Alhamdulillah....syukur yang teramat sangat pada Allah, kerana atas izin-NYA dan redho-NYA, dapat jugak dijayakan pengisian keilmuan Terapi Amalan Nur Hikmah pada 17/04/2012 yang lalu.
Walaupun peserta hanya seramai 11 orang sahaja, tapi pengisian berjalan dengan lancar tanpa sebarang kecacatan. Pengisian yang bermula jam 8.00 malam dan berakhir pada tengah malam, cukup padat dengan inti keilmuan dan hanya berhenti rehat 10 minit sekitar jam 10.30 malam.....Aku pun sempat jugak jadi model untuk sesi praktikal malam tu.
Jutaan terima kasih kepada Terapi Qolbu@Ki Bawono atas kesudian beliau berkongsi ilmu dengan orang-orang Sandakan, semoga Allah murahkan rezeki dan beroleh rahmat dari Allah SWT.
kepada semua peserta, selamat beramal.....moga ilmu yang diperolehi memberi manfaat untuk kebaikan dunia dan akhirat....InsyaAllah.....
Berikut adalah beberapa gambar kenangan semasa program tersebut:
Selepas program pengisian tu, pada hari-hari berikutnya sempat jugak aku ikut Ki Bawono merawat beberapa orang pesakit, mengambil barang-barang sihir, dan pengalaman paling berharga aku rasa time merawat di salah sebuah sekolah menengah yang mengalami masalah pelajar-pelajar histeria (lebih 30 orang) yang agresif setiap hari hampir sebulan lamanya....mungkin lain kali lah aku ceritakan......InsyaAllah, panjang kisahnya tu....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan