Khamis, Julai 28, 2011

Pentas Opera....Ilmu Benteng Penyelamat Diri.


Bismillahirrahmanirrahim....


Wah mantop plak tajuk post kali ni....tapi jangan silap, ini bukan ilmu hikmat atau ilmu isim.....ini adalah sebuah kisah ahli sufi yang tinggi ilmunya dan digunakan ilmu itu pada jalan Allah swt...kisahnya menarik dan harus dijadikan iktibar untuk kita semua, InsyaAllah, semoga bermanfaat....



Siapakah dia Abu Yazid Al Bustami? Peguamkah? Majistretkah? Atau pemain muzikkah? Nama sebenar beliau ialah Abu Yazid Thaifur bin Isa, beliau dilahirkan di Bustham Khurasan pada tahun  188 Hijriyah dan lebih dikenal dengan nama Abu Yazid Al Busthami. Beliau wafat di Bustham pada tahun 261.

Kehidupannya sebagai seorang sufi ditempuh dalam perjalanan yang cukup panjang, kira-kira dalam waktu 30 tahun beliau berkelana menyusuri padang pasir, hidup dengan zuhud, makan serba sedikit, tidur yang tidak begitu banyak. Dari kezuhudannya itu beliau dapat mendekatkan diri kepada Allah dan memperoleh ma’rifat yang hakiki untuk dapat mengenal Allah.

------------------------------------------------------------------------------------------------
KISAH ABU YAZID AL-BUSTAMI
                     ILMU BENTENG PENYELAMAT DIRI                                                                            


Abu Yazid Al Bustami seorang ahli Sufi telah dikejutkan oleh mimpinya supaya pergi ke Gereja Sama'an.   Tiga kali mimpinya itu berulang.  Lalu ia bersiap sedia dengan pakaian dan cara sebagaimana yang diberitahu dalam mimpinya.


Ia masuk ke Gereja Sama'an tanpa disedari oleh Paderi-paderi yang hadir.  Dia sama-sama menanti kedatangan ketua Paderi.  Setelah ketua Paderi datang, ketua Paderi itu tidak dapat berucap.  Dia tahu ada orang lain, orang Islam di dalam gereja itu.  Katanya, " Ada orang yang percaya kepada Syariat Muhammad di dalam gereja ini."

Rabu, Julai 27, 2011

Pentas Opera.....Esok Sudah Bermula.....

Bismillahirrahmanirrahim.....

Alhamdulillah.....baru balik dari majlis doa tahlil dan doa selamat di rumah jiran depan rumah aku. Semoga amal ibadah diterima Allah SWT dan tuan rumah dimurahkan lagi rezeki....InsyaAllah.
Hmmm...apa yang nak bermula? Ahah! Jangan bah kamu tekonpius.....aku saja-saja mau kabarkan esok Jabatan aku akan menganjurkan seminar "TRANSBORNEO ENT UPDATES 2011 SANDAKAN 28-30 JULAI 2011" yang julung-julungkali diadakan di Daerah Sandakan ni. Seminar ni melibatkan semua hospital dari negeri Sabah dan Sarawak, sebab tulah digelar "TRANSBORNEO".....


Harap segalanya berjalan lancar esok, lusa dan tulat.....doakan semoga dipermudahkan Allah SWT.....kana karaja karas ni tauk....tapi jadi mandur saja lah lagi best kan....

Isnin, Julai 25, 2011

Pentas Opera.....Amalan manakah yang Allah terima?

Pada suatu hari, ketika usai majlis ilmu, Imam Hasan Al-Banna membantu petugas-petugas majlis mengemas dewan. 

Seorang petugas menghampiri beliau dan berkata;....
"Tuan, biarkan kami yang buat kerana tuan masih penat berceramah tadi".

Dengan senyum beliau menjawab, "Tak mengapa, walaupun aku yang menyampaikan ilmu tapi aku khuatir 
amalan manakah yang Allah akan terima daripadaku: menyampaikan ilmu atau kerna menyusun kerusi-kerusi ini.."

------------------------------


Subhanallah.....terkedu aku membaca kisah di atas....Ada kah lagi pemimpin-pemimpin sekarang yang bersifat rendah diri seperti beliau? Kalau berani cubalah suruh YB-YB tu susun balik kerusi masing-masing lepas bagi ceramah....kalau tak kena herdik, kena maki lah. paling sedap pun kena lempang.....


Jadi sahabatku sekelian, jangan kita berhenti beramal dan mudah berpuashati dengan ibadah/ amalan yang telah kita kerjakan....yakin kah kita Allah terima semuanya? Beramallah sebanyak mungkin kerana kita sendiri tidak tahu amalan yang manakah akan diterima Allah...kita ikhlaskan sedekah RM5 itu lebih baik daripada kita dermakan RM5000 tapi kita mengharapkan pujian dan sanjungan....apakah nilainya di sisi Allah SWT....fikir-fikirkan....

Sabtu, Julai 23, 2011

Pentas Opera....Muhasabah Untuk Diriku....

"Ampuni dosa-dosaku Ya Allah, jadikan aku dalam kalangan hamba-hamba MU yang sabar......Amiin".

"Jangan pedulikan orang yang membuat fitnah terhadapmu, tetapi tumpukanlah perhatian kepada ALLAH.
ALLAH akan menghilangkan tukang fitnah ini daripadamu, kerana bahawasanya ALLAH lah yang menggerakkan dia membuat fitnah terhadapmu untuk menguji keikhlasanmu, tetapi ramai yang tersilap dalam masalah ini."
"Sekiranya engkau memberi perhatian kepada orang yang berbuat fitnah terhadapmu, fitnah itu akan berterusan dengan dosamu (akibat terlalai daripada dzikrUllah)."

Asy-Syaikh al-Jalil Qaasim al-Khashaashiy r.a.

Jumaat, Julai 15, 2011

Pentas Opera....“KEGAWATAN DI PADANG MAHSYAR”....


Bismillahirrahmanirrahim...


Hari ni aku solat jumaat di Surau Ikhwanul Muslimin. Sejak jadi AJK surau ni jarang sudah aku pegi solat jumaat di Masjid Daerah di Sim Sim @ ke Masjid Pangeran di batu 8. So atas niat kerana Allah SWT, aku nak kongsikan isi khutbah jumaat hari ni. Harapannya agar kita semua mendapat iktibar dan manfaat dari isi khutbah ini...insya-Allah. Ingatlah wahai kawan, kiamat itu pasti akan tiba....marilah kita sama-sama kembali kepada al-Quran dan sunnah baginda Rasulullah SAW....
-------------------------------------------------------------------------------------------------------------
Makhluk dan alam luas ciptaan Allah SWT akan tiba masanya menempuh saat kemusnahan dan kehancuran. Lihatlah tumbuh-tumbuhan yang menghijau di sekeliling kita akhirnya akan kuning layu, besi yang keras akan berkarat dan menjadi reput, makanan dan lauk pauk yang segar menjadi basi, anak-anak remaja akan pudar kejelitaan dan ketampanannya dimamah oleh usia tua, akhirnya menemui ajal.  Dunia yang kita duduki dan diami  pada hari ini pun juga semakin tua. Suasana yang berlaku ini bukanlah terjadi secara kebetulan tetapi suatu perkhabaran dan petanda-petanda awal bahawa  seluruh ciptaan Allah SWT akan menemui ajalnya pada suatu detik yang dinamakan kiamat.


