Jumaat, Ogos 16, 2013

MERAWAT SIHIR DENGAN YASIIN 7 MUBIN...

Assalamualaikum....
Segala puji-pujian hanya layak untuk Allah tuhan semesta alam, dan Nabi Muhammad utusan Allah penyampai risalah petunjuk dan penyuluh bagi seluruh umat...
Selawat dan salam ke atas Penghulu kita tercinta Nabi Muhammad SAW, kepada keluarga baginda dan para sahabat....

Terlebih dahulu aku nak ucapkan SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI, sekiranya ada apa-apa artikel dalam blog ni yang mengguris hati, menyinggung perasaan aku menyusun sepuluh jari mohon ampun MAAF ZAHIR & BATIN....

Aku taknak lah cerita detail tentang kisah rawatan ni, cuma yang aku nak highlightkan di sini tentang betapa pentingnya usaha, doa dan tawakkal kita pada Allah semasa merawat pesakit....




Sejak beberapa hari lepas aku merawat kes sihir pada satu pesakit ni.....malam pertama rawatan, aku dan Abah sudah dapat mengagak bahawa kes ini kes sihir dan agak liat jugak untuk dirawat.....setiapkali dirukyah pesakit akan kesakitan teramat sangat hingga menjerit-jerit dan menangis....sebagai DOS TAMBAHAN kami ambik keputusan untuk melakukan bacaan Yasin 7 Mubin ke atas pesakit untuk menghancurkan sihir yang ada dalam tubuhnya. Amalan ini aku hanya lakukan pada malam hari di rumah ku selepas pulang dari merawat pesakit tersebut. Selama 3 malam berturut-turut aku merukyahnya dan selama 3 malam berturut-turut jugalah kami lakukan bacaan Yasin 7 Mubin dengan niat dan hajat yang sama.....


Pada malam ketiga selepas rawatan, pesakit telah bermimpi........Pesakit dan suami berada di rumah mereka, dan tiba-tiba mereka terdengar kucing peliharan mereka yang berada di beranda dapur mengiau dengan kuat dan keras seperti sedang marah. Mereka suami isteri bergegas ke dapur dan alangkah terkejutnya mereka melihat seekor ular tedung hitam yang sangat besar berada di situ (sebelum ini pesakit pernah bermimpi diganggu ular hitam yang besar). Si suami lantas mencekik ular tersebut dan kelihatan ular tersebut berubah rupa seperti wajah seorang lelaki berambut panjang.....tanpa berlengah si suami mengambik sebatang besi dan menikam leher ular tersebut berkali-kali hingga mati, dan ketika itulah pesakit lantas tersedar dari mimpinya.....

Pesakit menceritakan perihal mimpi tersebut kepada ku dan aku anggap itu satu pertanda yang baik hasil dari rawatan yang diusahakan, semuanya pasti berlaku atas izin Allah jua.....
Pada malam keempat aku teruskan rukyah dan syukur pada Allah kerana tiada lagi tanda-tanda kesakitan, gangguan perut atau apa saja gangguan berlaku semasa dirukyah.....keadaannya kembali normal seperti biasa. Sujud syukur pada Allah yang berkuasa atas tiap sesuatu......

Pesakit aku bekalkan dengan air + garam yang telah didoakan untuk diminum setiap hari dan amalan bacaan Yasin 7 Mubin jugak masih kami teruskan. Pada hari ini, ketika bertemunya ditempat kerja, pesakit kembali ceria dan bekerja seperti biasa. Aku akan merukyahnya kembali selepas 10 hari....moga Allah permudahkan dan beri kesembuhan padanya.....

Aku hanyalah Si Tukang Doa....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...