Sabtu, Oktober 01, 2011

Pentas Opera....Hati-hati Dengan Penipuan Kredit Kad!!!!



Bismillahirrahmanirrahim.....
Lama sudah tidak post apa-apa di blog ni, besawang sudah.....Tapi ada kisah yang memaksa aku menulis di blog ni sekaligus memberi amaran kepada semua pemilik-pemilik kredit kad, terutama pemilik kad baru.


Mungkin ia pernah terjadi kepada mereka yang memiliki kredit, tapi ndak salah untuk dikongsi sebagai satu iktibar buat kita semua...




Kemarin dalam jam 2.30 petang aku terima satu panggilan dan dengan selambanya aku menjawab....."Hello En. Saiful, saya dari Maybank Service Centre, pihak kami ingin memberi satu kad service percuma untuk setahun sebagai penghargaan kerana menggunakan Kad Visa Kredit kami. Nama penuh encik xxx bin xxx, betul? Dan alamat Encik di Lot xxx, xxx, Sandakan, Betul?"...Aku dengan selamba bodoh menjawab, "Ya, betul."


"Baik En., sekarang saya ingin sahkan no, kad yang tertera dihadapan kad kredit En. xxxx xxx xxx xxx, betul ya En.?" Sekali lagi aku seperti lembu di cocok idung menjawab, "Ya, tepat sekali". Wanita tersebut berkata lagi;"Sekarang cuba tengok no. yang tertera dibelakang kad tersebut, nyatakan dengan tepat En. adalah pengguna kad kredit yang keberapa En.?"......Aku pun dengan bodohnya menyebut no. dibelakang kad tu, tapi selepas menyebut 4 no. (ada 3 no. lagi yang tidak sempat aku sebut) tiba-tiba aku sedar yang ini satu penipuan! Aku putuskan panggilan, dan terus buat panggilan ke customer service centre dan mereka mengesahkan itu satu penipuan....terus dorang block dan tukarkan dengan kad yang baru.....


Huh! Hampir aku tertipu! Tapi yang masih menjadi tanya dalam kepala otak aku ni macamana dorang dapat maklumat2 aku seperti nama, no handphone, alamat rumah.....Konfius, adakah ini kerja orang dalam???? Apapun tak baik menuduh.....Yang penting aku bersyukur pada Allah terlepas dari tertipu, kalau tidak MATAI!!!!!!


Ni aku sertakan no handphone orang yang call aku tu; 0162106691, suara perempuan yang bercakap dengan aku tu slang dia macam perempuan India.....so, buat semua pemilik-pemilik kad kredit di luar sana terutama pemilik baru, berhati-hati, jangan suka-suka dedahkan no. di belakang kad kamu, nanti jadi macam aku yang hampir-hampir kana tipu.....orang jerman bilang "sipi-sipi lagi".....


Wassalam....

2 ulasan:

emey berkata...

huu nsib baik x kena tipu kan..mbi sbgai pngjaran pa yg brlaku

PedangSkan berkata...

mmmm...memang dapat 1 pengajaran pun...jangan sekali2 dengan mudah dedahkan maklumat kad kredit anda...

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...