Jumaat, Disember 30, 2011

Pentas Opera...Sihir Pemisah, Sihir Rumahtangga....


Entri kali ni aku nak kongsi kan tentang gangguan sihir yang boleh terjadi dalam rumahtangga. Jangan dianggap enteng walaupun zaman sekarang sudah serba maju dan canggih tetapi sudah ramai yang terkena. Na'uzubillah....semoga menjadi panduan buat semua....Insya-Allah...
Artikel ni aku ambik dari blog perawat http://darul-azzikri.blogspot.comYang penting "Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI".....


Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.

Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.

Ahad, Disember 18, 2011

Pentas Opera....Esok Bila Ayah Telah Pergi...

Bismillahirrahmanirrahim...
Sedih dan sebak rasanya bila terbaca wasiat dari seorang ayah (arwah Cikgu Azam) pada anak-anaknya melalui blognya.....Marilah kita sedekahkan Al-Fatihah untuk arwah...Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas rohnya..Ameen...



ESOK BILA AYAH PERGI

Anak-anak ayah
Dengar betu-betul pesan ayah
Lepas ni tak boleh cakap dah
Apabila kelu mulut dan lidah...

Pentas Opera....Malam Pertama Di Alam Kubur....


Malam itu ialah Malam Pertama Di Alam Kubur
Pernahkah engkau melihat kuburan?
Pernahkah engkau melihat gelapnya kuburan ?
Pernahkah engkau melihat sempit dan dalamnya liang lahat ?
Pernahkah engkau membayangkan kengerian dan kedahsyatan alam kubur ?
Sedarkah engkau bahawa kuburan itu dipersiapkan untukmu dan untuk orang-orang selain darimu ?
Bukankah telah silih berganti engkau melihat teman-teman, orang-orang tercinta dan keluarga terdekatmu diusung dari dunia fana ini ke kuburan ?
Apakah Malam Pertama Kita di Alam Kubur nanti Asyik dan Nikmat atau Penuh Derita dan Sengsara?

Jumaat, Disember 16, 2011

Pentas Opera....Hantu Penanggal @ Balan Balan...


Mungkin di sesetengah tempat ada yang mengatakan makhluk ini buka di kategorikan sebagai hantu memandangkan ia terjadi hasil dari orang yang mengamalkan ilmu sesat atau ilmu hitam. Makhluk ini juga mempunya banyak nama bergantung kepada kawasan. Antaranya hantu penaggal bagi masyarakat di semenanjung tetapi bagi masyarakat di sabah ia lebih dikenali sebagai hantu balan-balan. Malah bagi suku kaum Bugis, makhluk ini dikenali sebagai "popokan".
Biasanya sasaran makhluk ini menjadikan wanita bersalin sebagai sasaran dengan menghisap darah wanita bersalin dan juga memakan bayi yang baru dilahirkan. Tetapi bagi di kawasan Sabah, makhluk ini sering dikaitkan dengan pencurian mayat-mayat yang baru meninggal. Disebabkan itulah apabila berlaku kematian maka penjagaan ketat dilakukan malah sehingga seminggu setalah mayat dikebumikan. Biasanya mayat yang dicuri akan digantikan dengan batang pisang. Kisah ini pernah di filemkan satu masa dahulu.

Bagi mengatasi masalah gangguan penaggal ini, kebanyakan masyarakat menggunakan limau purut sebagai pendinding. Dipercayaai penanggal takut dengan limau purut. Selain itu terdapat juga ranting-ranting limau digantung di atas jendela kononnya bagi mengelakkan penanggal masuk kedalam rumah. Jika di fikirkan secara logik ada benarnya juga memandangkan keadaan fizikal penanggal yang hanya berupa kepala yang terbang beserta dengan organ dalaman seperti jantung, paru-paru dan juga usus. Jika terkena dengan ranting limau akan mendatangkan kecederaan kepadanya. Sebab itulah penanggal amat takut pada limau dan juga ranting limau.



Sumber cerita  http://www.qolbuinsan.blogspot.com/

Khamis, Disember 15, 2011

Pentas Opera....Dua Kelompok Orang Miskin...

