Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat...
Saya pernah diajukan soalan ini dan rasanya ramai jugak antara masyarakat Islam, khususnya di Sabah yang masih keliru akan persoalan ini....sesetengahnya agak sukar untuk menerima hakikat bahawa roh arwah yang sudah meninggal dunia tidak akan bisa kembali ke dunia dan akan kekal di Alam Barzakh hingga hari "kebangkitan"....diharapkan artikel ini (dari Pusat Rawatan Islam Darussalam - Ustaz Ismail Kamus) bisa membantu memberi pemahaman tentang permasalahan ini....InsyaAllah..
Tahdhirul Arwah (Spiritism) Dan Kesannya
Hakikat
tahdhirul-arwah dan kaitannya dengan jin Tahdhirul Arwah atau disebut di
dalam bahasa Melayu, ‘memanggil ruh’, bukanlah perkara baru tetapi telah wujud
sejak zaman dahulu kala lagi di kalangan bangsa Cina, India, Mesir kuno, Yunan,
Roman, termasuk juga orang-orang Islam. Akhirnya dari semasa ke semasa sudah
menjadi suatu ilmu yang dianuti orang-orang Barat.
Mohd Farid Wajdi di dalam bukunya
mengatakan bahawa perkara ini memang telah lama wujud sehingga berjuta-juta
manusia mengakui tentang ‘kebenaran’ mazhab Ruhani ini.
Di ‘Barat’ teori ini sudah diterima
oleh mereka sehingga lebih daripada 150 akhbar dan majalah yang tersebar menjelaskannya.
Mereka percaya dengan sepenuhnya konsep kembalinya roh orang yang sudah mati ke
dalam jasad seseorang yang hidup.
Soalan yang timbul sekarang ialah :
Apakah benar roh yang telah
meninggalkan jasad ini dapat kembali semula ke dunia ini dan menjalankan
aktivitinya sebagaimana dahulu sepertimana yang diyakini oleh mereka?
Al-Quran dan Sunnah telah pun
menjelaskan bahawa apabila manusia telah mati maka putuslah segala amalannya
dan tidak akan kembali lagi ke dunia ini dalam keadaan mana sekalipun. Roh
orang yang telah mati akan diangkat ke langit sebagaimana yang dijelaskan oleh
Allah SWT di dalam al-Quran.
Maka dari mana pula roh boleh
kembali ke dunia ini sekali lagi dan apakah hujahnya?
Asy-Sheikh Al-Ghazali berkata :
“Seseorang manusia diberi peluang untuk beramal dan berbakti, bertaqwa di dunia
ini, berjaya atau sebaliknya bergantung kepada amalannya. Setelah terputus
nyawanya maka tidak ada apa-apa tanggungjawab lagi setelah mati maka balasan
dan seksaan akan bermula,” sebagaimana firman Allah SWT :

"dan
mereka menjerit-jerit di Dalam neraka itu (sambil merayu): "Wahai Tuhan
kami, keluarkanlah Kami (dari azab ini); Kami akan mengerjakan amal-amal Yang
soleh, Yang lain dari apa Yang Kami pernah kerjakan. (lalu Allah menempelak
mereka): "Bukankah Kami telah melanjutkan umur kamu dan memberikan masa
Yang cukup untuk berfikir dan beringat padanya oleh sesiapa Yang suka berfikir
dan beringat? dan kamu pula telah didatangi oleh Rasul (Kami) Yang memberi
amaran oleh itu, rasalah (azab seksa), kerana orang-orang Yang zalim tidak akan
beroleh sesiapapun Yang dapat memberikan pertolongan".[Fatir : 37]
Begitu juga penjelasan yang disebut
dalam al-Quran bahawa orang yang menyesali maksiat sewaktu akan mati tatkala
melalui kepedihan Sakaratul maut, terfikir untuk kembali ke dunia apabila
teringat amalan-amalan yang lalu yang telah ditinggalkan dan masa yang terbuang
begitu sahaja dengan katanya :
"رَبِّ
ٱرۡجِعُونِ (٩٩) لَعَلِّىٓ أَعۡمَلُ صَـٰلِحً۬ا فِيمَا تَرَكۡتُۚ كَلَّآۚ
إِنَّهَا كَلِمَةٌ هُوَ قَآٮِٕلُهَاۖ وَمِن وَرَآٮِٕهِم بَرۡزَخٌ إِلَىٰ يَوۡمِ يُبۡعَثُونَ"
"Wahai Tuhanku, kembalikanlah
daku (hidup semula di dunia) Supaya Aku mengerjakan amal-amal Yang soleh Dalam
perkara-perkara Yang telah Aku tinggalkan". Tidak! Masakan dapat?
