Jumaat, Februari 24, 2012

Pentas Opera...Bila Isteri Cerewet...Renungan Buat Sang Suami...

 

Assalamu'alaikum...Adakah istri yang tidak cerewet? Sulit menemukannya bukan. Bahkan istri Khalifah sekaliber Umar bin Khatab pun cerewet (isteri penulis pun cerewet jugak bah!!!).




Tersebut lah suatu kisah di mana Seorang laki-laki berjalan tergesa-gesa. Menuju kediaman khalifah Umar bin Khatab. Ia ingin mengadu pada khalifah; tak tahan dengan kecerewetan istrinya. Begitu sampai di depan rumah khalifah, laki-laki itu tertegun. Dari dalam rumah terdengar istri Umar sedang ngomel, marah-marah. Cerewetnya melebihi istrinya yang akan diadukannya pada Umar. Tapi, tak sepatah katapun terdengar keluhan dari mulut khalifah Umar. Khalifah Umar hanya berdiam saja, mendengarkan istrinya yang sedang ngomelan marah-marah. Akhirnya lelaki itu mengurungkan niatnya, batal melaporkan istrinya pada Umar.
Apa yang membuat seorang Umar bin Khatab yang disegani kawan maupun lawan, berdiam diri saat istrinya ngomel dan marah-marah? Mengapa ia hanya mendengarkan sahaja, padahal di luar sana, ia selalu tegas pada siapapun?
Umar berdiam diri karena ingat 5 perkara berikut....

Rabu, Februari 08, 2012

Pentas Opera....Khusus Buat Warga Sandakan!!!

FREE TALK : ASAS PENGETAHUAN - EMAS SEBAGAI INSTRUMEN SIMPANAN & PELABURAN
Date: Saturday, February 18, 2012
Time: 3:00pm until 5:30pm
Place: LOT 315, LORONG 9, TAMAN UTAMA, FASA 3, IJM, JALAN
          BATU 5, SANDAKAN, SABAH

Speaker:
KHAIRUL FAHMI
Priority Dealer Public Gold Sabah/ Sarawak

Admin emassilverborneo.com


ANTARA TOPIK PERBINCANGAN:
1. Mengapa Emas.
2. Asas pengetahuan memulakan pelaburan emas.
3. Rahsia Wang Kertas.
4. Tips Pelaburan Emas.
5. Tips/ teknik-teknik terbaik membeli emas.
6. Peluang perniagaan dengan Public Gold.
(EMAS YANG DIMAKSUDKAN ADALAH DALAM BENTUK FIZIKAL SEPERTI JONGKONG, DINAR EMAS DAN BARANG KEMAS).
MASUK ADALAH PERCUMA!

APA FAEDAH DATANG KE FREE TALK INI?

Bagi mereka yang berminat mengetahui rahsia emas sebagai instrumen pelaburan + simpanan, anda perlu hadir ke free talk ini. Ini kerana ia lebih menumpukan kepada EDUCATIONAL KNOWLEDGE. Matlamat utama kita adalah supaya setiap orang yang hadir menjadi celik emas.

Kebanyakan kita tidak pernah terfikir tentang keuntungan lumayan apabila menyimpan emas, apatah lagi melihat teknik-teknik manipulasi harga emas bagi mendapat lebih keuntungan.

Kemudian baru bercerita tentang keuntungan berniaga emas dan menjadi dealer Public Gold. Jadi kalau anda nak tahu selok belok pelaburan emas maka anda kena hadir ke free talk ini. Ambik peluang untuk belajar ilmu baru.....



Call@sms saya di no 0142815708 untuk info lanjut dan pengesahan kehadiran anda...

Isnin, Februari 06, 2012

Pentas Opera....Amalan Oleh Ibu Bapa Untuk Anak-anak Kecil Mereka....


Assalamua'alaikum semua....hari ni suka saya kongsikan satu amalan untuk anak-anak kecil kita, yang boleh kita lakukan sendiri di rumah...Amalan ni dikongsikan oleh Ustaz Wan Asrul dalam blognya KLIK SINI...

Utk anak2/kanak2 kecil elok jugak dipegang kepala mereka dgn tangan kanan dan dibaca:-


Ya Raqib-7x
Ya Barr-7x
Ya Mutakkabbir-10x
Ya Matiin-10x
Ya Syahiid-21x 

Dan doakan semoga menjadi Soleh/ Solehah, berbakti kpd kedua ibu bapa, bijak, cerdas, tangkas...

Tiup kepalanya. Kalau boleh diamalkan semasa mereka(anak) tidur & selepas mereka bangun tidur, jika yg bersekolah ibubapa tiupkan pada air minuman mereka setiap pagi, InsyaALLAH. Semoga generasi Soleh/Solehah terbentuk. Amin....

Semoga bermanfaat untuk semua.....

Ahad, Februari 05, 2012

Pentas Opera....Salam Maulidur Rasul 1433H, Marilah Berselawat....




Imam Ibnu Mandah meriwayatkan dalam "al-Fawaaid", Imam al-Ashbahaani meriwayatkan dalam "at-Targhib", Imam ad-Dailami meriwayatkan dalam "Musnad al-Firdaus" dan Imam al-Baihaqi meriwayatkan dalam "Hayatul Anbiya`", bahawa Junjungan Nabi SAW bersabda:-
من صلى علي مائة في يوم الجمعة و ليلة الجمعة قضى الله له مائة حاجة سبعين من حوائج الأخرة و ثلاثين من حوائج الدنيا ثم وكل الله بذلك ملكاً يدخله علي في قبري كما يدخل عليكم الهدايا إن علمي بعد موتي كعلمي في الحياة

"Sesiapa yang bershalawat ke atasku 100 kali pada hari Jumaat dan pada malam Jumaat, nescaya ditunaikan Allah baginya 100 hajat, 70 daripadanya hajat-hajat akhirat manakala 30 lagi daripada hajat-hajat dunia. Kemudian Allah mewakilkan satu malaikat mendatangi kuburku untuk membawa shalawat-shalawat tersebut sebagaimana datang kepada kamu seseorang membawa hadiah-hadiah. Sesungguhnya ilmuku setelah kewafatanku adalah seperti ketika aku hidup di dunia."



RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...