Selasa, Januari 31, 2012

Pentas Opera....Selamat Tinggal Ayah (Mengenang Almarhum Adik Yusuf Sigit,Mangsa Kemalangan Maut Xenia ).....

Assalamualaikum...kali ni aku nak kongsikan satu puisi yang membuatkan hati aku remuk membacanya, kerana puisi ini ditujukan buat seorang anak kecil yang telah menjadi mangsa kemalangan maut akibat dirempuh kereta Xenia, di Tugu Tani, Jakarta....Almarhum Adik Yusuf Sigit Purnomo, berusia 2 tahun lebih....


Kejadian berlaku pada 22 Januari 2012 yang lalu, dipercayai pemandu kenderaan Xenia tersebut hilang kawalan dan merempuh belasan pejalan kaki hingga mengakibatkan 9 kematian. Dipercayai pemandunya seorang wanita dalam keadaan mabuk dibawah pengaruh alkohol dan dadah, walaubagaimanapun beliau hanya dikenakan hukuman penjara 6 tahun sahaja akibat kesalahan yang dilakukan....sumber berita boleh lihat DI SINI.


Cukup lah foto-foto dibawah berbicara, sudah cukup membuatkan hati kita sayu dan pilu....

Selasa, Januari 24, 2012

Pentas Opera...Indahnya Hidup Bersyariat...

Alhamdulillah...niat untuk beli buku "Indahnya Hidup Bersyariat" kesampaian jugak akhirnya. Buku ni dikarang oleh Dato' Ismail Kamus dan Mohd. Azrul Azlen Abd. Hamid. Dah lama aku cari buku ni, masalahnya di Sandakan ni stoknya terhad sangat dan tidak semua kedai buku menjualnya...beberapa kali jugak aku pegi ke 2-3 buah kedai, jawapan yang selalu aku dapat..."dah abis stok la abang.."....Aisehman....

Kenapa aku nak sangat beli buku ni? Pertama kali aku terbaca buku ni waktu time pulang kampung isteri di Keningau setahun yang lalu, adik ipar aku ada beli buku ni....Isi kandungan buku ni tak macam buku-buku fardu ain lain yang pernah aku baca....Selain keistimewaan kulit muka yang tebal dan keras, setiap helaian muka suratnya jugak dari kertas yang berkualiti.

Isnin, Januari 23, 2012

Pentas Opera....Bersedekahlah Walau Hanya Segelas Air....

Image: segelas-air-doa.jpg
Sedekah, menurut Nabi SAW, juga melembutkan hati yang keras. “Barangsiapa mengalami kekerasan hati,” sabda baginda, ”Hendaklah memperbanyakkan sedekah”. “sedekah itu dapat mengelak bala musibah serta dapat memanjangkan usia,” tambah beliau.
Untuk bersedekah seseorang tidak perlu menunggu kaya, bahkan menurut Nabi SAW, "sedekah yang paling utama adalah dengan memberi air minum putih kepada orang lain", jika kita hanya memiliki air putih untuk diberikan.
RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...