Tiupan sangka kala pertama bermulanya  kiamat. Manakala tiupan sangka kala yang kedua menandakan kebangkitan manusia yang mati sejak zaman nabi Adam AS sehingga manusia terakhir ketika berlaku kiamat. Roh dan tubuh badan manusia yang berpisah ketika di alam barzakh bercantum semula hingga lengkap seperti tubuh kita sebelum mati untuk menghadapi hari pengadilan. Kedahsyatan kiamat ini dijelaskan oleh Allah SWT dalam Surah at-Takwir ayat 1-3:

Maksudnya:Apabila matahari dilingkari cahayanya (dan hilang lenyap). Dan apabila bintang-bintang gugur berselerak Dan apabila gunung-ganang diterbangkan ke angkasa (setelah dihancurkan menjadi debu”.


Kebangkitkan semula manusia selepas kiamat akan dihimpunkan di suatu tempat yang dipanggil "Padang Mahsyar" untuk menghadapi perbicaraan atau timbangan amalan yang dikerjakan semasa hidup di dunia. Setiap sudut Padang Mahsyar penuh sesak dengan manusia dan jin untuk bersama-sama mengharungi hari hisab.  


Menurut Imam Ghazali: "Padang Mahsyar itu suatu dataran bumi yang maha luas, saujana mata memandang yang keluasannya tidak dapat dihitung dengan ilmu manusia, keadaan bumi yang putih dan rata, tiada gunung ganang dan tiada pokok kayu untuk dijadikan tempat berteduh."


Pada dataran putih yang maha luas itulah manusia yang baru dibangkitkan semula dihalau kesana seperti binatang ternakan yang keluar dari kandangnya  atau seperti kanak-kanak yang baru lahir, dengan keadaan berkaki ayam dan bertelanjang bulat tanpa pakaian. Dalam keadaan terlalu gawat menghadapi cabaran Mahsyar itu manusia terlupa dirinya tidak berpakaian kerana memikirkan bagaimana hendak menyelamatkan diri masing-masing.


Abu Hurairah RA berkata beliau mendengar Rasulullah SAW berpidato di hadapan para sahabat bahawa manusia di Padang Mahsyar akan dibangkitkan kelak dalam tiga bentuk:
Pertama: manusia yang dibangkitkan dengan keadaan kenderaan sudah tersedia untuk membawa mereka. Kedua: manusia yang berjalan kaki, dan
Ketiga: manusia yang berjalan dengan mukanya tertungging ke tanah.


Di gambarkan juga suasana hiruk-pikuk dan kucar-kacir yang menyelubungi manusia ketika berada "di bumi al-Mahsyar ," masing-masing sibuk dengan hal tersendiri. Ada yang berjalan, ada yang merangkak-rangkak dan bermacam-macam lagi dalam suasana panas cahaya matahari yang berada hanya sejengkal di atas kepala manusia pada masa itu. Ada sesetengah manusia ditenggelami dengan peluh yang banyak dan berbau busuk  bergantung kepada tahap amalan semasa di dunia.


Ketika sedang terlalu dahaga, datang malaikat Zabaniah membawa air untuk ahli Mahsyar. Pada mulanya ahli Mahsyar amat gembira tetapi malangnya air itu tersangat panas sehingga apabila mangkuk air itu didekatkan ke bibir maka daging bibir itu luruh berguguran kerana air terlalu panas.


Persoalan besar timbul di kalangan ahli di Padang Mahsyar ialah berapa lama mereka mesti berada di dataran Mahsyar itu?, tidak siapapun yang tahu. Ada pendapat mengatakan berada di Padang Mahsyar itu selama 300 tahun mengikut tahun akhirat. Perit derita di alam Mahsyar itu mereka  sudah merasa terlalu lama berada di situ, dalam tangis dan keluhan yang tidak henti-henti. Namun mereka tetap dalam keadaan membisu tanpa sepatah kata, tidak tahu hendak mengadu kepada siapa.


Dalam keletihan yang tidak terhingga dan rasa lapar serta dahaga yang menghiris kerana sengsara ratusan tahun di Padang Mahsyar, tanpa ada sebutir makanan atau setitik air, maka kedengaran di kalangan mereka yang berkata, “ tidak adakah di kalangan kita yang boleh mengadu dengan Tuhan agar disegerakan hukuman?. Ada juga supaya cadangan mendapatkan syafaat atau pertolongan daripada nabi Muhammad SAW. Ketika dalam keadaan gawat inilah baru teringat kepada nabi Muhammad SAW sedangkan semasa di dunia langsung tidak mempedulikan ajaran Rasulullah SAW, malah memperlekehkan Rasulullah SAW.


Walaupun tidak ada pohon untuk memberi perlindungan dari bahan panas terik tetapi Allah SWT menyediakan bayang Arasy yang redup. Mereka yang mendapat naungan Arasy itu antaranya ialah golongan al-Muqarrabun iaitu orang yang dekat dengan Allah SWT. Golongan al- Muqarrabun itu ialah merujuk kepada mereka semasa hidupnya di dunia sentiasa patuh arahan Allah SWT serta meninggalkan perkara yang dilarang Allah samada dalam soal akidah atau syariah.       

Yakinlah bahawa setiap manusia di Padang Mahsyar nanti akan melalui perbicaraannya , disoal dan diperiksa satu persatu, tidak akan terkecuali sesuatu pun dari hidupnya di dunia sekalipun yang sulit dan tersembunyi. Bahkan semua anggota dan bahagian-bahagian tubuh yang kecil pun ditanya akan apa yang telah dilakukan. Rasulullah SAW bersabda:


Bermaksud: "Tidak berganjak kedua kaki seseorang dari tempat berdirinya di Mahkamah Tuhan pada hari qiamat sehingga ia disoal empat perkara: tentang umurnya pada perkara apakah ia habiskan dan tentang masa mudanya untuk apa digunakan dan tentang harta bendanya dari manakah ia dapati dan pada perkara apakah ia belanjakan dan juga tentang apa amalan yang telah dilakukan sesuai dengan apa yang telah diketahuinya?"   (At-Tirmizi)

Insaflah dan sedarlah bahawa kegawatan dan kesengsaraan di Padang Mahsyar amat dahsyat yang memakan masa ratusan tahun. Marilah kita semasa masih sihat, bertenaga dan ada peluang yang terbuka ini, untuk melakukan muhasabah diri,  sentiasa bertaubat kepada Allah SWT dan membuat penilaian prestasi amalan setiap hari apakah amalan dan tingkah laku kita dengan Allah SWT dan hubungan sesama manusia selari dengan al-Quran dan as-Sunnah.  Muhasabah ini penting supaya buku rekod  catatan amalan akan menunjukkan amalan yang cemerlang di Padang Mahsyar dan digolongkan sebagai kumpulan al-Muqarabbun. 

Buku rekod amalan yang baik akan diberi melalui tangan kanan. Manakala mereka yang mempunyai buku rekod yang penuh dengan dosa maka buku rekod diberi melalui tangan kiri.

Sebagai renungan marilah sama-sama kita menghayati firman Allah SWT dalam surah Ibrahim ayat 42-43:

Maksudnya: Dan janganlah engkau menyangka Allah lalai akan apa yang dilakukan oleh orang yang zalim; sesungguhnya Ia hanya melambatkan balasan mereka hingga ke suatu hari yang padanya terbeliak kaku pemandangan mereka. Mereka terburu-buru sambil mendongakkan kepala mereka dengan mata tidak berkelip, dan hati mereka tidak bersemangat kerana bingung dan cemas.”

Khamis, Julai 14, 2011

Pentas Opera....Allah Menduga Aku Belajar Bersabar....

Bismillahirrahmanirrahim,

Sebelum tu aku nak panjatkan kesyukuran pada Allah sebab selamatkan aku pagi tadi.....kenapa? Sebabnya aku hampir-hampir kemalangan akibat kegopohan sendiri.....gara-gara mau cepat sampai ke tempat kerja dan TAK SABAR sebab kereta depan jalan slow sangat.


Memang salah aku pun, aku tak tengok cermin tepi dengan teliti terus potong ke kanan. Allahuakhbar! Tiba-tiba bunyi hon kuat memanjang.....rupanya tanpa aku sedari ada sebuah kereta kancil yang aku tak nampak melalui cermi tepi, mungkin dia pun laju.....Aku boleh dengar lagi bunyi tayar mengheret....subhanallah, hampir aku kemalangan.


Aku tak sempat tengok pemandunya sebab aku terus memecut laju, tapi aku tahu dia memang marah gila time tu....apapun aku minta maaf pada pemandu tu....Aku rasa bersalah pada pemandu tu....memang aku tak sengaja, tapi apa boleh buat benda sudah terjadi.....Ya Allah ke mana hilangnya sifat penyabar aku??? 


Yang tu satu kes sebab tak sabar. Yang ni pula kes aku hampir-hampir hilang sabar.......Hari ni ada kes di OT (Dewan Bedah), so bila masuk OT tu kenalah tukar baju guna baju OT. Waktu tu dalam poket baju uniform aku ada sekeping RM5, aku ingat tak perlulah simpan dalam wallet sebab tak terpikir plak ada orang berani selongkar baju aku. Bila dah habis kes di OT aku pun turun ke kiosk bawah hospital untuk beli makanan. Belek-belek lauk tak adapun yang sedap, so aku beli saja nasi kuning. Time nak bayar tu, aku dengan konfidennya seluk poket baju....Jari-jemari bermain di dalam poket baju mencari duit yang aku tinggalkan tadi...Aik?! Alamak!!! Mana pergi duit aku? Tak puas hati, aku buka sikit dan tengok kat dalam poket baju aku SAH!!!! Duit aku dah kena kebas! Hati sudah mau panas membara, aku minta untuk bayar kemudian sebab duit tertinggal (konon le! Menipu lagi....). Nasib baik dorang kenal aku, so tak ada masalah, "small matter maa"...


Dalam keadaan marah aku berjalan, tiba-tiba hampir terpacul perkataan makian dari mulutku....Px@#%...!!! Tapi tiba-tiba mulut itu terbungkam dan seakan ada kejutan elektrik menyuruh aku beristighfar......."Astaghfirullahal'aziim..". Berkali-kali aku beristighfar.....Baru aku diuji sebigini kecil, aku sudah lupa dari mana datangnya ujian itu.......aku sudah lupa apa makna SABAR....Tu baru Allah uji hilang RM5....ke mana hilangnya sifat penyabar aku???? Aku masih ingat lagi time rumah aku kena masuk pencuri, aku boleh bersabar dan bersyukur pada Allah sebab tak banyak harta benda yang hilang.


Sambil makan tadi aku terpikir balik akan kejadian yang berlaku pada aku hari ini....sebenarnya ada hikmah yang Allah nak tunjuk dan untuk aku berpikir akannya. Pelajaran yang aku dapat adalah agar aku menjadi manusia yang lebih PENYABAR, walau sekecil manapun ujian-NYA...2 kejadian yang berlaku itu adalah sebagai peringatan dari-NYA untuk aku.



Kenapa Allah turunkan ujiannya untuk kita? Adakah Untuk kita sesali atau untuk menyusahkan kita? Ujian Allah itu pasti ada hikmahnya, itupun bagi mereka yang punya akal dan fikiran....Boleh jadi jugak ujian itu sebagai qisas (pembalasan) atas dosa-dosa kita yang lepas....Dan pastinya Allah janjikan pahala bagi mereka yang BERSABAR seperti dalam firman-NYA dalam Surah Az Zumar;10 yang maksudnya:

 “Sesungguhnya diberi ganjaran orang sabar dengan pahala tanpa hisab.”

Dan ingatlah Allah sentiasa ada bersama dengan hambanya yang bersabar (peringatan untuk diri sendiri tu)......Wallahu'allam.

Selasa, Julai 12, 2011

Pentas Opera....Apa Kerajaan nak buat untuk elak BERSIH 3.0 pulak?

