dari dalam darah. Apabila tenaga zikir terkumpul di jantung, maka ia akan menghantar tenaga itu keseluruh badan melalui sistem peredaran darah, seterusnya menghancurkan segala tenaga yang rendah (jin dan syaitan) tidak kira di mana ia berada dalam tubuh perawat.
Adapun Hikmah Dari melakukan amalan zikir itu, yang sebenarnya tidak dapat nilai, sebahagian kecil hikmah nya adalah seperti berikut ..
- Merawat pesakit.
- Memiliki Kekuatan tenaga dalam.
- Firasat Yang tajam.
- Ketentraman Hati, jiwa dan raga.
- Pertahanan dari serangan sihir dan sebagainya...
Tarikh tutup pengajian RITEQ thp 1,2,3 dan 4 bagi negeri di Semenanjung ialah pada 20 mac 2015. Selepas tarikh tersebut saya akan berpindah ke Sandakan, Sabah....
Asas perawat RITEQ tahap 1 maklumat link http://qolbuinsan.blogspot.com/…/tahap-1-kursus-asas-perawa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan