Memaparkan catatan dengan label kisah tauladan. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label kisah tauladan. Papar semua catatan

Isnin, Januari 13, 2014

Kisah Lucu Seorang Guru Yang Menafikan Wujudnya Allah...

 Assalamualaikum.... Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


 
Telah diriwayatkan suatu kisah lucu yang dikatakan berlaku di sebuah seklah di mana seorang guru berdiri di hadapan para pelajarnya lalu bertanya kepada mereka: "Adakah kamu melihat saya?"...Para pelajar menjawab, "ya!" Lalu guru tersebut berkata: "Ini bererti saya wujud!"

Dia bertanya lagi kepada pelajar: "Adakah kamu melihat papan hitam?" Para pelajar menjawab, "ya!" Dia berkata: "Maka papan hitam itu wujud." Dia meneruskan pertanyaan lagi sambil berkata: "Adakah kamu melihat meja?" Para pelajar menjawab, "ya!" Maka dia berkata, "Bermakna meja itu wujud."

Dia bertanya lagi: "Adakah kamu melihat Allah?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Maka dia berkata, "Ini bererti Allah itu tidak wujud!"

Lantas seorang pelajar yang agak cerdik bangun dan bertanya kepada rakan-rakannya: "Adakah kamu melihat akal cikgu?" Para pelajar menjawab, "Tidak!" Dan pelajar tersebut berkata: "Ini bererti akal cikgu tidak wujud!".......

Sekadar renungan.....

Dinukilkan dari kitab ALLAH karangan Syeikh Said Hawwa dalam buku Soal Jawab Tentang Akidah Tapi Anda Malu Bertanya oleh Nik Abd Rahim Nik Abd Ghani
 

Sabtu, Mac 24, 2012

Saat Iblis Merasa Sakitnya Maut...



Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: "Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"
Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut". Pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: 

Jumaat, Februari 24, 2012

Pentas Opera...Bila Isteri Cerewet...Renungan Buat Sang Suami...

 

Assalamu'alaikum...Adakah istri yang tidak cerewet? Sulit menemukannya bukan. Bahkan istri Khalifah sekaliber Umar bin Khatab pun cerewet (isteri penulis pun cerewet jugak bah!!!).




Tersebut lah suatu kisah di mana Seorang laki-laki berjalan tergesa-gesa. Menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab. Ia ingin mengadu pada khalifah; tak tahan dengan kecerewetan istrinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah, laki-laki itu tertegun. Dari dalam rumah terdengar istri Umar sedang ngomel, marah-marah. Cerewetnya melebihi istrinya yang akan diadukannya pada Umar. Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah Umar. Khalifah Umar hanya berdiam saja, mendengarkan istrinya yang sedang ngomelan marah-marah. Akhirnya lelaki itu mengurungkan niatnya, batal melaporkan istrinya pada Umar.
Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya ngomel dan marah-marah? Mengapa ia hanya mendengarkan sahaja, padahal di luar sana, ia selalu tegas pada siapapun?
Umar berdiam diri karena ingat 5 perkara berikut....

Sabtu, Januari 21, 2012

Pentas Opera.....Berpada-pada lah....

Imam Abu Dawud rahimahullah meriwayatkan bahawasanya satu hari ketika Junjungan Nabi SAW keluar berkeliling bersama-sama para sahabat di Kota Madinah al-Munawwarah, maka baginda telah melihat sebuah rumah yang berkubah. Baginda Nabi SAW langsung bertanya: "Apakah ini?",dijawab oleh para sahabat: "Ianya milik seorang lelaki daripada kaum Ansar." Maka baginda Nabi SAW diam, seolah-olah menyimpan sesuatu dalam hati baginda.


Kemudian pemilik rumah tersebut telah datang menemui baginda dan mengucapkan salam kepada baginda di sisi manusia banyak, tetapi Junjungan Nabi SAW berpaling daripadanya. Si Pemilik terus mengucapkan salam berkali-kali dan Junjungan SAW tetap sahaja berpaling sehingga diketahuinya bahawa Junjungan SAW murka dan berpaling daripadanya. Lalu Si Pemilik mengeluh kepada sahabat-sahabatnya: "Demi Allah, sesungguhnya aku tidak mengingkari Rasulullah SAW." Sahabat-sahabatnya berkata: "Junjungan SAW tadi keluar lalu melihat kubahmu?" Maka pulanglah Si Pemilik kepada kubahnya lalu diruntuhkannya kubah tersebut sehingga rata ke tanah.
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...