Selasa, Oktober 21, 2014

Isu Anjing " I WANT TO TOUCH A DOG" Dan Jawapannya Oleh Ilmuan Agama.

Assalamualaikum wbt....
 
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….


ISU ANJING LAGI ?
Kali ini, program 'I WANT TO TOUCH A DOG ' dibuat di Malaysia. 

Jawapan Bahagian Pengurusan Fatwa : KEDUDUKAN ANJING DALAM ISLAM SERTA HUKUM BERKAITANNYA :
http://www.e-fatwa.gov.my/sites/default/files/kedudukan_anjing_dan_hukum_berkaitannya.pdf

Sumber pendalilan anjing adalah najis mengikut Mazhab Asy Syafie sebagaimana dalam hadith : 

1. Apabila anjing menjilat mangkuk kamu, maka tumpahkanlah air yang di dalamnya dan basuhlah mangkuk itu 7 kali. (Hadith sahih riwayat Muslim)

2. Apabila menjilat anjing akan mangkukmu, maka basuhlah mangkuk itu 7 kali yang pertama dengan tanah (Hadith sahih riwayat Muslim)

3. Apabila anjing menjilat mangkukmu , maka basuhlah mangkuk itu 7 kali, yang paling akhir dengan tanah (Riwayat Muslim)

4. Apabila menjilat anjing akan mangkukmu, maka basuhlah mangkuk itu 7 kali, salah satunya dengan tanah (Hadith riwayat Muslim)

5. Kebersihan mangkuk kamu apabila dijilat anjing harus dicuci antaranya dengan tanah (Riwayat Muslim) 

6. Kalau anjing minum di mangkukmu maka cucilah mangkuk itu 7 kali (Hadith riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari jilid 1, halaman 286)

7. Dari Ibnu Mas'ud al Ansari beliau berkata : Bahawasanya Rasulullah sallallahu 'alaihi wasallam melarang menerima harga anjing, wang kerana zina dan upah tukang tenung. (hadith riwayat Imam Bukhari, lihat Fathul Bari jilid 5, halaman 331)

8. Dari Ibnu Abbas radiyallahu 'anhu : Melarang Nabi Muhammad sallaLlahu 'alaihi wasallam menerima harga anjing. Dan Nabi bersabda kalau datang orang meminta harga anjing maka penuhilah telpak tangannya dengan tanah (Hadith riwayat Abu Daud, lihat Fathul Bari jilid 5, halaman 331). 

9. Tidak masuk malaikat ke rumah yang ada di dalamnya anjing dan gambar (patung) (Riwayat Imam Bukhari dan Muslim)

10. Barangsiapa menyimpan anjing, terkecuali anjing pemburu atau pengembala, maka dikurangkan pahala amalannya dua kirat satu hari (Riwayat Imam BUkhari dan Muslim) 




Pandangan dalam Mazhab Asy Syafie mengenai kenajisan Anjing :

Imam Asy Syafie : 

Kitab al Umm - Kalau minum pada mangkuk itu anjing atau babi maka tidaklah bersih mangkuk itu kecuali kalau dibasuh 7 kali (Al Umm, juzu' 1, halaman 6)

Imam An Nawawi :

Dalam kitab Minhaj menerangkan : Najis itu ialah sekalian benda yang cair yang memabukkan, anjing, babi dan anak-anak yang lahir dari keduanya, bangkai (selain mayat manusia, ikan dan belalang), darah, nanah, muntah, tahu, kencing, mazi, wadi, mani (selain mani manusia) dan mani haiwan yang tidak dimakan. 

Imam Ramli :

Dalam kitab Nihayah : Dan yang najis juga anjing walaupun anjing yang sudah terdidik. (Nahayah, juzu' 1, halaman 218) 

Syeikh Yusuf Ardabili : 

Najis-najis itu ialah khamar, sekalian yang membuatkan mabuk, anjing babi dan anak yang terbit dari keduanya... (Al Anwar, juzu' 1, halmaan 6)

Imam Khatib Syarbaini : 

Dan yang najis juga adalah anjing, walaupun anjing terdidik, kerana hadith yang tersebut dalam kitab Muslim (Mughni, Juzu' 1, halaman 78)



HUKUM MENJAUHI NAJIS

Wajib bagi seorang Muslim agar menjauhi najis dan menyentuhnya di setiap waktu dan keadaan sama ada di dalam solat atau di luar solat maka dalam hal ini segolongan ahli ilmu mengatakan memegang najis tanpa keperluan (yang diizinkan syarak seperti beristinjak) adalah diharamkan walaupun di luar solat iaitu secara sengaja. 

