Pada suatu hari, ketika usai majlis ilmu, Imam Hasan Al-Banna membantu petugas-petugas majlis mengemas dewan.
Seorang petugas menghampiri beliau dan berkata;....
"Tuan, biarkan kami yang buat kerana tuan masih penat berceramah tadi".
Dengan senyum beliau menjawab, "Tak mengapa, walaupun aku yang menyampaikan ilmu tapi aku khuatir
amalan manakah yang Allah akan terima daripadaku: menyampaikan ilmu atau kerna menyusun kerusi-kerusi ini.."
------------------------------
Subhanallah.....terkedu aku membaca kisah di atas....Ada kah lagi pemimpin-pemimpin sekarang yang bersifat rendah diri seperti beliau? Kalau berani cubalah suruh YB-YB tu susun balik kerusi masing-masing lepas bagi ceramah....kalau tak kena herdik, kena maki lah. paling sedap pun kena lempang.....
Jadi sahabatku sekelian, jangan kita berhenti beramal dan mudah berpuashati dengan ibadah/ amalan yang telah kita kerjakan....yakin kah kita Allah terima semuanya? Beramallah sebanyak mungkin kerana kita sendiri tidak tahu amalan yang manakah akan diterima Allah...kita ikhlaskan sedekah RM5 itu lebih baik daripada kita dermakan RM5000 tapi kita mengharapkan pujian dan sanjungan....apakah nilainya di sisi Allah SWT....fikir-fikirkan....
(Ingatlah) ketika kamu memohon pertolongan kepada tuhan kamu, lalu Ia perkenankan permohonan kamu (dengan firmanNya): "Sesungguhnya Aku akan membantu kamu dengan seribu (bala tentera) dari malaikat yang datang berturut-turut."(Al-Anfal 9)
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.
1 ulasan:
Singgah sini n followed u, Wasaber! ;)
# pensel dan pemadam #
Catat Ulasan