Isnin, Ogos 29, 2011

Pentas Opera.....Kongsi Kegembiraan Emas....

Bismillahirrahmanirrahim,

Hari ni mau kongsi sikit kegembiraan aku.....Pertama, tahun ni semua adik-adik aku balik beraya di Sandakan....Selepas ketibaan adik aku dari Perak, kelmarin pula giliran adik perempuan aku dan keluarganya tiba dari Sarawak....So, memang meriahlah Hari Raya tahun ni....cuma aku sedikit sedih sebab zaujah tersayang terpaksa bertugas di Hari Raya ni....tak dapat cuti.....


Keduanya, aku gembira sebab akhirnya aku berjaya juga beli emas aku yang pertama....walaupun kecik, tapi seperti kata adik aku Dr. Shahneza; "long journey is begin with small steps.." Satu kata-kata yang cukup untuk memberi aku semangat untuk jadi kaya....hahahaha!!!!



Aku mulakan dulu dengan 1 Dinar yang aku beli dari adik aku dan suaminya (dealer PG Gold untuk Sabah & Sarawak).....



Aku beli emas ni sebagai satu pelaburan jangka panjang....InsyaAllah, akan ada lagi yang aku akan beli selepas ni....biar slow bah, asal steady....So, kepada kamurang yang berminat terutama dari area Sabah & Sarawak untuk melabur dalam emas atau silver, boleh lawat laman web ni Emas & Silver Untuk Borneo untuk info lanjut....


Kenapa aku tertarik untuk membeli emas sebagai aset pelaburan? Salah satu sebab kerana nilai mata wang kertas kita yang semakin menyusut saban tahun.....nilai RM10 sekarang tidak sama nilainya ketika 10 tahun yang lalu....Aku masih ingat lagi time aku sekolah rendah dulu, belanja sekolah aku cuma 50 sen setiap hari, tapi sekarang ini, zaman ini....jika 50 sen diberi sebagai belanja sekolah, apa yang mampu dibeli? 


Kita ambik contoh di negara lain, seperti Zimbabwe, akibat dari kesan inflasi yang melampau, nilai mata wang 1 Bilion Zimbabwe hanya mampu membeli tiga biji telur ayam!!!


Sebab itulah ramai orang-orang kita sekarang ni melabur dalam emas...kerana emas adalah simbol kekayaan sebenar.....
  • Emas sukar diperolehi.
  • Emas tidak boleh dibinasakan.
  • Warna kuning keemasan yang sangat menarik dan tidak luntur .
  • Harga emas sentiasa meningkat dalam jangka masa panjang.
  • Aset yang terunggul.
  • Ia tidak boleh dimanipulasikan.
  • Nilai yang terpelihara dan kekal.
Pinjam kata-kata adik ipar aku dalam FB nya...."Dalam membuat pelaburan emas dan perak..masa yang SESUAI untuk membeli adalah tatkala anda sudah ada duit untuk membeli emas walau hanya 1 Dinar atau 10g..kalau anda jenis lihat dan menunggu harga turun, maka anda adalah orang yang rugi..walau turun pun tapi tak banyak..kalau naik, akan naik dengan banyak..tepuk dada, tanya akal..buatlah tindakan yang bijak.."

Untuk tatapan kamurang aku serta jadual di bawah ni yang menunjukkan perbezaan harga dinar emas 10 tahun lepas hingga sekarang...
*Info terkini (29/08/2011) harga belian satu dinar = RM794.00;
  harga untuk 15.50 dinar emas = RM12,307.00!!!!!
  Harga emas untuk tahun 2010 meningkat sebanyak 27% manakala perak 40%!!!!
  Sejak Jun 2011 harga emas dah meningkat sebanyak 17%!!!!


So, sapa-sapa yang telah membeli 15 keping dinar emas pada tahun 2000 dengan harga lebih kurang RM1,800.00 saja, kini boleh lah tersenyum lebar kerana merasa keuntungannya yang mencecah RM12,000.00 tu.....tahniah kepada kamurang....jeles aku..... 

1 ulasan:

Fahmi Neza berkata...

Semua tahu hrga emas sgt mahal dan emas akan menjadi semakin mahal..cukup duit, beli jer..lebih baik memilki emas walau kecil berbanding tiada lgsng, istilah org putih, BETTER LATE THAN NEVER..

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...