Artikel ini aku ambil dari www.Saifulislam.com untuk disebarkan....fahami isinya dengan akal yang Allah dah bagi, bukan dengan nafsu amarah....selamat beramal!

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Alhamdulillah, BERSIH2.0 sudah selesai.

Ada beberapa cadangan yang ingin saya kemukakan kepada kabinet Najib Razak agar BERSIH 3.0 dapat dielakkan.
PERTAMA, BN mesti menguasai Kementerian Pelajaran dan menambah usaha agar sistem pelajaran negara berorientasikan peperiksaan. Pastikan semua murid menjadikan koleksi A di dalam UPSR, PMR (sebelum dimansuhkan) dan SPM menjadi satu-satunya agenda murid sekolah kita. Pemikiran kreatif jangan diajar. Gam persatuan-persatuan dan galakkan kelab catur menjadi badan induk sekolah. Paling penting, lakukan ini di sekolah agama.
KEDUA, tambah bajet dan sokongan lain kepada industri hiburan seni. Pastikan program-program realiti yang memberi jalan pintas kepada rakyat menjadi artis, tidak tergugat. Mungkin boleh pertimbangkan agar subjek seni vokal dan tari sebagai subjek wajib sekolah menggantikan subjek Sejarah, Tasawwur Islam dan Bahasa Melayu.
KETIGA, galakkan juga industri hiburan sukan sebagai tumpuan utama rakyat. Apabila sukan dan seni menjadi hiburan yang ‘the in thing’, rakyat akan sentiasa bahagia, menyanyi dan menari, tanpa menyedari apa-apa yang tidak kena di sekeliling mereka. Golongan ini akan menunjukkan sikap sentiasa sangat bersyukur dengan apa yang ada ‘a.k.a zuhud ke qanaah ke apa, entah!
KEEMPAT, ramaikan lagi alim ulama ‘Saudi Oriented’ menganggotai badan-badan agama. Ugut mereka bahawa mereka Wahabi dan pengganas, kemudian mereka akan mencari perlindungan dengan menyertai UMNO dan menyerang pembangkang dengan hujah-hujah al-Quran dan al-Sunnah yang sahihah. Bukan senang nak dapat tu.
KELIMA, galakkan anak muda untuk lemah stamina minda dan mudah rungsing dengan politik semasa. Gambarkan kepada mereka politik akan mengganggu kelas, kafe dan katil mereka. Mungkin dengan kempen berstrategi dalam hal ini, akhirnya mereka malas hendak mengambil tahu malah berkemungkinan besar tidak mendaftar sebagai pengundi. Berleluasanya mereka tidak mengundi akan menyebabkan dengan sendirinya kuasa undi Melayu akan terhakis tetapi, so what?!
KEENAM, banyakkan lagi klinik 1Malaysia, sarapan 1Malaysia yang menyediakan hidangan sarapan RM2. Kempen 1Malaysia mesti lebih hebat daripada kempen Filem Dua Alam tempoh hari. Pastikan rakyat jelas akan jasa satu lagi projek Kerajaan Barisan Nasional. Rakyat yang terhutang budi akan sangat berbudi.
KETUJUH, pastikan rakyat terus bodoh, tiada common senseself centered dan seterusnya sentiasa percaya kepada media arus perdana. Ajar mereka menggunakan internet agar pornografi membantu Malaysia berada di tempat ketiga dunia dalam carian Google. Tentu dengan corak seperti ini mereka akan malas membaca blog politik dan sumber alternatif.
KELAPAN, berdoalah kepada Allah (kalau berani, lah), agar strategi-strategi itu diberkati-Nya.
Semua itu memerlukan belanja yang besar serta strategi yang susah. Namun sudah tentu ia lebih mudah daripada Barisan Nasional berubah.
Fikir-fikirkan dan selamat beramal.
ABU SAIF @ www.saifulislam.com
68000 Ampang

Ahad, Julai 10, 2011

Pentas Opera....Jangan Mudah Lupa......

