Rabu, September 12, 2012

Banyaknya Sawang!!!!!......

Assalamualaikum.....

Wahdush!!!!.....lama tak tulis apa-apa dalam blog aku ni. Dah bersawang mawang. Bukan lama tak jenguk, tapi sifat malas untuk menulis terlalu menguasai diri sampaikan ada catatan yang ditulis 2-3 bulan lepas pun ndak siap-siap lagi ditulis.

Walau apapun, aku rasa masih belum terlewat untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat semua yang masih sudi membaca blog aku ni. Mohon ampun dan maaf sekiranya ada penulisan yang menyinggung hati, tercopy artikel kamurang tanpa izin....harap dimaafkan.....

Hari Raya tahun ni aku sekeluarga balik beraya di kampung isteri aku Kg. Tudan Baru, Keningau, Sabah. Kira happening jugak beraya di kampung isteri tahun ni. Mana tidaknya, tak pernah2 aku dengar orang jemput kenduri lepas subuh, tapi di kampung isteri aku, pak imam dah siap announced lepas solat Subuh "Errr.....semua jemaah dijemput ke rumah si polan sekarang untuk doa selamat". Boleh dikatakan sepanjang syawal yang pertama hinggalah sebelum aku balik ke Sandakan (Syawal ke 8), ada saja jemputan kenduri diumum setiap kali selepas solat fardu di masjid. Dalam seminggu berat badan naik dalam sekilo....nah kau!!!!

Selain tu ada jugak dibuat jamuan Kenduri Raya selepas saja selesai solat sunat raya....Kemudian sekitar jam 10.00 pagi masyarakat kampung pakat ramai-ramai ke tanah perkuburan yang disediakan khusus untuk penduduk kampung.....aku dengan kedua mertua aku menziarahi kubur arwah adik isteri dan arwah anak sedara dia....kami membersihkan kubur mereka dan membacakan surah Yasin.....
Mak mertua (tudung putih) & pak mertua (kopiah hitam)....yang tunjuk bontot tu ndak ada kena mengena dalam cerita ni.......


Amiin......

Tiga hari sebelum raya, mertua aku tunjukkan sesuatu yang adik ipar aku jumpa time kuis-kuis tanah dekat pagar belakang rumah....gumpalan kain putih yang diikat seperti sengaja diletakkan disitu....takut jugak aku, maklumlah aku bukannya "perawat PRO".....tapi dengan keyakinan Allah itu Maha Kuasa aku beranikan saja diri...dengan kaedah yang telah diajar dalam Terapi Amalan Nur Hikmah, aku ambik dan buka gumpalan kain tersebut.....berisi batu2 kecil seperti kemenyan, biji2 kering seperti lada hitam dan macam2 lagi....aku pun tak tahu apa....



Apa yang mampu aku lakukan (dengan doa dan tawakal pada Allah SWT), aku "tawarkan" dengan ayat suci Al-Quran, kemudian dibakar.....semasa pembakaran dibuat kelihatan jelas batu2 kecil tadi meruap dan mengeluarkan bau seperti kemenyan....

Tu lah antara aktiviti-aktiviti aku selama berada di kampung isteri.....selain tu, seperti biasanya bila balik kampung isteri aku akan teruskan rawatan ke atas kakak ipar aku, kedua mertua (wajib) dan adik ipar....Alhamdulillah, atas izin dan redha-NYA semua berjalan lancar...ndak ada yang kerasukan...

Sehari sebelum pulang ke Sandakan, aku sempat ke Kuala Tomani, Tenom menghantar adik ipar aku yang bertugas di sana sambil tolong "pagarkan" rumah (kuarters) dia yang dah 4 bulan  kosong....Tenom dah semakin maju, last aku jejak kaki ke Tenom pada tahun 2002/ 2003...sekarang dah banyak perubahan boleh dilihat....



 Sepuluh hari bercuti di kampung isteri tak terasa sudah mau balik ke Sandakan...aku sendiri dapat lihat kegembiraan anak-anak aku selama bercuti di kampung, rasa macam ndak mau pulang plak...Isteri pun lagilah kalau boleh cuti terus di kampung....apapun kehidupan perlu diteruskan....InsyaAllah akan bertemu lagi jika ada keizinan dari Allah....
Semoga bertemu kembali....


Tiada ulasan:

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...