Assalamualaikum
wbt....
Segala
puji-pujian hanya layak untuk ALLAH SWT Tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad
utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat….
Selama 5 tahun merawat jarang sekali saya suka bercerita perihal kisah rawatan, sebab malas nak mengarang sebenarnya...Kisah
rawatan ini berlaku seminggu yang lalu, tujuan saya coretkan di sini sekadar
perkongsian pengalaman yang saya anggap perlu untuk kita sama-sama ambik iktibar betapa segala sesuatu
itu letaknya pada kuasa dan izin Allah SWT….bukan mudah untuk menjadi perawat kerana perlu dipikirkan juga segala serangan-serangan musuh yang tidak kelihatan kerana dendam dan sakit hati mereka pada anda selepas membantu pesakit....
Bukan hanya anda...tapi ahli keluarga anda juga boleh menjadi sasaran serangan balas. Maka amalan pendinding diri dan keluarga sangat penting. Merawat diri atau orang lain bermaksud anda berurusan dengan makhluk-makhluk ghoib. Walau mereka yakni bangsa jin juga adalah makhluk ALLAH seperti kita, namun anda perlu tahu risikonya...dan bersedialah menghadapi sesuatu yang diluar jangkaan anda sendiri. Jadi carilah dan penuhilah dada mu dengan ilmu yang dapat memanfaatkan diri dan ahli keluarga mu...(dipetik dari kata-kata Guru Rawatan RITEQ)...
Sebenarnya
rakan pesakit menelefon saya pada awal pagi Isnin lebih kurang jam 1.30 pagi
tapi tak terjawab kerana saya dah “koma” lebih awal….keesokan harinya rakan
pesakit menelefon kembali dan memberitahu masalah yang dihadapi oleh pesakit….
Menurut
beliau pesakit telah kerasukan sejak 12.30 malam hinggalah akhirnya pesakit
tertidur kerana kepenatan….mereka cuba mendapatkan bantuan pada malam itu dari
beberapa orang perawat tapi tidak berjaya, termasuklah saya….rakan pesakit
meminta pertolongan saya untuk datang merawat, dan saya janji untuk datang pada
petangnya kerana pesakit telah mula sedar, dan saya juga sudah ada temujanji
rawatan dengan pesakit di Taman Samudera Sandakan….
Petang
hari tersebut, lebih kurang jam 3.00 petang saya tiba di rumah pesakit seorang
diri…rakan pesakit ada maklumkan saya untuk bawa kawan kerana takut pesakit
kerasukan dan tiada kaum lelaki di rumah pesakit, cuma isteri dan ibu mertuanya
saja….Allahuakhbar…saya beritahu saya tak pernah bawa kawan pergi merawat, dan
saya minta pertolongan rakan-rakan pesakit untuk datang membantu
saya….selebihnya saya hanya pasrahkan dan bertawakkal pada ALLAH SWT….
Saya
disambut mesra oleh pesakit, yang merupakan seorang tentera, ibu mertua serta
isterinya…mereka berasal dari salah sebuah negeri di Semenanjung Malaysia dan
bekerja di sini…
Jelas
kelihatan di wajah pesakit kepenatan dan kesakitan yang dialami, hingga
wajahnya kelihatan suram dan tidak bermaya….
Setelah
berbual-bual dan mengetahui serba sedikit “pucuk pangkal” kisahnya (kes sihir),
saya memulakan rawatan ke atas pesakit…saya mulakan dengan pembuka kunci Terapi
Amalan Nur Hikmah (TANH), dan diteruskan dengan Rukyah….pada ketika saya
membaca Ayatul Qursi, saya ulang-ulang bacaan sebanyak mungkin pada lafaz “walaayauuduhu
hifzuhuma” hinggalah tiba-tiba pesakit muntah dengan banyaknya. Dan ia tidak
berhenti setakat di situ saja, pesakit terus muntah dengan banyaknya hinggalah
saya tutup rukyah tersebut dengan Doa Nurbuwwah….
Pada
ketika itu pesakit merasakan kaki kirinya kebas dan bahagian dada kirinya
terasa panas….saya tidak berfikir panjang lalu membacakan Zikir Inti Nur
Kalimah (ZINK) dengan niat dan tawakkal saya menyerahkan segala urusan atas
kehendak ALLAH SWT…
Saya
bacakan ZINK 1 set hingga selesai, Alhamdulillah pesakit tidak kerasukan
sepanjang sesi rawatan, dan rasa kebas serta panas di dada telah
hilang….rawatan saya tutup dengan memandikan pesakit dengan kaedah Doa Nurbuwwah…kemudian saya bergegas untuk pulang kerana mengambil anak-anak dari
sekolah….
Pada
malamnya, lebih kurang jam 8.30 saya mendapat sms dari rakan pesakit meminta
saya datang semula kerana isteri pesakit pula seakan mengalami gangguan…Saya
maklumkan pada isteri terpaksa lewat pulang malam nanti, Alhamdulillah kerana
isteri juga amat memahami….
