Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label muhasabah diri. Papar semua catatan

Isnin, Oktober 13, 2014

Bacalah walaupun tidak memahami...

Assalamualaikum wbt....
 
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….



Berikut adalah kisah yang sungguh menarik yang banyak mengandungi pengajaran, hikmah dan manfaat jika antum menelaahnya dengan lebih mendalam.


Khamis, Ogos 28, 2014

3 Soalan Dijawab Dengan Penampar...!!!


Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

Selasa, Oktober 09, 2012

Jika Suami Tak Kuat Imannya.......



Wanita dan anak mampu melalaikan si suami jika suami tak kuat iman sehinggakan samada disedari atau tidak, terdapat sahaja kes di mana isteri dan anak menjadi musuh suami. Pengesahan ini diungkapkan oleh Allah dalam firman-Nya bermaksud:

“Wahai orang beriman, sesungguhnya antara isteri kamu dan anak kamu ada yang menjadi musuh bagi kamu, maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka". (Surah at-Taghabun, ayat 14).

Menurut Ibn Abbas, ayat di atas turun berikutan kisah di kalangan orang Islam yang menyatakan dirinya memeluk Islam dari kota Makkah. Mereka hendak bertemu Rasulullah SAW untuk mendalami ilmu. Namun, isteri dan anak mereka tidak membenarkannya. Selepas mereka sampai kepada Rasulullah SAW, mereka melihat ramai orang mendalami ilmu agama.

Sayyid Qutb (1327-1386 H) menjelaskan, isteri dan anak kadang-kadang menjadi sebab yang melalaikan seseorang daripada mengingati Allah dan mencuaikan tanggungjawab keimanan. Seseorang itu mungkin mampu menanggung kesusahan, tetapi tidak sanggup melihat anak dan isterinya menanggung kesusahan. Inilah yang menyebabkan dia menjadi bakhil dan pengecut supaya anak dan isterinya aman dan tenang supaya mereka hidup senang dan cukup mempunyai harta benda. Dengan demikian mereka menjadi musuhnya kerana menjadi penghalang daripada kebaikan dan demi merealisasikan matlamat kewujudan insaniah yang tinggi.

Mereka adalah penghalang untuk suami melakukan kebaikan agama dan mengembangkannya kepada manusia. Malah, lebih teruk lagi, mereka adalah orang yang sentiasa mengajak keluarganya kepada perkara yang bertentangan dengan roh Islamiah. Bagi suami yang tidak mampu menahan diri daripada cubaan ini akan bersama hanyut dalam dunia keasyikan yang melalaikan.

Lalainya suami terhadap isteri kerana mereka adalah objek menarik yang diciptakan oleh Allah yang mampu untuk melalaikan suami terhadap perintah Allah sekiranya tidak diurus sebaik mungkin. Allah menggambarkan tabiat manusia yang amat cinta dan mengagumi benda yang indah dan menarik. Sesuatu yang paling menarik perhatian lelaki ialah wanita. Ia dijelaskan dalam firman Allah bermaksud:

“Dihiaskan (dan dijadikan indah) kepada manusia; kesukaan kepada benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan dan anak-pinak; harta benda yang banyak berpikul-pikul daripada emas dan perak, kuda peliharaan yang tangkas lagi terlatih dan binatang ternak serta kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah), pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga)”... (Surah Ali Imran, ayat 14).

Menerusi ayat di atas, al-Qurtubi menyatakan, wanita adalah fitnah dan ujian paling berbahaya bagi lelaki berbanding ujian lain. Wanita yang menjadi fitnah. Ujian kepada lelaki ialah wanita yang tidak mematuhi batas syarak yang ditetapkan Allah ke atas mereka. Sebaliknya, wanita solehah adalah sebaik-baik perhiasan di dunia ini. Golongan lelaki juga hendaklah mengetahui bahawa Allah mengurniakan harta dan anak untuk menguji hamba-Nya. Oleh itu, adalah yang terbaik bagi suami, memberikan ilmu pengetahuan agama kepada isteri dan anak mereka. Dengan ilmu itu mereka sekeluarga akan memahami suruhan dan tegahan Allah.......didiklah mereka dgn ILMU…

Pemahaman ini penting supaya ada rasa tanggungjawab bersama untuk membela agama Allah. Kegagalan memberikan ilmu dan mengamalkannya, boleh menyebabkan mereka sekeluarga terjerumus ke dalam perkara dilarang, sekali gus boleh menyebabkan mereka dimasukkan ke dalam neraka. Sebagai orang beriman, Allah mengingatkan bahawa mereka perlu menjaga kaum keluarga daripada terjerumus ke dalam neraka. Ingatan ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud:

“Wahai orang beriman, peliharalah diri kamu dan keluarga kamu daripada api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia dan batu.” (Surah at-Tahrim, ayat 6).

Khamis, Mei 03, 2012

Tafakur Buat Sang Pesakit....

[melampaui-batas.jpg]




Wahai Pesakit....


Alihkanlah sepenuh pengharapan mu kepada Allah,
 dan bukan kepada diri Sang Perawat, atau Si Tukang Ubat, mahupun Si Tukang Bedah....
kerana sesungguhnya mereka tidak mampu untuk mendatangkan apa jua manfaat buat dirimu....
inikan lagi menyembuhkan mu.....
Alihkanlah sepenuh pengharapan mu kepada Allah...

kerana Dia jua yang mencegah...
Dia juga yang menyulitkan...
Dia yang mempermudahkan...
Dia yang menetapkan dan Dia yang menentukan....
dan Dia jualah Yang Menyembuhkan.....
Tidak ada yang menguasai atau menundukkan selain Dia....

Tiada daya dan kekuatan melainkan dengan izin Allah yang Maha Tinggi lagi Maha Agung....
KepadaNya kita bertawakkal atas segala usaha yang dilakukan....



Janganlah dirimu pernah putus untuk berdoa.....
berdoalah...berdoalah....berdoalah.....
kerna Dia Maha Mendengar....


dari blog sahabat Terapi Qolbu....

Isnin, Januari 23, 2012

Pentas Opera....Bersedekahlah Walau Hanya Segelas Air....

Image: segelas-air-doa.jpg
Sedekah, menurut Nabi SAW, juga melembutkan hati yang keras. “Barangsiapa mengalami kekerasan hati,” sabda baginda, ”Hendaklah memperbanyakkan sedekah”. “sedekah itu dapat mengelak bala musibah serta dapat memanjangkan usia,” tambah beliau.
Untuk bersedekah seseorang tidak perlu menunggu kaya, bahkan menurut Nabi SAW, "sedekah yang paling utama adalah dengan memberi air minum putih kepada orang lain", jika kita hanya memiliki air putih untuk diberikan.

Ahad, Disember 18, 2011

Pentas Opera....Esok Bila Ayah Telah Pergi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedih dan sebak rasanya bila terbaca wasiat dari seorang ayah (arwah Cikgu Azam) pada anak-anaknya melalui blognya.....Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen...



ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah...

Jumaat, Oktober 07, 2011

Pentas Opera....Bila Lelaki Hilang Rusuk Kirinya...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu lah, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin,

Rabu, September 14, 2011

Pentas Opera.....Zikir Seorang Isteri....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Hmmm...lama juga blog ni terbiar sepi....al-maklum sibuk banar beraya bah....Eh, lupa pula mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslimin muslimat seantero dunia!


Sebenarnya aku malas lagi mau update blog ni, tapi tengah aku blogwalking, aku terjumpa satu artikel sorang hamba Allah dari negara jiran yang bagi aku, cukup bagus untuk dikongsi dan diambik iktibar terutama buat para isteri dan bakal jadi isteri orang, semoga kisah ini membangkitkan semangat dalam diri anda untuk menjadi isteri dan muslimah yang terbaik buat suami dan keluarga.......InsyaAllah....




Rabu, Ogos 24, 2011

Pentas Opera....Lelaki Ini Dijanjikan Masuk Syurga....

Bismillahirrahmanirrahim,
Suatu kisah yang benar-benar menginsafkan....dan rasa betapa rendahnya diri ini....
-----------------------------------------------------------

Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga”, kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga”, kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.


Isnin, Ogos 01, 2011

Pentas Opera....Azam Di Bulan Ramadhan.....

Assalamu'alaikum........


Hari ni bermula sudah semua orang Islam di seluruh dunia berpuasa. Azam aku dan isteri supaya tidak belanja berlebih-lebihan di bulan Ramadhan ni macam tahun lepas jugak lah. Tidak seperti tahun-tahun sebelum tu, hampir setiap hari singgah di pasar ramadhan Taman Fajar dan hampir setiap hari jugaklah duit dilabur di pasar ramadan paling sedikit pun RM15.00. Cuba pikir dalam sepuluh hari sudah berapa yang dihabiskan duit tu....RM150.00!!! Macam-macam boleh beli woooo....


