Selasa, Januari 24, 2012

Pentas Opera...Indahnya Hidup Bersyariat...

Alhamdulillah...niat untuk beli buku "Indahnya Hidup Bersyariat" kesampaian jugak akhirnya. Buku ni dikarang oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Dah lama aku cari buku ni, masalahnya di Sandakan ni stoknya terhad sangat dan tidak semua kedai buku menjualnya...beberapa kali jugak aku pegi ke 2-3 buah kedai, jawapan yang selalu aku dapat..."dah abis stok la abang.."....Aisehman....

Kenapa aku nak sangat beli buku ni? Pertama kali aku terbaca buku ni waktu time pulang kampung isteri di Keningau setahun yang lalu, adik ipar aku ada beli buku ni....Isi kandungan buku ni tak macam buku-buku fardu ain lain yang pernah aku baca....Selain keistimewaan kulit muka yang tebal dan keras, setiap helaian muka suratnya jugak dari kertas yang berkualiti.
Teknik huraian bergambar dan isi yang ringkas tapi mudah difahami...pendek cakap - ini adalah sebuah buku panduan Fardu Ain lengkap bergambar...dan menggunakan pendekatan berbentuk "Mesra Untuk Beramal" agar mudah untuk diaplikasikan dalam amalan harian kita.

Bagi aku isi kandungan dan  huraian dalam buku ni bisa menjawab persoalan-persoalan kita tentang perkara-perkara fardu ain yang kita kurang faham tapi malu nak tanya (ni lah penyakit umat Islam zaman sekarang). Ditambah lagi dengan huraian bergambar (ada juga dalam bentuk carta, rajah dan jadual) memang banyak membantu kita memahami perkara-perkara yang dihuraikan. Yang bestnya jugak buku ni disusun mengikut tahap perkembangan seseorang individu bermula dari zaman kanak-kanak, alam remaja, alam dewasa, kehidupan berkeluarga, bermuamalat, hidup bermasyarakat hinggalah akhirnya menempuh kematian. Selain tu, disertakan jugak amalan zikir dan doa harian yang mudah dihafal. Semua huraian adalah bersumberkan Al-Quran dan Hadis Rasulullah SAW.

Aku dah cuba sampaikan isi buku ni pada isteri dan anak-anak setiap lepas solat maghrib jika berkesempatan. Alhamdulillah mereka mudah faham dan suka apa yang aku bacakan untuk mereka. Inilah niat dan tujuan aku sebenarnya...Memang tidak rasa rugi beli buku ni. Dan rasanya setiap keluarga Muslim perlu ada buku macam ni dan aku harap akan lebih banyak lagi buku agama yang bercirikan sama seperti ini diterbitkan pada masa akan datang.

Pictures of  Buku Indahnya Hidup BersyariatBuku ni mengandungi 7 bab iaitu:


  1. Syariat Kelahiran.
  2. Pendidikan Awal Kanaka-kanak.
  3. Syariat Berkaitan remaja.
  4. Fardu Ain Asas.
  5. Munakahat (Hukum Perkahwinan).
  6. Syariat Dalam Bermasyarakat.
  7. Syariat Sunat Harian Sepanjang Masa.

Buku ni setebal 308 muka surat, dan aku beli pada harga RM57.00 (untuk Sabah/ Sarawak).



























Tiada ulasan:

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...