Bismillahirrahmanirrahim,
Artikel ni bersumber dari ruangan soal jawab agama dalam salah satu akhbar tempatan....tapi tak ingat yang mana satu.....harap menjadi iktibar buat kita bersama...."Biar miskin harta, asalkan kaya hati dan jiwa"...

-----------------------------------------------------------------------------------------------


Dua Kelompok Orang Miskin

SAYA merasa pelik, ada orang miskin yang begitu mudah meminta-minta. Mereka merasa gembira menjadi penerima, malah seolah-olah bersyukur pula dengan kemiskinan yang menimpa. Namun, saya juga melihat ada kelompok fakir dan miskin yang cuba menyembunyikan kemiskinan dan mereka malu menerima bantuan. Apakah penjelasan ustaz terhadap kewujudan dua fenomena ini? 


JAWAPAN

Memang benar kenyataan saudara, bahawa wujudnya dua kelompok berbeza dalam kalangan orang-orang fakir dan miskin. Ada kelompok yang meminta-minta dan ada kelompok yang enggan meminta-minta.

Jumaat, Disember 02, 2011

Pentas Opera....Iman Senilai 20 Sen...



Beberapa tahun dahulu, ada seorang Imam yang berasal dari Thailand telah dipanggil ke Malaysia untuk menjadi Imam tetap di sebuah masjid di Malaysia. Telah menjadi kebiasaan Imam tersebut selalu menaiki bas untuk pergi ke masjid.

Pada suatu hari, selepas Imam tersebut membayar tambang dan duduk di dalam bas, dia tersedar yang pemandu bas tersebut telah memulangkan wang baki yang lebih daripada yang sepatutnya sebanyak 20 sen.

Sepanjang perjalanan Imam tersebut memikirkan tentang wang 20 sen tersebut. "Perlukah aku memulangkan 20 sen ni?", Imam tersebut bertanya kepada dirinya. "Ah... syarikat bas ni dah kaya... setakat 20 sen ni.. nak beli tosei pun tak cukup", kata Imam tersebut.

Apabila tiba di hadapan masjid,

Isnin, November 07, 2011

Pentas Opera....Kisah Lelaki Amerika Menyapu Di Rumah Allah SWT....

Seorang lelaki amerika yang telah memeluk Islam, meminta penyapu daripada tukang sapu yang berkerja membersih Masjid Al-Haram Mekah untuk membersih Masjid Haram.

Petugas tersebut tidak membenarkan warga amerika tersebut melakukan demikian, warga amerika Muslim tersebut mengeluarkan sedikit wang dari poketnya dan diberikan wang tersebut kepada tukang sapu tersebut....

Maka tukang sapu tersebut menyerahkan penyapu kepada warga amerika yang Muslim, lalu warga amerika yang Muslim tadi menyapu lantai Masjid Haram Mekah dengan penuh perasaan dan keimanan, setelah puas hati dia membersihkan sebahagian lantai Masjid Haram, dia menyerah kembali penyapu tersebut kepada tukang sapu yang bertugas. Warga amerika tersebut telah berpuas hati kerana dapat berkhidmat pada Rumah Allah SWT walau seketika sahaja.

Begitulah sucinya insan yang berhati mulia, dunia Islam kini tidak lagi mementingkan amal kebajikan tetapi kebanyakkanya mementingkan wang dan upah sahaja, hanya sedikit sahaja golongan yang sanggup berkhidmat secara percuma kepada Rumah Allah SWT.

Sumber

Selasa, November 01, 2011

Pentas Opera...11 kisah pelik untuk renungan..

Bismillahirrahmanirrahim.......


Sekarang dalam mode malas tahap gaban. Tapi bila aku terjumpa cerita-cerita pelik ni buat aku tesenyum sendri-sendri...kredit tuk penulis kisah pelik ni-Sioloon moderator :)....
http://www.sioloon.com/
Ikuti kisahnya.....




Cerita 1

Suami : Kenapa Sayang menangis?
Isteri: Saya telah baca sebuah buku. Sad endinglah bang..
Suami : Buku apa?
Isteri: Buku bank abanglah..



=====================================

Cerita 2

Jumaat, Oktober 07, 2011

Pentas Opera....Bila Lelaki Hilang Rusuk Kirinya...

WANITA: Siapa yang paling kamu cintai di dunia ini?

LELAKI: Kamu!!!

WANITA: Menurut kamu, saya ini siapa?

LELAKI: (Berfikir sejenak, lalu menatap WANITA dengan pasti) Kamu lah, tulang rusukku.


Kerana Allah melihat bahawa Adam kesepian. Saat Adam sedang lena tidur, Allah mengambil rusuk Adam dan menciptakan Hawa. Semua LELAKI mencari tulang rusuknya yang hilang dan saat menemukan wanita untuknya, tidak lagi merasakan sakit di hatinya...


Setelah berkahwin,

Sabtu, Oktober 01, 2011

Pentas Opera....Hati-hati Dengan Penipuan Kredit Kad!!!!



Bismillahirrahmanirrahim.....
Lama sudah tidak post apa-apa di blog ni, besawang sudah.....Tapi ada kisah yang memaksa aku menulis di blog ni sekaligus memberi amaran kepada semua pemilik-pemilik kredit kad, terutama pemilik kad baru.


Mungkin ia pernah terjadi kepada mereka yang memiliki kredit, tapi ndak salah untuk dikongsi sebagai satu iktibar buat kita semua...

Rabu, September 14, 2011

Pentas Opera.....Berita Yang Menggemparkan Warga Sandakan....!!!!

Anak tikam ibu dan bapa di Sandakan

SANDAKAN: Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.


Pentas Opera.....Zikir Seorang Isteri....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Hmmm...lama juga blog ni terbiar sepi....al-maklum sibuk banar beraya bah....Eh, lupa pula mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslimin muslimat seantero dunia!


Sebenarnya aku malas lagi mau update blog ni, tapi tengah aku blogwalking, aku terjumpa satu artikel sorang hamba Allah dari negara jiran yang bagi aku, cukup bagus untuk dikongsi dan diambik iktibar terutama buat para isteri dan bakal jadi isteri orang, semoga kisah ini membangkitkan semangat dalam diri anda untuk menjadi isteri dan muslimah yang terbaik buat suami dan keluarga.......InsyaAllah....




Isnin, Ogos 29, 2011

Pentas Opera.....Kongsi Kegembiraan Emas....

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ni mau kongsi sikit kegembiraan aku.....Pertama, tahun ni semua adik-adik aku balik beraya di Sandakan....Selepas ketibaan adik aku dari Perak, kelmarin pula giliran adik perempuan aku dan keluarganya tiba dari Sarawak....So, memang meriahlah Hari Raya tahun ni....cuma aku sedikit sedih sebab zaujah tersayang terpaksa bertugas di Hari Raya ni....tak dapat cuti.....


Keduanya, aku gembira sebab akhirnya aku berjaya juga beli emas aku yang pertama....walaupun kecik, tapi seperti kata adik aku Dr. Shahneza; "long journey is begin with small steps.." Satu kata-kata yang cukup untuk memberi aku semangat untuk jadi kaya....hahahaha!!!!



Sabtu, Ogos 27, 2011

Pentas Opera.....Terapi Qalbu D' Sandakan...

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, syukur pada Allah, adik aku dan keluarga yang kini bermastautin di Negeri Perak, selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan jam 8.35 malam tadi....Lama nda jumpa dengan dia ni, banyak cerita yang nak dikongsi, banyak kisah yang ingin di luah, banyak persoalan yang ingin diterjemah......


Dia ni lebih dikenali sebagai Terapi Qalbu atau RITEQ di laman maya....kerana dia merupakan seorang perawat kaedah perubatan Islam.


So, kepada warga Sandakan yang berhajat dan ingin mendapatkan rawatan dari beliau boleh menghubungi atau sms no hp beliau....(Sila buat temujanji dahulu di no. berikut 0178942521)...
Atau boleh lawat sendiri laman blog beliau di SINI. Jangan cari aku pulak, aku ndak pandai apapun.....



Pentas Opera....Haram bekal, jual bebola agar-agar....


Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan.
Bebola agar-agar pelbagai warna yang diharamkan.
Budak anggap sebagai makanan 

PUTRAJAYA: Berkuat kuasa hari ini, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan mengharamkan pembekalan dan penjualan bebola agar-agar (seeds growing kits) yang banyak digunakan untuk tanaman pokok hiasan di dalam rumah.

Pengharaman dibuat selepas kerajaan menerima aduan daripada Hospital Kuala Lumpur (HKL) dan Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM) yang mengendalikan pembedahan ‘laparatomy'  terhadap lapan kanak-kanak berusia satu hingga lima tahun kerana usus tersumbat akibat tertelan agar-agar berkenaan.
Agar-agar itu turut dikenali dengan pelbagai nama iaitu Seven Colour Crystal Ball, Jelly Ball, Crystal Jelly, Baby Jelly, Baby Crystal dan Crystal Soil. 

Menterinya, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob, berkata agar-agar berbentuk guli berwarna-warni yang digunakan untuk membantu pertumbuhan pokok atau hiasan pasu dijual dalam bentuk bebola kecil bersaiz kurang 0.5 sentimeter yang jika direndam dalam air boleh mengembang sehingga 290 hingga 444 peratus daripada saiz asal dan bersifat kenyal. 

"Kanak-kanak mungkin menganggapnya sebagai makanan dan menelannya, manakala sifatnya yang menghakis serta mudah mengembang menyebabkannya tersumbat dalam usus. 

"Kanak-kanak yang tertelan agar-agar itu akan mengalami kesan seperti muntah, demam, sembelit, perut kembung, sakit perut, usus tersumbat atau usus bocor," katanya pada sidang media khas untuk mengumumkan keputusan itu di sini, semalam. 

Berikutan keputusan itu, katanya, penjualan, pembekalan dan menyimpan bahan berkenaan diharamkan mulai hari ini. 

Rabu, Ogos 24, 2011

Pentas Opera....Lelaki Ini Dijanjikan Masuk Syurga....

Bismillahirrahmanirrahim,
Suatu kisah yang benar-benar menginsafkan....dan rasa betapa rendahnya diri ini....
-----------------------------------------------------------

Pada suatu malam Nabi s.a.w telah memperkenalkan seorang lelaki penduduk asal kota Madinah. Wajah lelaki itu amat bersih serta janggutnya disisip begitu rapi.

“ Malam ini saya ingin memperkenalkan salah seorang calon penghuni syurga”, kata Nabi sambil menoleh ke arah lelaki itu.

“Lelaki ini adalah calon penghuni syurga”, kata Nabi s.a.w kepada sejumlah sahabat yang ada setelah sembahyang Isyak. Antara sahabat yang hadir pada malam itu Anas bin Malik dan Abdullah bin Umar. Mereka begitu tertarik untuk menyelidiki ibadat lelaki itu. Mereka tertanya sesama sendiri mengapa lelaki itu ditunjukkan. Dan apakah jenis ibadat yang telah dilakukannya sehingga belum lagi dia wafat dia telah dipastikan akan masuk syurga.


Ahad, Ogos 21, 2011

Pentas Opera.....Mencari Lailatul Qadar...

Bismillahirrahmanirrahim....
Sedar nda sedar kita sudah pun memasuki fasa terakhir bulan ramadhan.....dan sudah pastinya dalam fasa terakhir ni marilah kita berusaha memperbanyakkan amalan dan ibadah malam hari kita, berdoa, bertasbih dan memohon keampunan-NYA...Semoga kita dipertemukan dengan malam yang dimuliakan Allah SWT iaitu Malam Lailatul Qadr.

Tetapi bilakah masa yang tepat Malam Lailatul Qadr itu?

Jumaat, Ogos 19, 2011

Pentas Opera.....Salah Didikan....





Kejadian berlaku d kelas pelajar tahun 2 (nama sekolah dirahsiakan)..

Cikgu: ok anak2...hari ni kita belajar bunyi binatang aa..


Murid: bulih ba kalau ko sigu..


Cikgu: mm ba..mcm mna bunyi kucing?