Suatu ketika dahulu, Nabi Musa didatangi dengan sakit perut yang amat sangat.
Maka diadukan kepada ALLAH, maka ALLAH memerintahkan agar Nabi Musa pergi ke sebuah pokok, ambil daunnya dan kunyah daun tersebut.

Maka pergi la Nabi Musa ke pokok yang diperintahkan itu, ambil daunnya lalu dikunyahnya daun itu, maka hilang lah sakit perut Nabi Musa.

Beberapa ketika selepas itu, sakit perut itu datang kembali. Nabi Musa terus pergi ke pokok itu, diambilnya daun itu kemudian dikunyah daun tersebut. Namun, sakit perutnya tidak hilang.

Tidak tahan akan sakit perut itu, Nabi Musa mengadu kepada ALLAH tentang hal itu.
ALLAH pun berfirman kepada Nabi Musa; 
"Dahulu ketika kau sakit, kau datang meminta kepadaKu dan Aku sediakan jalan buatmu. Tapi kini, ketika kau sakit, kau terus ke pokok itu tanpa meminta pertolongan kepada-KU........"

"Jadi sebelum makan Panadol, niat & berdoa lah terlebih dahulu mohon kesembuhan dari Allah, kerana kesembuhan itu milik ALLAH, bukan dari si Panadol...." :)

Jumaat, Julai 08, 2011

Pentas Opera....Sekadar Berpesan-pesan....

Teringat aku pesanan ringkas yang pernah aku dapat dari seorang pacik ketika sama-sama menunggu masuknya waktu solat di Surau Ikhwanul Muslimin.....

Daripada Abu Hurairah R.A., sabda Rasulullah SAW; "Telah berpesan kepada ku teman ku (Rasulullah SAW) tiga macam pesan; Puasa 3 hari setiap bulan, solat Dhuha 2 rakaat dan solat witir sebelum tidur".
                                                                          (Riwayat Bukhari, Muslim dan Thabarani)

Katanya...."sekadar berkongsi nak, kita sesama Islam harus sentiasa berpesan-pesan.....".

Khamis, Julai 07, 2011

Pentas Opera...Larangan Meminta-minta Mati....

Pentas Opera hari ini dimulakan dengan huraian hadis yang diambil dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM)....Kenapa perlu meminta-minta kematian itu dipercepatkan...adakah kerana kamu terlalu kecewa? Atau kerana kamu sudah terlalu berputus asa....ataukah kerana sudah terlalu puas untuk hidup di dunia yang emangnya penuh dengan tipu daya....biasakan dirimu kawan....jangan pula dibiasakan hidupmu dengan meminta-minta....apa lagi dengan meminta-minta kematian.....renungkan huraian hadis dibawah.....semoga engkau, kawan, sentiasa redha dengan ujian ALLAH....kerana hidup ini hanya sebuah pentas opera....

Hadith:

Rasulullah s.a.w bersabda yang maksudnya: “ Jangan sesekali seseorang daripada kamu bercita-cita hendak mati kerana sesuatu bencana yang menimpanya; kalau keadaan mendesaknya meminta mati, maka hendaklah ia memohon dengan berkata : Ya Tuhanku, hidupkanlah daku selagi hidup itu lebih baik bagiku, dan matikanlah daku apabila mati itu lebih baik bagiku.”                                                             (Riwayat Bukhari dan Muslim)
Huraian
Pengajaran hadith:
i) Seorang mukmin dilarang keras meminta mati kerana bosan dan tidak tahan menanggung sesuatu bencana yang menimpanya; sebaliknya dia mestilah mensifatkan bala bencana yang menimpanya itu sebagai ujian dan menerimanya dengan redha.

ii) Sesungguhnya segala dugaan itu adalah kaffarah (penghapus) dosa dan kesalahan orang yang ditimpa bencana tersebut . Oleh itu Allah menyeru kita agar menghadapinya dengan sabar dan akan ditulis pahala amal baik sebagai ganjarannya.

iii) Allah S.W.T adalah bersifat dengan Maha Pengasih dan Penyayang, Dia tidak akan membiarkan hamba-Nya berada di dalam kesusahan selagi hamba-Nya itu ingat dan berserah diri serta bertawakal kepada-Nya dalam segala keadaan. 

Sumber: Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (Jakim)

Rabu, Julai 06, 2011

Pentas Opera.....5 Tindakan Romantik Mudah Untuk Isterimu...

KHUSUS UNTUK PARA ANAK-ANAK JANTAN DI LUAR SANA (MACAM MAU BEGADUH PULAK)....YANG DA JADI SUAMI DAN BOLEH JUGAK DIJADIKAN PANDUAN UNTUK YANG BELUM JADI LAKI ORANG....BOLEH BA KALAU KAU...

5 TINDAKAN YANG SIMPLE SAJA:

1. SENYUM (YANG IKHLAS BUKAN SENYUM KAMBING TENUSU!!!).
2. BERLEMAH LEMBUT DENGAN ISTERI. 
3. SEBUT LAH PERKATAAN SAYANG/ I LUV YU YU 3 KALI SEHARI.....(SEKALI SEHARI PUN OK JUGAK BA TU).... 
4. BUAT SESUATU KERJA SEBELUM DISURUH. 
5. BELAI & SENTUH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG.... SUSAH KA????

TIDAK SUSAH BAH TU....KALAU ADA YANG CAKAP SUSAH MEMANG OTAKNYA ADA PROBLEMO SIKIT...
TAPI ROMANTIS KA BEGITU? BAGI AKU, OK LA TU, AKU PUN BUKAN LA KATEGORI ROMANTIKSSS....
BAGI AKU 5 TINDAKAN DI ATAS TU PUN TIDAK SEMUA ORANG BOLEH BUAT WOOOO....TERUTAMA BAB TINDAKAN NOMBOR 4 TU.....(TERMASUKLAH AKU).....

BAGI ORANG LAIN MUNGKIN DIA ADA CARA/ TINDAKAN ROMANTIKSSS NYA TERSENDIRI UNTUK MENGAMBIL HATI SANG ISTERI TERCINTA....YANG PENTING TAK BERCANGGAH DENGAN HUKUM HAKAM ALLAH SWT...
SO, AKU UCAPKAN SELAMAT BEROMANTIKA, DAN SELAMAT BERAMAL....

PENTAS OPERA KEHIDUPAN.....Cuma Sekadar Satu Ceritera....

Bismillahirrahmanirrahim....

Pentas Opera Kehidupan....itulah nama yang aku pilih untuk blog ini. Tak tau apa tujuan, tapi itulah yang aku terpikir bila mula-mula create blog ni....Cuma Sekadar Satu Ceritera....
Apapun, ini bukan kali pertama aku "berblogging", tapi blog aku yang dulu tu da terbiar menjadi hutan belantara...
Biarkan ia begitu....


Kenapa semangat itu kembali....semangat itu sentiasa ada, cuma keterbatasan masa yang seakan-akan menghimpit aku...aku harap dengan blog ini nanti aku boleh berkongsi apa yang patut dikongsi, menyebar apa yang patut disebarkan....(bertanya mereka-mereka)....
Pada siapa???.....pada kamu yag sedang menatap blog ini.....hehehehehe.....




p/s - TQVM to my beloved zaujah dan cik Nui, sebab korang lah aku kembali.....setelah sekian lama terkubur....

RITEQ Sandakan....adalah perkongsian secebis dari kisah hidupku, pendapat peribadiku, dan secubit pengalaman dari kisah-kisah rawatan...Dan jika ada artikel yang aku copy paste di sini bukan bertujuan untuk menciplak, tapi untuk dikongsi dan disebarkan....InsyaAllah, pasti dinyatakan tuan punya hak artikel tersebut....jika ada protes, sila e-mail saja, tindakan akan diambil serta-merta.

Lain-lain catatan yang mungkin ingin anda baca...