Selasa, Julai 12, 2011

Pentas Opera....Apa Kerajaan nak buat untuk elak BERSIH 3.0 pulak?

Artikel ini aku ambil dari www.Saifulislam.com untuk disebarkan....fahami isinya dengan akal yang Allah dah bagi, bukan dengan nafsu amarah....selamat beramal!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, BERSIH2.0 sudah selesai.

Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common senseself centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

5 ulasan:

PORUMAN berkata...

huhuhu.. pjg lebar gak.

PedangSkan berkata...

poruman...hehehe...panjang tapi bernas.

nowriz berkata...

betul ka abusaif tulis macam ni?? macam nda pecaya aku..

PedangSkan berkata...

to nowriz sila la tuan melawat ke blog beliau....semoga dipermudahkan Allah...

PedangSkan berkata...

sila rujuk http://saifulislam.com/?p=10158 tajuk artikel "Demi Mengelak Bersih 3.0"....jenguk-jenguklah....semoga bermanfaat.

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...