Isnin, April 15, 2013

Merawat Gangguan Badi Mayat.....

Assalamualaikum....

Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Lama ndak update blog ni....maklumlah telampau sibuk dengan kerja dan keadaan huru hara yang berlaku di Lahad Datu, sedikit sebanyak memberi kesan pada kami yang tinggal di Sandakan, walaupun pada zahirnya aku tengok rata-rata orang2 Sandakan masih kelihatan tenang dan menjalani kehidupan seperti biasa.

Huih....lain macam pulak tajuk post aku kali ni.....kisah rawatan? Aku bukanlah seorang perawat pro....ndak pandai pun....tapi mungkin cerita ni boleh dijadikan panduan kepada sahabat2 di luar sana, terutama kepada mereka yang telah ambik ijazah amalan asas perawat dari Rawatan Islam Terapi Qolbu (RITEQ).

Kisahnya bermula begini.......

Rasanya dalam bulan Januari tahun ni jugak, sorang sahabat bertanyakan apa rawatan untuk mereka yang terkena badi mayat.....aku tanya nak rawat siapa...katanya nak rawat adik dia (umur dalam 8-9 tahun).

Dia pun ceritakanlah, beberapa minggu sebelum tu kawan adiknya telah meninggal dunia dan mereka ni memang kawan rapat. Pada masa tu mereka ndak benarkan adiknya ni melawat jenazah. Dipendekkan cerita, selang beberapa hari selepas pengkebumian jenazah, adiknya demam panas tapi yang peliknya demam hanya berlaku selepas asar. Sudah bawa ke klinik tapi masih tiada perubahan. Keputusan ujian darah jugak normal. Dalam masa yang sama pesakit selalu bermimpi hampir setiap malam dan meracau-racau bertemu dengan arwah kawannya...sehinggalah pada satu hari ketika ibu kawan aku ni berjalan dengan adiknya tiba-tiba dia bagitahu dia nampak arwah kawannya tu. Ini membuatkan mereka sekeluarga bertambah risau.

Dengan niat untuk membantu sahabat ni, aku cubalah usahakan bantu budak ni, kesian pulak aku dengar ceritanya....aku call  adik aku Terapi Qolbu minta pendapat dan tunjuk ajar sikit....Alhamdulillah diturunkan beberapa kaedah untuk merawat kes sebegini. Aku tanya jugak pada beliau boleh ke terkena gangguan sebegitu sedangkan pesakit tak pergi pun tengok jenazah....jawapannya memang boleh, kerana pesakit dan jenazah memang kawan rapat dan pesakit selalu teringatkan arwah....

Tapi entah kenapa, mungkin gerak dari Allah, untuk tidak gunakan kaedah yang diberi tu dulu....Aku minta sahabat aku belikan 2 botol besar air mineral untuk didoakan. Sewaktu balik rehat tengahari di rumah, aku mulakan dengan kunci pembuka amalan...dan niat mohon keberkatan Allah pada air untuk tujuan penyembuhan. Aku mula bacakan ayat-ayat suci Al-Quran dari Amalan Terapi Nur Hikmah, Selawat Syifa dan diakhiri dengan Doa Nurun Nubuwwah....Petang tu jugak aku serahkan 2 botol air yang didoakan tadi untuk minum dan mandi selama 7 hari.

Selang 3 hari kemudian tergerak hati bertanyakan sahabat tadi berkenaan keadaan adiknya, dan menurut beliau keadaan adiknya semakin pulih, tidak ada lagi meracau-racau atau mimpikan arwah kawannya ketika tidur malam....dan dia tak pernah lagi nampak kelibat arwah tu dan rawatan minum dan mandi air doa tetap diteruskan sehingga selesai.....

Syukur Alhamdulillah, semuanya pun atas izin dan kehendak dari Allah...

Tiada ulasan:

Pentas Opera Kehidupan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain Pentas Opera yang mungkin ingin anda baca...