Assalamualaikum, apa kabar kamurang semua? Aku harap semua sihat-sihat, kalau sakit makan ubat tampal koyok.....almaklumlah sekarang ni musim hujan, macam-macam penyakit datang terutamanya penyakit tidur.....
Aku cuma nak bagitau kamurang sekarang ni dah dikeluarkan AMARAN hujan lebat Peringkat Kuning di beberapa kawasan seluruh negara termasuk Sabah. Amaran ni bukan aku yang keluarkan, jangan pulak ada yang memandai cakap aku yang bagi AMARAN....amaran ni dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia.
Aku harap kamurang semua, terutama orang-orang Sandakan berhati-hati semasa memandu dan untuk geng-geng kaki pancing tak kira laut dalam ke atau tepi-tepi laut ka, tengok dulu ramalan cuaca sebelum keluar memancing....jangan plak jumpa tok bomoh minta ramalan cuaca, tengok dalam paper lah, tak pun google saja bah....sanang baitu....
KENYATAAN
AKHBAR
(19
Disember 2012)
Malaysia kini sedang mengalami musim monsun Timur Laut atau musim
tengkujuh yang telah bermula pada akhir bulan Oktober 2012 dan dijangka
berterusan hingga awal Mac 2013.
Episod pertama hujan lebat monsun dijangka berlaku di beberapa kawasan dan
Nasihat Hujan Lebat (Peringkat Kuning) telah dikeluarkan pada 4.39 petang,19
Disember 2012 seperti berikut:
NASIHAT HUJAN LEBAT (PERINGKAT KUNING)
(I) Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku
di negeri Sabah : Bahagian Kudat, Sandakan (Daerah Sandakan, Beluran dan
Kinabatangan) dan Tawau (Daerah Lahad Datu, Kunak dan Semporna) mulai Sabtu, 22
Disember 2012 sehingga Ahad, 23 Disember 2012. Keadaan ini boleh menyebabkan
banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
(II) Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku
di negeri Kelantan (Daerah Tumpat, Pasir Mas, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh
dan Machang) dan Terengganu (Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu dan Marang)
mulai Ahad, 23 Disember 2012 sehingga Selasa, 25 Disember 2012. Keadaan ini
boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan rendah.
(III) Hujan sekejap-sekejap kadangkala sederhana dijangka berlaku
di negeri Terengganu (Daerah Dungun dan Kemaman) dan Pahang (Daerah Kuantan,
Pekan dan Rompin) mulai Isnin, 24 Disember 2012 sehingga Rabu, 26 Disember
2012. Keadaan ini boleh menyebabkan banjir di kawasan-kawasan yang berkedudukan
rendah.
Jabatan Meteorologi Malaysia
Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi
5.00 petang