Dan hampir setiap hari jugaklah jalan ke perumahan aku tu jam, sebab orang sibuk mau pergi pasar ramadhan. Bukan orang Islam saja, orang bukan Islam pun ambik peluang jugak ke sana, sebab time-time macam ni lah bermacam-macam jenis makanan ada dijual, kadang-kadang yang jarang jumpa pun ada!!! Tu yang best tentang pasar ramadhan ni.....


Jangan cakaplah "Aku jalan-jalan cuci mata saja ba....". Confirm tercuci duit punya! Kecuali lah kalau memang betul-betul nda ada duit, baguslah nda payah cuci mata pergi pasar ramadhan tu. Duduk di rumah saja lah cuci kain ka, cuci kereta ka, cuci lantai ka, cuci lah apa-apa yang patut....
Apapun itu terpulang dengan kemampuan masing-masing kan, tapi yang lebih afdal adalah kita berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah....berbuka lah secara sederhana, kerana itulah yang dididik oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam....


Tapi aku tengok macam dah jadi satu trend pulak berbuka puasa di hotel-hotel ni, nda kira la, hotel mewah ka, separuh mewah ka, yang penting namanya "Aku buka puasa di hotel hari ni"....Huiyyooo....nampak grand la tu....jeles keeee.....nda la, aku nda jeles pun, lantak la mau buka di hotel mana pun....bukan duit aku jugak yang abis kan. 


Yang penting kita kena ingat bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan keberkahan dan ampunan yang membawa seribu harapan untuk kita meraih segala kebaikan yang ada di dalamnya. Ada berbagai amalan untuk kita gandakan pahala puasa, itu semua adalah saham akhirat.....tapi kalau yang dilaburkan itu 0, maka hasilnya 10,000 amalan X 0 = 0......Yang penting berpuasa lah kerana Allah SWT, jangan pulak kita berpuasa kerana adat......


Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua....Wassalam....


Ingatkan pada diri sendiri, ada lagi hamba Allah di luar sana yang tidak bergembira menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal...

Isnin, Julai 25, 2011

Pentas Opera.....Amalan manakah yang Allah terima?

Pada suatu hari, ketika usai majlis ilmu, Imam Hasan Al-Banna membantu petugas-petugas majlis mengemas dewan. 

Seorang petugas menghampiri beliau dan berkata;....
"Tuan, biarkan kami yang buat kerana tuan masih penat berceramah tadi".

Dengan senyum beliau menjawab, "Tak mengapa, walaupun aku yang menyampaikan ilmu tapi aku khuatir 
amalan manakah yang Allah akan terima daripadaku: menyampaikan ilmu atau kerna menyusun kerusi-kerusi ini.."

------------------------------


Subhanallah.....terkedu aku membaca kisah di atas....Ada kah lagi pemimpin-pemimpin sekarang yang bersifat rendah diri seperti beliau? Kalau berani cubalah suruh YB-YB tu susun balik kerusi masing-masing lepas bagi ceramah....kalau tak kena herdik, kena maki lah. paling sedap pun kena lempang.....


Jadi sahabatku sekelian, jangan kita berhenti beramal dan mudah berpuashati dengan ibadah/ amalan yang telah kita kerjakan....yakin kah kita Allah terima semuanya? Beramallah sebanyak mungkin kerana kita sendiri tidak tahu amalan yang manakah akan diterima Allah...kita ikhlaskan sedekah RM5 itu lebih baik daripada kita dermakan RM5000 tapi kita mengharapkan pujian dan sanjungan....apakah nilainya di sisi Allah SWT....fikir-fikirkan....

Sabtu, Julai 23, 2011

Pentas Opera....Muhasabah Untuk Diriku....

"Ampuni dosa-dosaku Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-hamba MU yang sabar......Amiin".

"Jangan pedulikan orang yang membuat fitnah terhadapmu, tetapi tumpukanlah perhatian kepada ALLAH.
ALLAH akan menghilangkan tukang fitnah ini daripadamu, kerana bahawasanya ALLAH lah yang menggerakkan dia membuat fitnah terhadapmu untuk menguji keikhlasanmu, tetapi ramai yang tersilap dalam masalah ini."
"Sekiranya engkau memberi perhatian kepada orang yang berbuat fitnah terhadapmu, fitnah itu akan berterusan dengan dosamu (akibat terlalai daripada dzikrUllah)."

Asy-Syaikh al-Jalil Qaasim al-Khashaashiy r.a.
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...