Murid: miauuu...


cikgu: ayam jantan?


Murid: koookoko'ook.....


Cikgu: wah! pandai....mcm mna plak bunyi buaya?


Murid: "ppsst..pssst..piiwiiit...hai sumandak..saturang seja? 


bulih minta nombor telipon?"....




Sumber dari FB adik aku....

Rabu, Ogos 17, 2011

Pentas Opera....Petua Permanis Diri....


1. Agar wajah selalu segar, berseri-seri dan cantik, cucilah minima 5 kali sehari dengan air wudhu. Jangan langsung dikeringkan, biarkan menitis dan kering sendiri. Lalu ambillah sajadah, shalat, berdzikir, dan berdo’a.
2. Untuk menghilangkan stress, perbanyaklah ‘olahraga’. Cukup dengan memperbanyakkan solat. Ketika solat, kita mengerakkan seluruh tubuh. Lalu berkonsultasilah pada Allah SWT dengan dzikir dan do’a.
3. Untuk pelembab, agar awet muda, gunakanlah senyuman. Tidak hanya di bibir tapi juga di hati. Jangan lupa bisikkan ‘kata kunci’, “Allahuma Kamma Hassanta Khalqii Fahassin Khuluqii” (Ya Allah sebagaimana engkau telah memperindah kejadianku, maka perindah pula akhlaqku). (HR Ahmad).- ( DOA TENGOK CERMIN ).

Pentas Opera....3 Golongan Orang Celaka....

Dalam sebuah hadits ada diceritakan ketika junjungan Rasulullah s.a.w. telah naik ke mimbar, setiap menaiki tiga anak tangga mimbar baginda mengucapkan amiin. Lalu perbuatan baginda itu ditanyai para sahabat. Baginda s.a.w. menjawab:-

  • Jibril mendatangiku sewaktu aku menaiki anak tangga pertama, dia berkata:- "Celakalah seorang hamba yang tidak memakmurkan bulan Ramadhan sehingga dosa-dosanya tidak diampuni. " Aku pun berkata:- "Aamiin".
  • Pada anak tangga kedua, dia berkata: "Celakalah seorang hamba yang tidak berkhidmat kepada orang tuanya sehingga dia tidak dimasukkan ke syurga." Aku pun berkata: "Aamiin."
  • Pada anak tangga ketiga, dia berkata: "Celakalah seorang hamba yang mendengar namamu disebut, namun dia tidak bersholawat untukmu." Aku pun berkata: "Aamiin".

Marilah kita isikan ramadhan kita dengan amalan dan ibadah sebaik-baiknya....sentiasalah berbakti pada kedua orang tua kita.....dan perbanyakkanlah selawat. Semoga kita terhindar dari tergolong dalam orang-orang yang celaka....

Jumaat, Ogos 12, 2011

Pentas Opera....Umat Islam Ditindas Lagi....

Bismillahirrahmanirrahim....

Lihatlah kezaliman yang dilakukan ke atas umat Islam.....sedihnya, kita di sini hanya mampu melihat dan mendoakan agar mereka semua ditetapkan dalam iman kepada Allah dan Islam...Aku harap kejadian seperti ini tidak akan berlaku di negara kita ini, bayangkanlah mau masuk masjid pun mesti tunjuk ic dan daftar dulu???? Mau kena tempiling kali tu urang.......Semoga jadi iktibar buat kita semua.....Selamat menunaikan solat Jumaat.


Pentas Opera.....Suatu kesah; Sabar Dalam Dakwah....


Tersebutlah kisah di sebuah tempat di salah sebuah Negara Arab. Terdapat seorang pemuda yang sangat liat untuk mendirikan solat. Malah dia tidak mendirikan langsung solat lima waktu. Seorang diri pun berat, apatah lagi secara berjamaah. Setiap kali ada ulama yang berkunjung ke tempat mereka, seringkali jugalah penduduk setempat mengadu kepada ulama yang datang bertandang berkenaan sikap pemuda tersebut.
Berkali-kali diberikan nasihat namun sedikitpun tidak memberikan apa-apa kesan kepada anak muda ini. Malah makin menjadi-jadi.

