Entri kali ni aku nak kongsi kan tentang gangguan sihir yang boleh terjadi dalam rumahtangga. Jangan dianggap enteng walaupun zaman sekarang sudah serba maju dan canggih tetapi sudah ramai yang terkena. Na'uzubillah....semoga menjadi panduan buat semua....Insya-Allah...
Artikel ni aku ambik dari blog perawat http://darul-azzikri.blogspot.com. Yang penting "Jangan biarkan hidup anda diselubungi MISTERI".....
Dengan nama Allah yang Maha Benar yang ku cintai, Rabb yang Maha Agung meliputi segalanya, yang Maha Penyayang kepada sekelian hamba makhluk, yang Maha Pemberi Rahmat dengan mengutuskan rasul-NYA Hadhrat Junjungan Nabi Muhammad SAW yang kerananya sampailah Rahmat kesekelian alam berserta pula dengan Syafaat Baginda SAW.
Banyak juga masalah rumahtangga dalam masyarat Malaysia ini. Masalah rumahtangga ini masih menduduki carta no. 1 dan permasalahan tertinggi dalam kes-kes yang saya rawat. Ada yang berpunca dari diri pasangan suami isteri itu sendiri tanpa ada unsur-unsur sihir, ada diantaranya berpunca dari keluarga atau yang tidak mendapat restu ibubapa dan ada juga yang memang berpunca dari sihir.
Seperti mana firman Allah SWT yang bermaksud :
“Katakanlah; Aku berlindung kepada (Allah) Tuhan yang menciptakan sekalian makhluk, dari bencana makhluk-makhluk yang ia ciptakan; Dan dari bahaya gelap apabila ia masuk; Dan dari kejahatan makhluk-makhluk yang menghembus-hembus pada simpulan-simpulan (dan ikatan-ikatan); Dan dari kejahatan orang yang dengki apabila ia melakukan dengkinya" (QS Al-Falaq: 1-5)
“Dalam pada itu ada juga orang-orang mempelajari dari mereka berdua: ilmu sihir yang boleh menceraikan antara seorang suami dengan isterinya, padahal mereka tidak akan dapat sama sekali memberi mudarat (atau membahayakan) dengan sihir itu seseorang pun melainkan dengan izin Allah...” (QS Al-Baqarah: 102)
Disini saya senaraikan dan cuba memberikan sedikit penerangan serba ringkas berkaitannya, insyaAllah. Antara sihir-sihir rumahtangga ialah :
1. SIHIR PEMISAH (TAFRIQ)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk memisahkan pasangan suami-isteri dengan menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya kepada salah seorang dari pasangan dan mungkin kepada kedua-duanya.
Sihir ini juga digunakan untuk menimbulkan rasa kebencian, kemarahan dan seumpamanya hingga menimbulkan perpecahan diantara anak dengan ibu/bapanya, rakan kongsi perniagaan, sabahat, majikan dan pekerja serta yang seumpamanya.
2. KAWALAN KASIH SAYANG (RIBTU MAWADDAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir menggunakan kaedah-kaedah simpulan seperti didalam surah Al-Falaq ayat 4-5 diatas. Ada diantaranya yang tidak boleh melihat pasangannya sewaktu bertemu atau rasa rimas, kepanasan, tidak selesa dan tidak tenteram ketika berada dekat dengan pasangannya atau merasa benci, miang pada badan dan sakit-sakit ketika melakukan seks tetapi merasa kasih, sayang dan rindu bila berjauhan atau tidak melihat pasangan.
Ada juga diantara yang terkena sihir ini, isterinya terkena gangguan yang dikenali sebagai Gangguan Asyik. Gangguan asyik ialah timbulnya perasaan asyik, cinta dan seronok jin kepada isteri tersebut. Kesannya jin tersebut akan menghalang dari terjadinya hubungan seks antara suami-isteri dengan cara mengikat atau mengawal si isteri yang lama-kelamaan akibat dari sekian lama tidak dapat menjalin hubungan seks maka suami menceraikan isterinya.
Ada juga kes-kes dimana si isteri mengalami pendarahan haid terlalu lama hingga menghalang terjadinya hubungan seks hingga menyebabkan suami hilang sabar dan menceraikan isteri.
3. SIMPULAN CINTA (RIBTU MAHAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dibuat oleh salah seorang pasang kepada pasangannya. Ada isteri yang mengenakan sihir ini kepada suaminya dan sebaliknya. Isteri menggenakan sihir jenis ini agar suami rasa tidak suka dan tiada nafsu kepada madunya atau perempuan lain.
