Rabu, September 14, 2011

Pentas Opera.....Berita Yang Menggemparkan Warga Sandakan....!!!!

Anak tikam ibu dan bapa di Sandakan

SANDAKAN: Sepasang suami isteri mati ditikam oleh anak lelaki mereka di sebuah rumah di Batu 1, Jalan Utara dekat sini malam tadi.
Dalam kejadian kira-kira pukul 10.45 malam itu, lelaki berkenaan yang berusia 31 tahun turut menikam kakaknya.
Ketua Polis Daerah Sandakan, ACP Rowell Marong berkata mangsa dikenali sebagai Yew Hiap Foh, 70, dan isterinya Chu Ching Moi, 60, dan kedua-dua mereka mati di tempat kejadian akibat tikaman di dada.


Pentas Opera.....Zikir Seorang Isteri....

Bismillahirrahmanirrahim.....
Hmmm...lama juga blog ni terbiar sepi....al-maklum sibuk banar beraya bah....Eh, lupa pula mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri untuk semua muslimin muslimat seantero dunia!


Sebenarnya aku malas lagi mau update blog ni, tapi tengah aku blogwalking, aku terjumpa satu artikel sorang hamba Allah dari negara jiran yang bagi aku, cukup bagus untuk dikongsi dan diambik iktibar terutama buat para isteri dan bakal jadi isteri orang, semoga kisah ini membangkitkan semangat dalam diri anda untuk menjadi isteri dan muslimah yang terbaik buat suami dan keluarga.......InsyaAllah....




Isnin, Ogos 29, 2011

Pentas Opera.....Kongsi Kegembiraan Emas....

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ni mau kongsi sikit kegembiraan aku.....Pertama, tahun ni semua adik-adik aku balik beraya di Sandakan....Selepas ketibaan adik aku dari Perak, kelmarin pula giliran adik perempuan aku dan keluarganya tiba dari Sarawak....So, memang meriahlah Hari Raya tahun ni....cuma aku sedikit sedih sebab zaujah tersayang terpaksa bertugas di Hari Raya ni....tak dapat cuti.....


Keduanya, aku gembira sebab akhirnya aku berjaya juga beli emas aku yang pertama....walaupun kecik, tapi seperti kata adik aku Dr. Shahneza; "long journey is begin with small steps.." Satu kata-kata yang cukup untuk memberi aku semangat untuk jadi kaya....hahahaha!!!!



Sabtu, Ogos 27, 2011

Pentas Opera.....Terapi Qalbu D' Sandakan...

Bismillahirrahmanirrahim....
Alhamdulillah, syukur pada Allah, adik aku dan keluarga yang kini bermastautin di Negeri Perak, selamat tiba di Lapangan Terbang Sandakan jam 8.35 malam tadi....Lama nda jumpa dengan dia ni, banyak cerita yang nak dikongsi, banyak kisah yang ingin di luah, banyak persoalan yang ingin diterjemah......


Dia ni lebih dikenali sebagai Terapi Qalbu atau RITEQ di laman maya....kerana dia merupakan seorang perawat kaedah perubatan Islam.


So, kepada warga Sandakan yang berhajat dan ingin mendapatkan rawatan dari beliau boleh menghubungi atau sms no hp beliau....(Sila buat temujanji dahulu di no. berikut 0178942521)...
Atau boleh lawat sendiri laman blog beliau di SINI. Jangan cari aku pulak, aku ndak pandai apapun.....



RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...