Khamis, Disember 26, 2013

Betul ke Roh akan pulang semula?


Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


Saya pernah diajukan soalan ini dan rasanya ramai jugak antara masyarakat Islam, khususnya di Sabah yang masih keliru akan persoalan ini....sesetengahnya agak sukar untuk menerima hakikat bahawa roh arwah yang sudah meninggal dunia tidak akan bisa kembali ke dunia dan akan kekal di Alam Barzakh hingga hari "kebangkitan"....diharapkan artikel ini (dari Pusat Rawatan Islam Darussalam - Ustaz Ismail Kamus) bisa membantu memberi pemahaman tentang permasalahan ini....InsyaAllah..
 

Tahdhirul Arwah (Spiritism) Dan Kesannya
 


Hakikat tahdhirul-arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di dalam bahasa Melayu, ‘memanggil ruh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan, Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.

Isnin, Disember 16, 2013

Amalan Pakaian Perawat "Zikir Inti Nur Kalimah"....


Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...


Mengapa perlunya seorang perawat mengamalkan Zikir Inti Nur Kalimah (ZINK)?

Jumaat, Disember 06, 2013

Penundaan Perancangan Kursus Program Pengijazahan Amalan Perawat Disember 2013

Dukacita dimaklumkan perancangan Program Pengijazahan Amlan Perawat Disember 2013 oleh RITEQ (Rawatan Islam Terapi Qolbu) di Sandakan, Sabah terpaksa ditunda atas masalah yang tidak dapat dielakkan. InsyaAllah program ini akan dijalankan pada satu tarikh yang akan diberitahu kelak.

Kepada sesiapa yang berminat untuk mengambil program Pengijazahan Amalan Perawat (Tahap I, Tahap II & Tahap III) secara personel boleh lah berhubung terus atau datang sendiri ke RITEQ untuk penerangan selanjutnya. 

Untuk makluman, Pengijazahan Amalan Perawat Tahap I boleh dilakukan secara jarak jauh, kecuali Pengijazahan Amalan Perawat Tahap II & Tahap III perlu dilakukan secara hadir sendiri ke RITEQ (Rawatan Islam Terapi Qolbu) Taiping, Perak. Untuk info lebih lanjut sila klik DI SINI.

Shah Ahmad
Rawatan Rukyah Syari'ah.
Lokasi : Taman Pinang Seberang, Kamunting, Taiping, Perak.
Hubungi : 017-8942521
Emel : TerapiQolbu@Gmail.Com

Rabu, September 11, 2013

Perancangan Program Pengijazahan Amalan Perawat Di Sandakan, Sabah Pada Disember 2013





Insyaallah, Program Pengijazahan Amalan Perawat akan di adakan di Sandakan, Sabah sekitar bulan Disember nanti. Tarikh belum di tentukan. Pada yang berminat boleh membuat perancangan dari sekarang. Antara pengajian yang akan di bentangkan adalah :

Pengajian Tahap 1 (8:00pg - 12:30 tengahari)
Yuran; RM130.00
Antara silibus pengajianya:
1. Pengijazahan amalan manzil bersanad
2. kaedah rawatan :
    a). kaedah mengazab
       - kaedah sebat tasbih
       - kaedah baling
       - kaedah rejam
       - kaedah pasak
    b). Kaedah bunuh:
       - Kaedah sembelih
       - Kaedah letup
    c). Kaedah Menarik gangguan:
       - Kaedah Pulas
       - Kaedah Tarik
3. Kaedah menghancur kebal jin
4. Kaedah Membuang Ilmu batil

Kursus Metafizik Penyembuhan Tapak Syifa (2:30ptg - 5:30ptg)
Yuran kursus: RM100.00
Antara silibus pengajiannya:
1. Amalan FATIHAH 7
2. Penyaluran Tapak penghancur
3. Penyaluran tapak penyapuan
4. Penyaluran Tapak Syifa
5. Penyaluran Tapak Pengeluaran
6. Ijazah Rawatan santau

Pengijazahan (ZINK) Ilmu Zikir Inti Nur Kalimah (8:30mlm - 11:30mlm)
Mahar : RM555.99
Silbus pengajian ZINK dan keperluan adab pengijazahan boleh anda rujuk pada artikel berkenaan.

Keseluruhan pengajian tersebut akan di adakan pada hari yang sama. Anda boleh memilih untuk mengikuti mana mana pengajian mengikut kemahuan anda.

Penyertaan belum di buka. perancangan program tersebut akan di kemaskini dari masa ke semasa.
Dicatat oleh Terapi Qolbu

Jumaat, Ogos 16, 2013

MERAWAT SIHIR DENGAN YASIIN 7 MUBIN...

Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Terlebih dahulu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, sekiranya ada apa-apa artikel dalam blog ni yang mengguris hati, menyinggung perasaan aku menyusun sepuluh jari mohon ampun MAAF ZAHIR & BATIN....

Aku taknak lah cerita detail tentang kisah rawatan ni, cuma yang aku nak highlightkan di sini tentang betapa pentingnya usaha, doa dan tawakkal kita pada Allah semasa merawat pesakit....