Ada juga suami yang sering berpergian (outstation) dalam masa yang lama atas urusan kerja atau perniagaan mengenakan sihir ini kepada isteri kerana bimbang si isteri akan berlaku curang semasa ketiadaannya.
Bagi jangka masa panjang, sihir ini amatlah merbahaya dari segi kesihatan tubuh badan kerana ia boleh menyebabkan orang yang terkena sihir jenis ini kekal menjadi lemah, lesu dan sebagainya hingga tidak mampu lagi membuat hubungan kelamin, maka sebenarnya sihir ini juga merugikan pasangannya sendiri.
4. SIMPULAN ALAT KELAMIN (RIBTU QUDHAIB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang dikena pada alat kelamin suami seolah-olah mati pucuk hingga tidak mampu melakukan hubungan seks. Pada masa-masa lain alat kelamin suami ini berfungsi dan menegang seperti biasa. Sihir jenis ini hanya aktif sewaktu mahu melakukan hubungan seks sahaja.
5. SIMPULAN BELAKANG (RIBTU ZAHRI)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang digunakan untuk menimbulkan rasa kesakitan yang amat sangat dibahagian belakang badan terutama bahagian pinggang. Didapati kesakitan tersebut terjadi apabila pasangan suami isteri mahu melakukan hubungan seks.
6. SIMPULAN RAHIM (RIBTU RAHIM)Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menutup pintu faraj isteri sehingga menghalang melakukan hubungan seks. Pernah juga ada kes-kes dimana alat kelamin isteri seakan-akan hilang. Ini biasanya berlaku kepada pasangan yang mahu menikmati malam pertama.
7. SIMPULAN PERANAKAN (RIBTU ANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang boleh menyebabkan isteri menjadi mandul dan merasa sakit dibahagian peranakan. Ada juga diantara wanita yang terkena sihir ini mengalami datang haid yang tidak teratur atau kerap dan agak lama dari yang sepatutnya.
8. SIMPULAN MANDUL (RIBATH THANJAB)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah antara salah satu sihir pemisah. Sihir ini menggunakan jin bagi menghalang keluarnya sperma atau menghalang sperma dari memasuki rahim. Antara tujuan perkahwinan adalah mendapatkan zuriat, jika perahwinan yang sudah agak lama tetapi tidak melahirkan zuriat sebagai ikatan suami isteri maka akan timbullah pelbagai masalah yang memporak-perandakan sehingga berlakunya penceraian, dan tercapailah dan terlunaslah dendam orang yang menggunakan sihir ini kepada orang yang dituju.
9. SIMPULAN FIKIRAN (RIBTU FIKRAH)
Penerangan Ringkasnya :
Adalah sihir yang menyebabkan si pesakit hilang tumpuan fikiran, banyak berkhayal. Ada juga banyak kes dimana si pesakit seolah-olah mendengar bisikan yang mengatakan pasangannya telah berlaku curang hingga menyebabkan terjadinya pertengkaran akibat tuduhan tadi hingga berlakunya penceraian.
Terdapat juga kes dimana pesakit mendengar bisikan-bisikan menghasut yang menyuruhnya membunuh pasangan yang telah melakukan perbuatan curang. Si pesakit akan menghadapi kemurungan dan gangguan jiwa hingga berbagai-bagai masalah akan timbul apabila terkena sihir jenis ini.
Inilah serba sedikit dan secara ringkas yang dapat saya kongsikan. Mudah-mudahan ianya dapat memberi sedikit ilmu pengetahuan dan petunjuk kepada kita didalam mengharungi kehidupan didunia ini yang penuh dengan pancaroba dan ujian.
Sekiranya terdapatlah tanda-tanda seperti yang diceritakan serba ringkas diatas, maka berusahalah mengubatinya. Datangilah mana-mana pusat rawatan islam yang diyakini yang banyak terdapat sekarang ini. InsyaAllah! Saya berkeyakinan tinggi bahawa semua perawat dari pusat rawatan islam diseluruh Malaysia ini memang berkebolehan, ikhlas dan ingin membantu orang-orang yang mengalami masalah berkaitan sihir bukan bertujuan komersil.
WalLahHu Ta’alaa A’lam...
Read more: http://darul-azzikri.blogspot.com/ SIHIR PEMISAH & SIHIR SIMPULAN ~ Pusat Rawatan Islam DARUL AZZIKRI
Tiada ulasan:
Catat Ulasan