Rabu, Ogos 10, 2011

Pentas Opera....Berhati-hati Membeli Juadah Bazar Ramadhan....

Bismillahirrahmanirrahim...


Terkejut, sedih, hiba aku membaca berita kematian adik Nurdini akibat keracunan makanan....Perkara yang tidak sepatutnya berlaku jika peniaga tersebut menjaga kebersihan. Semoga ia menjadi iktibar buat kita semua....


Khas buat peniaga-peniaga bazar ramadhan di luar sana, jagalah kebersihan diri, gerai dan makanan yang kamu jual....Dan menjuallah dengan harga yang berpatutan agar rezeki kamu diberkati Allah.....

Isnin, Ogos 08, 2011

Pentas Opera...Kerajaan Umum Bonus Setengah Bulan Gaji.....

Bismillahirrahmanirrahim....

Alhamdulillah.....Alhamdulillah......Alhamdulillah......Akhirnya kerajaan umumkan akan membayar bonus setengah bulan gaji untuk penjawat awam. Aku rasa ramai yang melumpat-lumpat kegirangan, gembira tak terhingga....pasti sudah ada yang terbayang-bayang sofa baru, meja makan baru, set hi-fi baru, dan lain-lain lagi lah yang serba baru....

Bagi sesetengah orang ada yang menggunakannya untuk menambah pelaburan emas bagi kegunaan di masa hadapan....

Yalah apa-apapun, gunalah duit tersebut secara bijak dan jangan lupa menyimpan sedikit untuk digunakan di masa "sesak" nanti. Yang pastinya bonus ini pasti dapat meringankan sedikit beban terutama bagi pesara-pesara kerajaan....

DAn yang paling penting jangan lupa panjatkan rasa kesyukuran pada Allah SWT atas kurnia rezeki dariNYA....

Sumber http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0808&pub=Utusan_Malaysia&sec=Terkini&pg=bt_38.htm

Sabtu, Ogos 06, 2011

Pentas Opera.....Kakitangan Kerajaan Dapat Bonus Tahun Ni!!!!!

Assalamualaikum.....

Jangan kamurang tersuspen dengan tajuk entry ku....Sapa ada baca paper kemarin? Ada perasankah cerita pasal bonus untuk tahun ni....Untuk pengetahuan kamurang terutama yang kerja di sektor awam, sebenarnya CUEPACS telah mengemukakan permohonan supaya kerajaan memberikan 2 bulan bonus kepada kakitangan awam untuk tahun 2011 ni. Wah macam best saja bunyinya kan....memang sejuk telinga mendengarnya....

Tidak dinafikan inilah yang amat ditunggu-tunggu oleh segenap lapisan kakitangan awam dari peringkat bawah sampailah atasan. Bukan apa, rasanya sudah dua tahun kakitangan awam hanya diberi bantuan khas kewangan, bukannya tidak bersyukur tapi sebelum ini kita sudah terbiasa dengan pemberian bonus-bonus ni.....jadi bila tiba-tiba saja tiada bonus diberi, ramai jugaklah yang terkilan dan adalah jugak suara-suara sumbang dari sebilangan kecil pekerja kakitangan kerajaan (bukan nak salahkan mereka, sebab mereka juga ada hak untuk bersuara), tapi yang lucunya tu duit bantuan kewangan dibedalnya jugak kan.....

Seingat aku last kita terima bonus adalah semasa di bawah pimpinan mantan Perdana Menteri, Tun Abdullah Ahmad Badawi. So, rasanya tahun ni memang sesuai lah untuk Datuk Najib hulurkan bonus pada kakitangan awam.....menurut Presiden CUEPACS ini adalah masa yang sesuai memandangkan ekonomi negara dah bertambah baik dan kadar inflasi jugak terkawal......

Apapun, kamurang yang kerja di sektor awam janganlah terlalu mengharap sangat akan diberi bonus tahun ni. Bukan mau menjatuhkan semangat kamurang....ini baru permohonan, kita sama-samalah doakan permohonan ini diluluskan oleh kerajaan.

