Khamis, Disember 04, 2014

Ditindih Hantu Keropok....

Assalamualaikum wbt....   Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat... Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat…. 


Agak lucu juga tajuk post saya kali ini, tapi itu sekadar ingin menggambarkan kejadian yang telah berlaku....Tapi tak perlulah kita percaya atau taksub pada hantu ni ya....Anggap saja cerita ini sekadar hiburan di malam hari, hehehe....


Semalam ketika hendak merebahkan diri untuk tidur, tiba-tiba  isteri yang sudah nyenyak tidur lebih awal terjaga, dalam keadaan lemah dia bagitahu saya dia kena tindih...sebelum tu dia terdengar ada bunyi seperti orang makan dan mengunyah keropok di belakangnya sedangkan cuma kami berdua dalam bilik tidur. Anak-anak tidur di bilik masing-masing....

Lantas saya bangun kembali, duduk bersila di tepi katil dan saya arahkan isteri membaca ayat Kursi. Saya atur kembali nafas, zikir seringkas yang boleh....kemudian saya gunakan jurus IKAK untuk tarik "Hantu Keropok" yang mengganggu isteri saya tadi, Biiznillah. Semasa menarik gangguan tu saya terbayang sepintas lalu kelibat lembaga hitam besar dengan rambut ala-ala Hantu Mak Limah memerhatikan saya dalam keadaan marah...hehe padan muka kau, sapa suruh kacau bini orang malam-malam buta....saya tarik dan buang sejauh mungkin,  Biiznillah....kemudian dengan jurus IKAK juga saya pagarkan isteri dengan Rajah Ayat Kursi...

Alhamdulillah, semua atas kehendak dan izin dari NYA, selepas itu isteri saya tidur dengan nyenyak hingga ke pagi...rasanya agak lama juga isteri tidak mengalami perkara sebegini semenjak saya mengamalkan ZINK dan IKAK......

Nasihat saya kepada rakan-rakan yang dah ambik ijazah rawatan dari RITEQ, teruskan amalan harian, jangan tinggalkan. Kerana secara tidak langsung amalan kalian akan jadi pendinding buat keluarga di rumah, Insya Allah....

Sekian cerita Penglipur Lara....
Aku Hanya Si Tukang Doa...

Tiada ulasan:

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...