Saya
tiba di rumah pesakit dalam jam 9.15 malam. Ketika tiba, kelihatan wajah
pesakit yang dirawat tadi tidak lagi kelihatan suram atau pucat seperti
sebelumnya…dalam hati saya panjatkan rasa kesyukuran ke hadrat ALLAH SWT……
Walaubagaimanapun,
isteri pesakit pula (saya namakan saja sebagai Puan S) mengalami perasaan yang
tidak menentu terhadap suaminya sejak lepas maghrib lagi….dia seakan marah dan
benci pada suaminya…ketika duduk berhadapan saya juga Puan S tidak mahu melihat
ke arah saya dan sentiasa memalingkan mukanya….
Saya
minta dia berwuduk, kemudian saya mulakan rawatan dan rukyah yang sama seperti
sebelumnya….ketika sampai pada Ayat Qursi yang diulang-ulang, Puan S juga mengalami
muntah-muntah yang banyak. Selepas saya membacakan ayat dari Surah ArRahman,
saya memanggil nama Puan S, tetapi dia hanya diam dengan mata terpejam…tahulah
saya beliau telah kerasukan. Saya cuba berdialog dengan gangguan yang ada dalam
tubuh Puan S, tanpa kekerasan atau paksaan, tetapi tidak berhasil malah Puan S mula meronta-ronta dengan ganas
sambil berteriak “Aku benci kau…aku benci kau!!!”. Bayangkan ketika itu 6
orang, termasuk saya memegang Puan S namun seakan tidak berdaya menahan rontaan
Puan S yang amat kuat…saya sendiri cuba digigit dan diludahnya beberapa kali….
Saya
cuba menggunakan beberapa kaedah mengazab dan rukyah pembakar namun semuanya
menemui jalan buntu….gangguan masih berdegil tidak mahu keluar dari tubuh Puan
S. Adakalanya gangguan tersebut seakan mengejek-ejek saya untuk melemahkan
semangat kami yang cuba membantu Puan S, namun tidak saya pedulikan…kerana saya
yakin yang gangguan itu juga sedang terseksa dan terazab dalam tubuh Puan S
dengan bacaan Ayat Pembakar dan kaedah-kaedah azab yang dilakukan….Cuma saja ia
degil dan masih mampu bertahan.
Saya
melihat jam sudah hampir jam 11 malam….tak boleh jadi ni…..”Ya ALLAH bantu
hambaMU(diri saya) yang hina ini”…..bisik hati saya….
Saya
perbetulkan sila sambil kedua tangan saya memegang kepala Puan S, saya
heningkan diri dan mulakan Kunci Pembuka ZINK….saya serahkan segala-galanya
atas kehendakNYA Yang Maha Kuasa….Saya tenangkan hati, saya pejamkan mata, saya
mulakan bacaan Zikir Inti Nur Kalimah dengan bacaan yang jelas dan tenang,
tidak kelam kabut….saya hayati setiap bait-bait zikir yang diucapkan….kelihatan
jelas setiap huruf-huruf yang dizikirkan pada “pandangan mata” saya bercahaya
putih….satu persatu muncul senada dengan alunan zikir….Subhanallah….
Ketika
bacaan ZINK pada set kedua, saya dapat merasakan rontaan Puan S semakin lemah….hinggalah
pada bacaan ZINK set ketiga dalam keadaan samar-samar gangguan dalam tubuh Puan
S bertanya kepada saya berulang-ulang…”Siapa kamu???....siapa kamu?....kenapa
bantu dia???....kenapa kau bantu dia???....” Saya diamkan diri tanpa menjawab
persoalan itu, saya tumpukan pada zikir ZINK yang dialunkan hinggalah ketika
tiba pada bacaan zikir “Ya Siiin”….tangan kanan saya bergetar dan dapat saya
rasakan aura gerakan seperti dalam Jurus IKAK menggerakkan tangan saya pada
leher Puan S kemudian membuat gerakan menyembelih….Zikir ZINK tetap saya
teruskan hingga selesai dan akhirnya Puan S muntah sekali lagi….Alhamdulillah,
Puan S sedar semula dan dalam keadaan yang cukup letih…..
Sebelum
pulang, pesakit sekeluarga minta saya datang sekali lagi keesokan harinya untuk
pagar rumah mereka, dan saya berjanji untuk datang semula malam keesokannya
selepas Isyak…
Ketika
sampai di rumah, secara tiba-tiba hati saya tidak tenang, tangan kiri saya sakit
menyucuk dan kebas semacam….hmmm…apa pulak ni? Saya pejamkan mata dan berzikir,
“hati kecil” saya berkata ada serangan dari luar rupanya….Saya perbetulkan sila
menghadap kiblat, saya gunakan IKAK untuk menangkis segala serangan yang
dituju…kemudian dilanjutkan lagi dengan Hizb Sakron, dan saya akhiri dengan
Zikir Inti Nur Kalimah sebagai pendinding diri dan keluarga….Al-hamdulillah
rasa sakit dan kebas ditangan hilang serta merta dan hati saya kembali tenang….
......bersambung....
Tiada ulasan:
Catat Ulasan