(Tuhfah al Muhtaj fi Syarh al Minhaj 1/481)

Disahkan hukum ini oleh Imam Nawawi, rafie dan kesemua muta'akhirin.



Jawapan oleh Ustaz Engku Ahmad Fadzil :
https://www.facebook.com/epade?fref=ts

Memang ada khilaf dalam isu kenajisan anjing. Jumhur ulama berpendirian anjing najis pada keseluruhannya. Sebahagian ulama mengatakan najis pada liur jilatannya sahaja dan sebahagian mengatakan suci. Namun di dalam berfatwa ada beberapa adab dan panduan.

1) berfatwa mengikut mazhab masyarakat setempat. Di sini mazhabnya Syafie, maka yang awla mengikut mazhab Syafie iaitu anjing najis keseluruhannya (yang juga merupakan pandangan jumhur fuqaha)

2) mengambil jalan ihtiaath (cermat). Di dalam masalah ini yang cermat adalah berpegang dengan pandangan jumhur bahawa anjing najis keseluruhannya.

3) apabila telah jelas pendapat yang rajih (yang kuat) maka perlu berpegang kepada yang rajih kecuali atas keperluan yang mendesak. Di dalam masalah ini ramai ahli ilmu melihat pendapat jumhur sebagai yang rajih.

4) sekiranya tidak jelas mana yang rajih (kuat) sekalipun, kaedah mengatakan "keluar dari perkara khilaf digalakkan:

الخروج من الخلاف مستحب

Di dalam isu ini keluar daripada khilaf adalah dengan bertindak berasaskan pendapat yang mengatakan anjing itu najis keseluruhannya. 

Secara jujur apa yang saya perhatikan sekarang bukan strictly hukum feqah semata2. Ada pergerakan tersusun untuk menimbulkan keraguan ummat Islam terhadap agama mereka. Mereka mulakan dengan yang boleh makan cekak dahulu, bab sentuh anjing, mereka tahu ada khilaf tentang kenajisannya, yang penting akan timbul di dalam hati ummat Islam, ooo.. Yg aku pegang selama ni tak betul rupa2nya. Ntah2 banyak lagi yang tak betul dalam agama Islam selama ni. Padahal kalau khilaf sekalipun yang ahwath (lebih cermat) adalah meraikan pendapat yang mengatakan najis.

Lepas ni babi pula, Melayu tak geli babi makan daging je haram, pegang takpe, tulang, kulit semua ok, pastu arak, Melayu tak geli arak, dibawa pendapat yang mengatakan arak tu tak najis, yang haram kalau minum, kalau tak minum, mandi arak pun tak pa. Pastu couple, Melayu tak anti couple, sebab yang haram tu cuma zina, couple dilarang sebab sadd zari'ah je. Kalau memang tak nak berzina tak salah keluar bercouple dll. Depa pandai, sikit2 depa cungkil bagi terpelanting buang pegangan ummat Islam
نسأل الله العفو والعافية



Jawapan Ustaz Ellyeen Amineen :

https://www.facebook.com/ellyeen.amineen/posts/835639296481441?fref=nf

Masih ada lagi yang tanya tentang kung kung kung...

Pegang anjing tak haram tp najis. Tapi bukan bermakna boleh suka suka nak pegang dan belai utk ditonton dibangga-banggakan.

Aurat ibu kepada anak lelakinya adalah pusat hingga lutut. Tapi bukan bermakna ibu boleh berlenggeng depan anaknya kat dalam rumah tanpa helai baju, tanpa coli.

Suami dihalalkan cium tubuh isterinya. Tapi bukan bermakna boleh dibuat di pentas keramaian.