Sejak beberapa hari lepas aku merawat kes sihir pada satu pesakit ni.....malam pertama rawatan, aku dan Abah sudah dapat mengagak bahawa kes ini kes sihir dan agak liat jugak untuk dirawat.....setiapkali dirukyah pesakit akan kesakitan teramat sangat hingga menjerit-jerit dan menangis....sebagai DOS TAMBAHAN kami ambik keputusan untuk melakukan bacaan Yasin 7 Mubin ke atas pesakit untuk menghancurkan sihir yang ada dalam tubuhnya. Amalan ini aku hanya lakukan pada malam hari di rumah ku selepas pulang dari merawat pesakit tersebut. Selama 3 malam berturut-turut aku merukyahnya dan selama 3 malam berturut-turut jugalah kami lakukan bacaan Yasin 7 Mubin dengan niat dan hajat yang sama.....


Pada malam ketiga selepas rawatan, pesakit telah bermimpi........Pesakit dan suami berada di rumah mereka, dan tiba-tiba mereka terdengar kucing peliharan mereka yang berada di beranda dapur mengiau dengan kuat dan keras seperti sedang marah. Mereka suami isteri bergegas ke dapur dan alangkah terkejutnya mereka melihat seekor ular tedung hitam yang sangat besar berada di situ (sebelum ini pesakit pernah bermimpi diganggu ular hitam yang besar). Si suami lantas mencekik ular tersebut dan kelihatan ular tersebut berubah rupa seperti wajah seorang lelaki berambut panjang.....tanpa berlengah si suami mengambik sebatang besi dan menikam leher ular tersebut berkali-kali hingga mati, dan ketika itulah pesakit lantas tersedar dari mimpinya.....

Pesakit menceritakan perihal mimpi tersebut kepada ku dan aku anggap itu satu pertanda yang baik hasil dari rawatan yang diusahakan, semuanya pasti berlaku atas izin Allah jua.....
Pada malam keempat aku teruskan rukyah dan syukur pada Allah kerana tiada lagi tanda-tanda kesakitan, gangguan perut atau apa saja gangguan berlaku semasa dirukyah.....keadaannya kembali normal seperti biasa. Sujud syukur pada Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu......

Pesakit aku bekalkan dengan air + garam yang telah didoakan untuk diminum setiap hari dan amalan bacaan Yasin 7 Mubin jugak masih kami teruskan. Pada hari ini, ketika bertemunya ditempat kerja, pesakit kembali ceria dan bekerja seperti biasa. Aku akan merukyahnya kembali selepas 10 hari....moga Allah permudahkan dan beri kesembuhan padanya.....

Aku hanyalah Si Tukang Doa....

Isnin, April 15, 2013

Merawat Gangguan Badi Mayat.....

Assalamualaikum....

Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Lama ndak update blog ni....maklumlah telampau sibuk dengan kerja dan keadaan huru hara yang berlaku di Lahad Datu, sedikit sebanyak memberi kesan pada kami yang tinggal di Sandakan, walaupun pada zahirnya aku tengok rata-rata orang2 Sandakan masih kelihatan tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Huih....lain macam pulak tajuk post aku kali ni.....kisah rawatan? Aku bukanlah seorang perawat pro....ndak pandai pun....tapi mungkin cerita ni boleh dijadikan panduan kepada sahabat2 di luar sana, terutama kepada mereka yang telah ambik ijazah amalan asas perawat dari Rawatan Islam Terapi Qolbu (RITEQ).

Kisahnya bermula begini.......

Rasanya dalam bulan Januari tahun ni jugak, sorang sahabat bertanyakan apa rawatan untuk mereka yang terkena badi mayat.....aku tanya nak rawat siapa...katanya nak rawat adik dia (umur dalam 8-9 tahun).

Dia pun ceritakanlah, beberapa minggu sebelum tu kawan adiknya telah meninggal dunia dan mereka ni memang kawan rapat. Pada masa tu mereka ndak benarkan adiknya ni melawat jenazah. Dipendekkan cerita, selang beberapa hari selepas pengkebumian jenazah, adiknya demam panas tapi yang peliknya demam hanya berlaku selepas asar. Sudah bawa ke klinik tapi masih tiada perubahan. Keputusan ujian darah jugak normal. Dalam masa yang sama pesakit selalu bermimpi hampir setiap malam dan meracau-racau bertemu dengan arwah kawannya...sehinggalah pada satu hari ketika ibu kawan aku ni berjalan dengan adiknya tiba-tiba dia bagitahu dia nampak arwah kawannya tu. Ini membuatkan mereka sekeluarga bertambah risau.

Dengan niat untuk membantu sahabat ni, aku cubalah usahakan bantu budak ni, kesian pulak aku dengar ceritanya....aku call  adik aku Terapi Qolbu minta pendapat dan tunjuk ajar sikit....Alhamdulillah diturunkan beberapa kaedah untuk merawat kes sebegini. Aku tanya jugak pada beliau boleh ke terkena gangguan sebegitu sedangkan pesakit tak pergi pun tengok jenazah....jawapannya memang boleh, kerana pesakit dan jenazah memang kawan rapat dan pesakit selalu teringatkan arwah....