 Aku berkata begitu bukan apa, andai ditakdirkan tiada jugak bonus, dan kemungkinan besar hanya diberi Bantuan Khas Kewangan macam tahun lepas, tidaklah kamurang akan terkecewa sangat.....Yang penting tanamkan rasa BERSYUKUR dalam diri kita, dan kerjalah dengan SEIKHLAS HATI kerana kerja kita ini adalah suatu ibadah jugak, dan ibadah yang dikerjakan itu hendaklah niat kerana Allah semata-mata....InsyaAllah, DIA akan bukakan pintu rezekinya dari arah mana yang dizinkan-NYA.....

Aku teringat kata-kata Abah, "Kerjalah dengan ikhlas, Allah juga akan ikhlas dalam memberikan rezekiNYA pada kamu....."


Boleh rujuk di Utusan Online untuk berita selanjutnya http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0805&pub=utusan_malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_02.htm&arc=hive

Jumaat, Ogos 05, 2011

Pentas Opera....Butakah Cinta....

 Ada seorang gadis buta yang tidak disukai oleh orang ramai kecuali kekasihnya.Gadis buta itu selalu berkata kepada keksasihnya; ''kalau saya dapat melihat suatu hari nanti,saya akan berkahwin dengan awak''.  

Pada suatu hari, seseorang yang sangat murah hati telah mendermakan matanya kepada gadis buta tersebut. Setelah dibuat pembedahan, maka gadis tersebut telah dapat melihat kembali. 

Tetapi, apabila dia melihat kekasihnya, dia berasa sungguh tidak menyangka bahawa kekasihnya juga adalah seorang yang buta. Gadis itu berpaling ingin pergi meninggalkan lelaki itu.   Lalu lelaki itu berkata sambil tersenyum ''jagalah mataku baik-baik''.....
                                                                                                                 
Dipetik daripada Cerita FB adik saya... :)

Pentas Opera....Sunnah Di Hari Jumaat Yang Kita Abaikan..

Bismillahirrahmanirrahim...

Hari Jumaat, Hari Mulia;
Sabda Nabi SAW: “Hari terbaik yang memancarkan sinar mataharinya ialah hari Jumaat. Padanya diciptakan Adam AS, padanya dimasukkan dia ke dalam syurga dan padanya dikeluarkan dia darinya. Dan tidak akan berlaku hari Kiamat kecuali pada hari Jumaat.” (Sahih Muslim: 854 ).


Sunnah-sunnah di hari Jumaat

1)-Mandi dan berwangi-wangian (lelaki sahaja). Rasulullah SAW berkata: “Mandi pada hari Jumaat itu wajib bagi setiap orang yang sudah baligh. Hendaklah dia menggosok gigi dan memakai wangian jika mempunyainya.” (Sahih, al-Bukhari:880, Muslim:846).


Selasa, Ogos 02, 2011

Pentas Opera....Penyakit Umat Nabi Muhammad SAW...

Dari Abu hurairah r.a : Rasulullah saw bersabda, “Umat ku akan ditimpa penyakit-penyakit yang pernah menimpa umat-umat dahulu.”

Sahabat bertanya, ‘Apakah penyakit-penyakit umat-umat terdahulu itu?’ Nabi saw menjawab, “Penyakit-penyakit itu ialah :


(1). Terlalu banyak (ber)seronok,
(2).Terlalu mewah,
(3). Menghimpun harta sebanyak mungkin,
(4). Tipu menipu dalam merebut harta benda dunia,
(5). Saling memarahi,
(6). Hasut menghasut sehingga jadi zalim menzalimi.”

(Riwayat Hakim)...

Isnin, Ogos 01, 2011

Pentas Opera....Azam Di Bulan Ramadhan.....

Assalamu'alaikum........


Hari ni bermula sudah semua orang Islam di seluruh dunia berpuasa. Azam aku dan isteri supaya tidak belanja berlebih-lebihan di bulan Ramadhan ni macam tahun lepas jugak lah. Tidak seperti tahun-tahun sebelum tu, hampir setiap hari singgah di pasar ramadhan Taman Fajar dan hampir setiap hari jugaklah duit dilabur di pasar ramadan paling sedikit pun RM15.00. Cuba pikir dalam sepuluh hari sudah berapa yang dihabiskan duit tu....RM150.00!!! Macam-macam boleh beli woooo....