Aurat lelaki dalam solat ialah pusat hingga lutut. Tapi bukan bermakna imam boleh ikat kain pelikat tanpa pakai baju.

Hidup bukan semata hukum boleh tak boleh, tp ada namanya maslahat, kaedah, adab, adat resam, mazhab amalan setempat, budaya, tatasusila, sensitiviti dan banyak lagi yg diambil hitung kira.



Cadangan Ustaz Dr Nik Roskiman :

https://www.facebook.com/roskiman/posts/10205259934087451

Mari kita anjurkan "kempen Melayu takutkan Allah", atau "kempen dirikan solat" atau "kempen jauhi zina" yang jauh lebih manfaat yang mampu mendekatkan kita dengan Allah SWT.

Jangan salahkan orang awam terpengaruh dengan kempen "sentuh anjing". Yang duduk kempen jangan sensitif dengan anjing ini pun datangnya dari segelintir ustaz-ustaz kita juga yang tolak amalan bermazhab. Haru biru masyarakat dibuatnya oleh mereka yang kononnya menyeru jangan "taksub" mazhab.





Jawapan Dr Asmadi Mohamed Naim :

https://www.facebook.com/asmadi.mohamednaim/posts/741645282569865

Bermain Dengan Anjing: Kerana samak atau mahu meniru budaya Barat?
Jika tujuannya untuk mempelajari 'cara samak', ia adalah cara belajar yang termasuk dlm 'bid'ah makruhah' (bid'ah yang makruh) sebab tiada dalam sunnah mempelajari bersuci mesti dengan cara menyentuh najis. Justeru, kita tidak dengar para sahabat, para salaful ummah menyentuh-nyentuh najis manusia, anjing dan sebagainya untuk menunjukkan cara bersuci daripada najis. Kalau betul kerana mahu belajar samak, mungkin boleh ditanya kenapa tidak diletakkan 'babi dan najis manusia untuk disentuh?

Maksud Syarak apabila menjadikan ianya bernajis, bukan tujuan untuk disentuh-sentuh atau dimanjai (namun bukan juga untuk dizalimi). Jadi, mempromosi sikap memanjai anjing sebegini, bertentangan dengan maksud Syariat Islam.
Jika tujuannya ialah untuk meniru budaya barat yang menjadikan 'anjing-anjing manjaan' maka ia adalah "bid'ah muharramah" (bid'ah yang haram), kerana tasyabbuh dengan cara hidup barat. Gambar-gambar yang dipaparkan lebih menunjukkan masing-masing lebih ke arah menjadikan anjing sebagai binatang manjaan sebagaimana masyarakat barat.

Jika hendak mendidik sayang pada binatang-bintang, banyak cara yang boleh dibuat, antaranya menjadikan kucing sebagai "model", dan ianya bukan untuk ditendang dan dibuang.
Wallahu ta'ala a'lam.



Jawapan Ustaz Kazim Elias :

https://www.facebook.com/ustazmohdkazim/posts/715449475170727

Salam sejahtera.. Kempen Saya Mahu Sentuh Anjing.. Hurmm satu kempen utk mmbuang stigma bg Org Muslim n khususnya org Melayu kononnya.. Siap bwk dalil kisah org masuk syurga krn bg minum kpd anjing lg.

Membela anjing utk jg kebun utk jg keselamatan rumah utk mengesan barang jenayah tidaklah dilarang malah harus didlm Islam. Tetapi nak dijadikan sbg binatang peliharaan spt kucing ayam dll tidaklah boleh dipndg ringan krn ianya melibatkan urusan ibadat seharian. Mana boleh saja2 bela, saja2 nak pegang.  Sebab apa nak pegang?  Isu apa? Nak jdkan anjing sbg apa?  Mula2 pegang pastu bela ,pastu masuk dlm rumah pastu?  Pastu?  Binatang mughalazah ini mcm babi jugalah mugahalazahnya,  lepas ni buat la kempen pulak pegang babi dgn melawat ke pasar babi lepas tu melarat ke makan babi pulak. Ini semua ada agenda halus utk meliberal n mempluralkan agama. 