Tapi entah kenapa, mungkin gerak dari Allah, untuk tidak gunakan kaedah yang diberi tu dulu....Aku minta sahabat aku belikan 2 botol besar air mineral untuk didoakan. Sewaktu balik rehat tengahari di rumah, aku mulakan dengan kunci pembuka amalan...dan niat mohon keberkatan Allah pada air untuk tujuan penyembuhan. Aku mula bacakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Amalan Terapi Nur Hikmah, Selawat Syifa dan diakhiri dengan Doa Nurun Nubuwwah....Petang tu jugak aku serahkan 2 botol air yang didoakan tadi untuk minum dan mandi selama 7 hari.

Selang 3 hari kemudian tergerak hati bertanyakan sahabat tadi berkenaan keadaan adiknya, dan menurut beliau keadaan adiknya semakin pulih, tidak ada lagi meracau-racau atau mimpikan arwah kawannya ketika tidur malam....dan dia tak pernah lagi nampak kelibat arwah tu dan rawatan minum dan mandi air doa tetap diteruskan sehingga selesai.....

Syukur Alhamdulillah, semuanya pun atas izin dan kehendak dari Allah...

Selasa, Januari 22, 2013

SANDAKAN BERSELAWAT....MAULID AKBAR...

Assalamualaikum....

 Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Segala Sesuatu Yang Tiada Batasan Dan Penghujung...
Selawat dan salam buat junjungan besar Penghulu seluruh umat, Nabi Muhammad SAW , keluarga baginda dan para Sahabat....

Syukur Alhamdulillah, segala puji hanya untuk-NYA....Bandar Sandakan akan dilimpahi rahmat Allah yang Maha Esa dengan kehadiran beberapa orang ulama sempena Maulidur Rasul 1434H ini......



Marilah sama-sama kita meraikan cinta kita pada Rasulullah SAW dalam "Taman-taman Syurga"...

Semua Muslimin & Muslimat dijemput hadir:


22/Jan/2013 SELESA :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG.
 Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

23/Jan/2013 RABU :
MASJID AL- FALAH KARAMUNTING.
JAM: 6.30PTG.
 Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

24/Jan/2013 KHAMis :
MASJID DATUK PENGIRAN GALPAM.
JAM: 6.30PTG
Maulid Akhbar. Penceramah : HABIB IDRUS B ABDILLAH AL- JUFRI- Jakarta, INDONESIA

25/Jan/2013 JUMAAT :
MASJID JAMEK BANDAR SANDAKAN.
JAM: 6.30PTG
Penceramah : DATO' HASSAN MAHMUD AL-HAFIZ (MUDIR
IMAM MUDA ASTRO OASIS)

Rabu, Januari 16, 2013

Amalan Petua Lama - Untuk Menguatkan Badan

Assalamualaikum....


Salawat Dan Salam Keatas Baginda SAW, Ahlul Bait Dan Sahabat Sahabat Baginda SAW...
Segala Pujian Hanya Layak BagiNYA, Maha Pencipta Segala Sesuatu Yang Tiada Batasan Dan Penghujung...
Maha Suci DIA dari Kelemahan Dan Buruk Sangka Makhluk-NYA...


Hari ni aku nak kongsikan satu petua lama yang ringkas, dari "orang lama" yang aku ambik dari blog beliau http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com yakni berkenaan amalan membaca Basmalah untuk kekuatan (bukan ilmu kebal yeeee)....sebenarnya masih banyak lagi yang kita tidak ketahui akan khasiat dan fadhilat Basmalah, tujuan saya kongsikan tiadalah niat lain hanya sekadar untuk menyebar amalan2 orang2 tua kita agar tidak tenggelam dek zaman....



Menurut tuan punya blog http://ilmukebatinanmelayu.blogspot.com;

"Ini ada satu petua yang saya dapati dari beberapa orang termasuk dari Arwah Datuk, Ustaz2 dan Arwah Guru. Petuanya amat mudah, untuk memberi kekuatan dan keteguhan tubuh badan walaupun sudah berumur, malahan menjauhkan penyakit berbahaya.

Sebelum bersarapan tengahari atau malam, sebelum menjamah nasi mahulah memulakan tiga suapan pertama nasi kosong tanpa kuah atau lauk, yakni :-

 






a)Suapan pertama membaca Bismillah.
b)Suapan kedua membaca Bismillah hirrohman.
c)Suapan ketiga membaca Bismillah hirrohmanirrohim...

Amalkanlah petua mudah ini, nescaya akan mendapat khasiat dan melihat hasilnya jika sudah berumur seperti saya, Alhamdulillah masih mempunyai kudrat seperti berumur 20an , malahan mengatasi anak muda yang langsung 'tin kosong', Insyallah."

Jadi, apa tunggu lagi, amalkanlah untuk kesejahteraan dan kesihatan...InsyaAllah....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...