Sabtu, Mac 24, 2012

Saat Iblis Merasa Sakitnya Maut...



Abu Laits Samarkandi meriwayatkan dengan sanadnya dari Afnah bin Qays berkata: "Saya pergi ke Madinah ingin bertemu dengan Omar bin Al Khattab RA, tiba-tiba saya bertemu dengan Ka’bul Ahbaar yang menceritakan dalam suatu majlis, “Ketika Adam AS sedang menghadapi saat kewafatan, baginda berkata: “Ya Rabbi, musuhku pasti akan mengejek padaku jika ia melihat aku telah mati, padahal ia diberi hingga hari kiamat”.

Maka di jawab Allah SWT: "Hai Adam, kamu langsung menuju ke syurga, sedang si celaka (iblis) ditunda hingga hari kiamat supaya merasakan sakit maut, sebanyak makhluk yang pertama hingga yang terakhir". Lalu nabi Adam AS pun bertanya kepada malaikat Izrail: "Sebutkan kepadaku bagaimana rasa pedihnya maut". Sesudah diterangkan oleh malaikat Izrail, nabi Adam AS pun berkata: "Tuhanku, cukup!! cukup!!"
Maka gemuruhlah suara para hadirin berkata: “Hai Abul Ishaq, ceritakan pada kami, bagaimanakah ia merasakan maut". Pada mulanya Ka’abul Ahbaar menolak, tetapi kerana didesak, maka ia berkata: 

Isnin, Mac 05, 2012

Seminar Rawatan Islam - 21 April 2012, Di Sandakan, Sabah

DI BUKA SEKARANG!!!
Program Keilmuan Terapi Amalan Nur Hikmah


Mari menambah ilmu pengetahuan serta HIKMAH dengan mengikuti Program Keilmuan Terapi Amalan Nur Hikmah. Khusus bagi orang awam dan perawat Islam yang mahu menambah ilmu pengetahuan dan mencari hikmah yang amat luas. Ingatlah ilmu Allah sangatlah luas dan disebarkan di kalangan kita melalui kurniaan Allah yang terpilih. Bukan ilmu tenaga dalam dan sewaktu dengannya, semata-mata suatu pendekatan taqarrub kepada Allah melalui petunjuk daripada Allah semata-mata.



Lokasi : Bilik Kuliah Masjid Ikhwanul Muslimin, Hospital Duchess Of Kent, Sandakan.

Tarikh : 21 april 2012 ( 8:00 am – 5:pm )


Pendaftaran:
Sila buat bayaran sebanyak RM200.00 ke akaun berikut selewatnya 18hb april 2012 dan maklumkan maklumat bayaran ke 017-8942521 atau ke Terapiqolbu@gmail.com. 


Pendaftaran SMS
Taipkan (TANH) (NAMA) (NO K.P) (DAERAH) DAN HANTAR KE 017-8942521. Sila simpan slip transaksi sebagai bukti pembayaran.

Akaun Maybank
Nama: Shahnon Ahmad
No: 155041031942

Silibus kursus

1.     Kaedah  merawat gangguan jin, sihir dan saka serta membuang aura negatif pada diri pesakit.
2.     Teknik scan/ mengesan gangguan.
3.     Kaedah membuat rawatan jarak jauh
4.     Kaedah pagar diri dan membuat pagaran badan pada pesakit
5.     Kaedah Mengisi ilmu pengasih.
6.     Kaedah Membuat susuk ayat (menggunakan ayat2 suci Al-Quran)
7.     Kaedah Menghentam tukang sihir.
8.     Mengubati penyakit berat  dengan  kaedah Nurun Nubuwwah.
10.   Mempertajamkan indera ke 6
11.   Kaedah Benteng diri yang kukuh
12.   Menarik Sukma
13.   Teknik Pedang Kursi
14.   Teknik pancaran Kursi
Amalan Bonus:

1.      Hizib intikam ( tujuan penyerangan )
2.      Hizib Sakron ( tujuan pertahanan )
3.      Amalan Membuka Mata Batin

Memandangkan limit penyertaan hanya 30 orang, sila buat bayaran awal sebagai pengesahan awal.
Untuk pengetahuan. Seminar kali ini merupakan penutup bagi program keilmuan ini.

Sebarang Pertanyaan : Boleh menghubungi saya atau En.Saiful Ahmad (penyelaras RITEQ sandakan)
: 014-2815708


SUMBER

Sabtu, Mac 03, 2012

Buku 40 Hadith Popular Palsu YANG SEBENARNYA PALSU...TOLONG SEBARKAN!!!...


Buku hadis palsu yang sebenarnya palsu.....


Buku ini telah tersebar di pasaran. Diterbitkan oleh PTS. Dan menurut penulis buku ini bahawa hadith yang didedahkan di dalam bukunya kesemuanya darjatnya adalah PALSU.

Adakah pendedahan penulis ini benar keseluruhannya ? Marilah kita sama-sama menelusuri hadith-hadith yang dihukum sebagai palsu di dalam buku terbitan PTS di atas :

Khamis, Mac 01, 2012

Ustaz Don Daniyal Di Sandakan, Sabah 3-4 Mac 2012!!!



Assalamualaikum......kamurang kenal siapa dalam gambar tu???? Hehehehe....Siapa ndak kenal kan, tu lah Ustaz Don Daniyal Don Biyajid....yang popular dengan segmen "30 Minit Ustaz Don" di TV Al-Hijrah....

Lagi sehari warga Sandakan, khususnya warga Hospital Duchess Of Kent Sandakan, Sabah akan bersama-sama Ustaz Don dan penceramah dari KUISCELL dalam "Kursus Bimbingan Ibadah Solat Sempurna" yang akan diadakan di  Kolej Kejururawatan Sandakan.


Itu program sebelah siang....pada sebelah malam pulak, iaitu pada 3 Mac 2012 (Sabtu), Ustaz Don akan akan berada di Masjid At-Taqwa, Taman Merpati/ Rajawali Sandakan untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Perdana Bertajuk - "Al-Quran Mukjizat Agung : Hikmah Dan Kelebihan Mendampingi Kalamullah"....

Manakala pada sebelah malam 4 Mac 2012 (Ahad), Ustaz Don akan berada di Masjid Nur Assyakirin, Taman Indah Sandakan untuk menyampaikan Kuliah Maghrib Perdana Bertajuk - "Hari Kiamat Antara Nikmat Dan Azab"...

Bah, apalagi??? Kepada seluruh kaum Muslimin dan Muslimat yang berada di Daerah Sandakan, jangan lepas peluang ini yang julung-julung kali dan jarang-jarang dapat peluang macam ni, datang kamurang beramai-ramai.....
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...