Rabu, Mei 16, 2012

Kulit Pokok Resdung Merawat Resdung.....


Assalamualaikum....siapa ada tengok TV9 jam 9.30-10.00 malam tadi? Kalau ada pasti korang tertarik dengan segmen yang dipaparkan. Yang aku maksudkan adalah segmen REMEDI di TV9 tadi memaparkan tentang rawatan alternatif tradisional untuk rawatan resdung menggunakan KULIT POKOK RESDUNG.

Rasanya di Sabah ni aku ndak pernah dengar lagi nama pokok resdung sebelum ni dan kaedah rawatan yang dipaparkan jugak tidak pernah dipaparkan sebelum ni selain kaedah lilin yang amat popular sekarang.

Aku cuba google pokok resdung ni tapi tak ada maklumat yang aku perolehi, so kalau kamurang ada maklumat boleh la kongsikan diruangan komen di bawah yeee.....

Untuk perkongsian aku catatkan di sini apa yang telah aku tonton di TV9 tadi berkenaan rawatan resdung menggunakan kulit pokok resdung ni...maaf ye, maklumatnya mungkin ndak lengkap, aku cuba ingat apa yang aku lihat saja....selebihnya kamurang boleh tolong usahakan mencari info lanjutnya.....kalau dapat nanti jangan lupa kongsi dengan aku.

KULIT POKOK RESDUNG MERAWAT PENYAKIT RESDUNG

***** PENGAMAL TRADISIONAL – PAK ALI *****

AMBIK KULIT POKOK RESDUNG YANG MASIH SEGAR, BUKAN YANG DAH MATI....

BERSIHKAN/ BUANG BAHAGIAN KULIT MATI....

POTONG MENJADI CEBISAN KECIL...

MASUKKAN DALAM BLENDER, KISAR KULIT POKOK TERSEBUT HINGGA MENJADI SERBUK HALUS....

SERBUK TERSEBUT BOLEH DICAMPUR SEDIKIT AIR (DALAM SETENGAH GELAS RASANYA)  KEMUDIAN DIPERAH DIAMBIL AIRNYA.

a.       BOLEH DIJADIKAN UBAT TITISAN KE DALAM HIDUNG @ LETAK AIR TITISAN TERSEBUT DITAPAK TANGAN DAN DISEDUT (SAMBIL TUTUP SEBELAH HIDUNG) – SEDUT SECARA "SHORT & SHARP".

b.      LETAK SEDIKIT PADA KAPAS MUKA DAN DITEKAP PADA DAHI (RASANYA UNTUK RAWATAN FRONTAL SINUSITIS DAN MIGRANE).

            SERBUK TERSEBUT  BOLEH JUGAK DIJADIKAN UBAT SAPU PADA MUKA.



3 ulasan:

armouris berkata...

terjumpa info ni, juga pasal resdung… sharing is caring :) - Komplikasi dan Tanda Resdung (Sinusitis)

pelangi sepi berkata...

info menarik

MrChokelat berkata...

mgkin pokok ayamas

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...