Tidaklah salah pegang anjing, tp apa sebabnya sampai buat kempen? Nape x buat kempen ke masjid ke?  Kempen menerima hudud ke kempen menerima konsep Kalimah Allah yg sebenarnya ke..  Inilah jarum halus yg dicucuk kpd umat Islam agar menjadi fahaman liberal n plural..  Nnt akan ada yg kata knp ustaz bising isu anjing knp x bising isu memegang bukan mahram x bertudung dll, yg itu pun berkali2  dah saya tegur n nasihat tp dlm bab kempen anjing ni, ianya satu gerakan yg cukup halus utk menghalalkan sesuatu yg sudah diharamkan dan dimulakan dgn satu kempen secara kecil2an yg akhirnya akan merubah n menidakkan hukum dan itulah tujuan asalnya. Berhati2lah dgn kempen sebegini,  lepas kempen arak mai anjing pulak lepas ni apa pulak? Jgn lepas ni buat kempen babi pulak dgn alasan bahawa babi skrg dah bersih dah diternak dlm aircond dah mengamalkan tahap kebersihan mematuhi piawaian antarabngsa. Halusnya kempen anjing ini namun sayang ada segelintir umat Islam yg tidak cukup halus matahatinya utk meneliti....

Wallahua'lam bissowab

Dipetik sepenunhya dari http://jomfaham.blogspot.com/2014/10/isu-anjing-i-want-to-touch-dog-dan.html

Isnin, Oktober 13, 2014

Bacalah walaupun tidak memahami...

Assalamualaikum wbt....
 
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….



Berikut adalah kisah yang sungguh menarik yang banyak mengandungi pengajaran, hikmah dan manfaat jika antum menelaahnya dengan lebih mendalam.


Khamis, September 18, 2014

Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan (IPPRA)...

Assalamualaikum wbt....

Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….


Pengajian Tahap 4 - Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan (IPPRA)
- dipetik sepenunhya dari blog RITEQ.


IPRA ataupun Induk Pamungkas Pembangkitan Roh Amalan merupakan sebuah ilmu tunggal ataupun tunggak amalan yang sangat di rahsiakan oleh guru. Apabila ilmu ini di bangkitkan/di hidupkan, cukup dengan satu amalan(IPRA), maka ianya akan memberi kekuatan/ membangkitan dan menyatukan seluruh ilmu yang ada di tahap 1,2 dan tahap 3. 

Ianya juga merupakan tahap terakhir dan tertinggi yang yang ada dalam gemblengan keilmuan yang di anjurkan dalam pengajian RITEQ. Juga merupakan tahap pelepas yang mana hanya di buka kepada pelajar yang telah mengambil ketiga-tiga tahap iaitu tahap 1(asas), tahap 2(ZINK) dan tahap 3(IKAK). 

Apa yang di maksudkan sebagai tahap pelepas ialah pelajar telah mendapat ijazah dan kebenaran penuh untuk mengajar dan menurunkan pengajian RITEQ di tahap 1 hingga ke tahap 4. Nama anda juga akan di senaraikan di dalam blog sebagai wakil tenaga pengajar RITEQ. 

Mengapa perlu saya menurunkan ilmu ini?
  1. Melahirkan ramai tenaga pengajar RITEQ.
  2. Bagi memudahkan sahabat sahabat di tanah semenanjung, singapura dan brunei untuk mempelajari semua keilmuan RITEQ dari wakil pengajar apabila saya berpindah ke sabah nanti. 

MAHAR PELEPAS: RM400.00


Info lanjut sila berhubung terus dengan Pengasas RITEQ

Khamis, Ogos 28, 2014

3 Soalan Dijawab Dengan Penampar...!!!


Pemuda : Anda siapa dan apakah boleh anda menjawab pertanyaan-pertanyaan saya?

Imam : Saya hamba Allah dan dengan izin-Nya saya akan menjawab pertanyaan anda.

Pemuda : Anda yakin? Sedangkan Profesor dan ramai orang yang pintar tidak mampu menjawab pertanyaan saya.

Imam : Saya akan mencuba sejauh kemampuan saya.

Pemuda : Saya ada 3 pertanyaan:-

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...