Assalamualaikum wbt....
Segala puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam,
dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi
seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Seminggu yang lepas saya
didatangi seorang sahabat meminta pandangan dan bantuan dari saya…..sahabat
saya ini sering nampak kelibat di dalam rumahnya sejak kebelakangan ini, dan
anak kecilnya juga sering menangis malam dan ada ketikanya menunjuk ke arah
sesuatu yang tidak kelihatan pada mata kasar manusia….arah yang ditunjuk pula
adalah sebuah bilik di rumahnya, bilik yang ada menyimpan “ajimat” yang diberi oleh seseorang yang mereka kenali…..
Saya meminta izin
sahabat untuk membawa ajimat tersebut kepada saya keesokan harinya untuk di”tawar”kan….
Keesokan hari, seperti
yang dijanjikan, sahabat memberikan ajimat tersebut kepada saya, bukan satu,
tapi dua tangkal ajimat sekaligus…..kemas dibalut kain putih, dan dililit
dengan benang putih…
Saya minta izin pada sahabat
untuk “tawarkan” bisa dan hapuskan ajimat tersebut….sahabat saya bersetuju
kerana bimbang akan gangguan yang akan berterusan sekiranya masih menyimpan
ajimat tersebut di rumah mereka…
Saya gunakan waktu rehat
tengahari, lepas Solat Zohor, untuk melaksanakan tugas yang diamanahkan….
Untuk mengetahui samada
ajimat ini “berbisa” atau tidak, saya bacakan ayatul Qursi tiup dan kunci
pergelangan tangan kanan…manakala tangan
kiri saya bacakan ayat Qursi dan kunci pada bahagian siku.
Saya genggam kedua
ajimat dengan tangan kanan….dan dapat saya rasakan getaran halus pada tapak
tangan kanan saya, tapi tiada rasa sakit atau kebas dirasakan….kemudian saya
genggam pula dengan tangan kiri, getaran yang sama dirasakan tetapi lama kelamaan
tapak tangan kiri terasa sakit menyucuk dan rasa kebas hingga ke siku….”boleh
tahan bisa barang ni”, bisik hati saya….
Saya letakkan kembali
kedua ajimat tersebut pada bekasnya…..kemudian sambil tangan kanan memegang
siku kiri, saya bacakan wirid Hizb Sakron 3x, perlahan-lahan saya lurutkan dari
siku ke jari-jari tangan kiri sambil menzikirkan ASMA ALLAH dalam hati…..Alhamdulillah
rasa sakit dan kebas beransur-ansur hilang….
Setelah mengatur kembali
pernafasan….saya buka kunci jurus INTI KAROMAH AYATUL QURSI untuk saya tarik
sisa-sisa bisa @ jin @ sebarang aura negative yang berasal dari ajimat tersebut
sekiranya masih ada yang tertinggal di rumah sahabat saya….
Hampir 5 minit proses penarikan berjalan…..setelah
selesai, lalu saya kunci kedua-dua ajimat tersebut dengan kaedah ALIF LAM MIM
dan NUN dalam ZIKIR INTI NUR KALIMAH….
Saya tidak terus menghapuskan
ajimat-ajimat tersebut kerana masa rehat tengahari itu agak singkat, dan saya perlu
kembali bertugas seperti biasa.
Pada malamnya, saya
berjumpa seorang sahabat yang ada kebolehan “scanning secara batiniah”….saya
memintanya untuk scan kedua ajimat tersebut, dia dapat lihat secara batiniah ada dua penjaga bagi setiap ajimat tersebut
dari kalangan jin kafir tingkat tinggi….walaubagaimanapun mereka terbelenggu
dalam pagar besi kerana kuncian yang dilakukan….Wallahua’lam…
Saya tidak mahu membuang
masa lagi, lalu kedua ajimat tersebut saya rukyah kemudian saya bakar hingga
tinggal abu….pada mulanya ingin saya buka untuk mengetahui isi kandungan ajimat
tersebut tetapi gerak hati menyatakan jangan melakukannya….saya serahkan segalanya
pada kekuatan dan kekuasaan Allah SWT…
Selang beberapa hari
sahabat saya bertemu dengan saya, dia menyatakan dia tidak lagi melihat
sebarang kelibat di rumahnya, dan anaknya tidak lagi menangis malam atau
menunjuk ke arah bilik yang pernah menyimpan ajimat tersebut….selain itu
rumahnya terasa sejuk, dan terasa tenang ketika beribadat…..
Alhamdulillah, puji dan
syukur hanya untuk ALLAH SWT….Saya hanyalah si tukang doa…
Tiada ulasan:
Catat Ulasan