Sesungguhnya perkataannya itu hanyalah kata-kata Yang ia sahaja Yang
mengatakannya, sedang di hadapan mereka ada alam barzakh (yang mereka tinggal
tetap padanya) hingga hari mereka dibangkitkan semula (pada hari kiamat)."
[A-mukminum : 99-100]
Di saat itu sudah terputus amalan,
dan tidak ada lagi sebarang aktiviti, peluang bertaubat sudah tertutup bagi
menampung segala kekurangan yang berlaku.
Beramal dan bertaubat bukan menanti
hari esok tetapi hari ini, untuk mencari kebahagian hari akhirat adalah dengan
beramal sebelum nyawa sampai di halkum.
Apabila sudah sampai detik untuk
berpindah ke alam baqa, maka malaikat Kiraaman Katibin menggulung segala
daftar amalan kita dan sedikit pun tidak memandang atau mempedulikan taubat
orang yang sedang nazak (hampir mati).
Semua roh setelah meninggal dunia
akan berada di alam barzakh untuik menerima balasan yang telah ditentukan
berdasarkan kepada amalan semasa ia hidup di dunia ini. Sama ada ia menerima
pembalasan yang penuh nikmat atau azab sengsara yang pastinya tidak ada peluang
lagi baginya untuk kembali ke alam fana ini. Mereka tidak boleh lagi
menjalankan segala aktiviti baik menjadi tukang ubat, mangajar, memberi nasihat
dan sebagainya.
Maka soalannya, apakah sebenarnya
yang berlaku pada orang yang bercakap itu?
Yang datang menjelma di dalam diri
seseorang itu ialah syaitan yang menguasai otak manusia dan berusaha
menyesatkan manusia kerana itulah tugas utama mereka.
Umar Al-Asyqar berkata: "Pada
zaman ini sudah tersebar di merata tempat mengenai perkara ini sehingga
dipercayai oleh ramai orang. Sambungnya lagi apakah pendirian Islam dalam hal
ini? Setelah kita mengkaji al-Quran, jelaslah bahawa roh yang berada di alam
ghaib mustahil untuk kembali ke dunia ini".
"Roh yang telah diambil dan
diserahkan kepada malaikat yang bertanggungjawab tidak akan terlepas lari dan
turun semula ke bumi untuk dipermainkan oleh akal cetek manusia."
Ada pula di kalangan mereka yang
menyangka bahawa roh yang datang itu adalah roh orang yang soleh, sama ada
nabi, orang-orang yang mati syahid, wali-wali Allah dan sebagainya.
Kalau kita renungkan bahawa para
Rasul, Nabi-nabi, para syuhada, Wali Allah, hamba-hamba Allah yang solah sudah
berada di alam barzakh, dan di syurga menerima kebahagian nikmat yang telah
disediakan oleh Allah, bagaimana pula mereka akan meninggalkan syurga dan turun
ke bumi dan masuk pula ke dalam jasad orang fasiq.
Baginda Rasulullah SAW telah
menegaskan bahawa roh-roh orang yang mati syahid berada di muncung burung hujau
yang berterbangan di kebun-kebun syurga, menikmati kesegaran, memakan
buah-buahan, meminum air di syurga dan kemudian tinggal di lampu yang
bergantung di atap ‘arasy Ar-Rahman. Bagaimana pula golongan ini boleh
memanggil roh-roh ini turun semula ke bumi?
Kesimpulannya dapatlah dikatakan
bahawa yang dipanggil itu bukanlah roh tetapi jin atau syaitan yang menyamar
sebagai wali, nabi, orang alim dan sebagainya. Tugas mereka adalah untuk
menyesatkan bani Adam a.s.
http://darussalam.net.my/index.php/artikel-tambah-ilmu/53-tahdhirul-arwah-spiritism-dan-kesannya
Tiada ulasan:
Catat Ulasan