Dan hampir setiap hari jugaklah jalan ke perumahan aku tu jam, sebab orang sibuk mau pergi pasar ramadhan. Bukan orang Islam saja, orang bukan Islam pun ambik peluang jugak ke sana, sebab time-time macam ni lah bermacam-macam jenis makanan ada dijual, kadang-kadang yang jarang jumpa pun ada!!! Tu yang best tentang pasar ramadhan ni.....


Jangan cakaplah "Aku jalan-jalan cuci mata saja ba....". Confirm tercuci duit punya! Kecuali lah kalau memang betul-betul nda ada duit, baguslah nda payah cuci mata pergi pasar ramadhan tu. Duduk di rumah saja lah cuci kain ka, cuci kereta ka, cuci lantai ka, cuci lah apa-apa yang patut....
Apapun itu terpulang dengan kemampuan masing-masing kan, tapi yang lebih afdal adalah kita berjimat cermat dan berbelanja secara berhemah....berbuka lah secara sederhana, kerana itulah yang dididik oleh Nabi Muhammad SAW kepada umat Islam....


Tapi aku tengok macam dah jadi satu trend pulak berbuka puasa di hotel-hotel ni, nda kira la, hotel mewah ka, separuh mewah ka, yang penting namanya "Aku buka puasa di hotel hari ni"....Huiyyooo....nampak grand la tu....jeles keeee.....nda la, aku nda jeles pun, lantak la mau buka di hotel mana pun....bukan duit aku jugak yang abis kan. 


Yang penting kita kena ingat bahawa Bulan Ramadhan adalah bulan keberkahan dan ampunan yang membawa seribu harapan untuk kita meraih segala kebaikan yang ada di dalamnya. Ada berbagai amalan untuk kita gandakan pahala puasa, itu semua adalah saham akhirat.....tapi kalau yang dilaburkan itu 0, maka hasilnya 10,000 amalan X 0 = 0......Yang penting berpuasa lah kerana Allah SWT, jangan pulak kita berpuasa kerana adat......


Selamat Menyambut Ramadhan dan Selamat Berpuasa semua....Wassalam....


Ingatkan pada diri sendiri, ada lagi hamba Allah di luar sana yang tidak bergembira menyambut kedatangan Ramadhan dan Syawal...

Khamis, Julai 28, 2011

Pentas Opera....Ilmu Benteng Penyelamat Diri.


Bismillahirrahmanirrahim....


Wah mantop plak tajuk post kali ni....tapi jangan silap, ini bukan ilmu hikmat atau ilmu isim.....ini adalah sebuah kisah ahli sufi yang tinggi ilmunya dan digunakan ilmu itu pada jalan Allah swt...kisahnya menarik dan harus dijadikan iktibar untuk kita semua, InsyaAllah, semoga bermanfaat....



Siapakah dia Abu Yazid Al Bustami? Peguamkah? Majistretkah? Atau pemain muzikkah? Nama sebenar beliau ialah Abu Yazid Thaifur bin Isa, beliau dilahirkan di Bustham Khurasan pada tahun  188 Hijriyah dan lebih dikenal dengan nama Abu Yazid Al Busthami. Beliau wafat di Bustham pada tahun 261.

Kehidupannya sebagai seorang sufi ditempuh dalam perjalanan yang cukup panjang, kira-kira dalam waktu 30 tahun beliau berkelana menyusuri padang pasir, hidup dengan zuhud, makan serba sedikit, tidur yang tidak begitu banyak. Dari kezuhudannya itu beliau dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ma’rifat yang hakiki untuk dapat mengenal Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI
                     ILMU BENTENG PENYELAMAT DIRI                                                                            


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi telah dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke Gereja Sama'an.   Tiga kali mimpinya itu berulang.  Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara sebagaimana yang diberitahu dalam mimpinya.


Ia masuk ke Gereja Sama'an tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir.  Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi.  Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.  Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.  Katanya, " Ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...